07 August 2012

Bukan Sempurna Yang Kucari #6


Bisikan Nurani berkumandang dalam kereta.


''Part yang mula-mula ni saya masuk okeh.''

Lautan kematian ombak
Tenang pantai tiada terusik
Begitulah tasik hatiku
Sejak kehadiranmu.

Penuh perasaan aku nyanyi sampai tutup tutup mata.

''Lepas ni abang sambung.'' Naufal berdehem. Ceyh nak lawan aku la tu.


Betapa aku hargai
Anugerah syurga di dunia
Doa kudus aku panjatkan
Semoga dirahmati

''Yang ni sama-sama''. Dan suara kami pun bersatu jadi satu.

Telahpun ku syukuri
Di dalam hidup ini
Cinta suci kurniaan Ilahi

''Ni par saya!'' cepat-cepat aku tutup mulut dia. Terkejut kau. Ekeke.
Comel. Eh sempat lagi aku.

Kejernihan wajahmu
Sempurna pada pandanganku
Kau kirana
Keturunan terpilih
Disanjung serta dihormati
Kau permata

Dia pulak nak tutup mulut aku. Eeee.

Kesederhanaanmu
Mengecap kekayaan dunia
Kau mestika
Ketaqwaan dirimu
Itu yang merantai jiwaku

Dan rangkap terakhir ni kami nyanyi sama-sama. Penuh perasaan.

Bukan aku memuji
Apalagi memuja
Salahkahku kagumi… perhiasan duniawi

Bisikan nuraniku
Engkaulah pilihanku
Akanku pertahankan
Amanah suci ini

***

Hanya Allah yang tahu betapa aku sangat bersyukur kerana menjadikan dia sebagai pendamping hidupku. Dulu aku ingat lagi, aku kagum gila dengan Naufal. Siapa yang tak kenal dia? Naufal yang warak, Naufal yang suara sedap, Naufal yang aktif itu ini, Naufal yang jadi sebutan kawan-kawan aku. Aku maleh lanak berangan-angan macam kawan-kawan aku sebab masa tu hati aku cuma ada dia. Huh. Mana aku pandang orang lain beb. Tapi dalam hati aku, aku turut mengkagumi insan bernama Naufal ini. Aku senyum sendiri.

''Eh eh, senyum sesorang nampak.'' Perli Naufal yang kini selamat menjadi suamiku. Kami dalam perjalanan untuk ke rumah mak mertua aku. Tadi baru lepas karaoke, Radio IKIM memainkan lagu kegemaran aku. Tak sangka dia ajak aku karaoke. Apa salahnya, nyanyi dengan suami kan?

''Biarlah saya senyum. Untuk awak jugak.'' sejak bila entah aku pandai nak bermanja. Hihi,

''Awak, bukan sempurna yang saya cari. Tapi saya mencari sesorang untuk menyempurnakan saya. Dan awak yang akan menyempurnakan hidup saya.

Kemanisan itu hanya kami yang rasa. Semoga Allah memberkati segalanya. =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...