Actually dah habis dah 6 episode. Tapi just nak summarisekan.
Watak dalam cerita tu Naufal adalah seorang yang alim la orang kata. Adik dia tu Sofea adalah kawan kepada Mimi (pelik betei rasa guna nama sendiri). Mereka berdua lahir dalam keluarga yang baik, yang menekankan didikan agama dan tarbiyah.
Mimi plak lahir dari keluarga yang sederhana. Didikan agama cukup tapi tarbiyahnya tidak cukup kuat. Namun Mimi masih merpuakan gadis yang baik. Cuma kalau nak dibandingkan, keluarga Naufal tu macam family ustaz ustazah, family Mimi olak biasa je.
Nak dijadikan cerita, diorang ni study kat tempat yang sama. Sofea jadi roomate Mimi. Diorang berkawan baik atas nama ukhuwah yang indah. Sofea selalu sebut nama Mimi masa kat rumah. Naufal pun selalu dengar adik dia sebt pasal Mimi.
Naufal pernah nampak Mimi denga Sofea masa kat U. Lepas tu entah kenapa Naufal asyik teringat kat Mimi. Dia pun mintak nasihat kat sahabat bulatan gembiranya dan mereka menasihatkan dia buat istikharah. Dan Naufal dapat jawapannya. Dia pun bagi tau Sofwa. Sofea terkejut.
Mimi plak dia pernah nampak Naufal kat kolej. Dia kan femes ramai orang kenal. Naufal si lelaki idaman anita solehah la kononnya. Di sudut hati dia amat kagum kepada pemilik nama Naufal tu. Tapi tak pernah terlintas di fikirannya akan takdir yang telah menetapkan jodoh mereka. Bagi Sofea orang sebaik Naufa mesti la jumpa pasangan yang pakaitudung labuh, orang-orang yang aktif berdakwah macam Sofea.
Tapi takdir telah menentukan mereka bersama. Allah tau apa yang terbaik. Lepas kahwin dengan Naufal, Mimi la yang jadi sayap kiri kepada perjungan Naufal. Ya, dirinya yang tidak sempurna sebelum ni telah disempurnakan oleh lelaki itu.
Bagi Naufal pula, bukan sempurna yang dicarinya keran dia yakin, di sudut hati setiap makhluk Tuhan itu sudah pasti ingin kembali kepada fitrah asalnya ingin menjadi baik. Baik dal definisi Islam yang sebenarnya. Dia tidak pernah menilai orang berasarkan apa mereka pada hari ini. Bagi dia hidaya itu milik Allahh yang mampu membolak-balikkan hati manusia. Mengahwini Mimi adlaha kerana Allah tahu itu yang terbaik untuknya.
Akhirnya Mimi yang sederhana baik itu menjadi lebih baik. Naufal juga begitu. Semoga aku juga begitu nanti ;)
*Adeh menyesal guna nama sendiri. Pelik jadinya. Apepun this is my first masterpiece. Skrg tengah on the way untuk next masterpiece tapi...macam so-like-me story je. Ngaaa.
Apepun ini hanya rekaan semata-mata. Mungkin ada terselit sedikit pengalaman dan impian sendiri. Saya menulis hanya suka-suka. Cerita ni boleh dikembangkan lagi tapi malas nak panjang-panjangkan.
Kisah ini tiada kena mengena dengan sesiapa.
Ini karya saya. Ini aksara saya. Ini stanza saya. Untuk saya baca. Saya tak kisah tak ada orang baca. HAHA. Saya tulis untuk diri saya sendiri. Kbai. :D