06 August 2012

Bukan Sempurna Yang Kucari #4

Naufal di biliknya melipat sejadah dan menggantungnya di birai katil. Dia baru saja selesai menunaikan qiamullail. Di akhir qiam nya dia mengerjakan solat sunat istikharah. Dia sudah yakin dengan keputusan yang diambil cuma dia hanya mahu memantapkan keyakinan itu. Keputusan yang besar dalam hidupnya ini mestilah mendapat petunjuk daripada Allah.

Malam itu dia dan keluarganya pergi ke rumah Tuan Haji Sulaiman bersama adik dan kedua bu bapanya. Ada sesuatu yang perlu dibincangkan. Perbincangan yang akan menentukan masa depannya.

Beberapa bulan lagi dia akan bergraduasi. Dia sudah pun ditawarkan pekerjaan sebaik saja tamat pengajian. Syarikat tempat beliau membuat latihan industri dulu memanggilnya bekerja. Tuah orang nak buat masjid la ni. Kekeke. Alhamdulillah. Naufal tidak lupa memuji Ilahi kerana memudahkan urusannya. Bukankah Allah sudah berfirman, 


Semuanya berlaku dengan pantas. 

Dia senyum. Malam itu diisinya dengan membaca kalam suci sementara menunggu waktu  Subuh yang akan masuk dalam setengah jam saja lagi. Terasa tenang hatinya membaca dan mentadabbur ayat-ayat suci itu.


***

Sofea bersyukur kerana memudahkan segalanya. Dia gembira bagi pihak abangnya, Naufal.
Terimbas kembali semasa di rumah Mimi tadi.

Mimi terus menarik tangan aku masuk ke biliknya masa aku sampai kat rumah Tuan Haji Sulaiman tadi. Bertuah betul budak ni. Ada ke clik aku dalam rumah sendiri.

''Sofea, kenapa Naufal naik satu kereta dengan kau, dengan mam dengan abah kau sekali? Takkan baru seminggu tak jumpa kau dah senyap-senyap kahwin tak bagi tau aku!'' Tak sempat aku nak bukak mulut . Adoyai si Mimi ni.

''Cepatlah cakap. Tapi tangan kau takde pakai ini pun. Kenapa kau nampak mesra lain macam dengan Naufal tu? Musykil aku.'' sambung Mimi lagi. 

Aku menghadap uka Mimi. ''Mimi, takkan la aku nak bermesra dengan abang aku sendiri tak boleh kot'' aku membuat kening double-jerk. 

''Apa kau cakap Sofea??? Abang kau??'' macam nak runtuh kediaman Pak Haji Sulaiman malam tu.

Gtg. Smbnung nanti yek.

.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...