''Apa yang aku nak cakap lagi. Thanks Sofea untuk semua ni.'' Syahdu je nada suara aku.
Sofea yang hampeh. Selama ni senyap-senyap dia jadi perisik ala-ala Kempetai masa zaman Jepun tu. Ada ke patut dia bagi jadi calon kakak ipar dia. Macam tak logik je kekadang aku fikir. Naufal tu mana la nak padan dengan aku. Akhlaknya, amalan solehnya, budi sopannya, ilmu agamanya...apa lagi. Pakej la wa cakap sama lu.
Aku? Sofea tau aku macam mana.
''Tapi kau tau abang aku kata apa?'' tanya Sofea tika aku tanya kenapa aku yang jadi pilihan. Aku rasa pwlik betul la bila aku cakap pasal benda ni. Adeh. ''Sebab apa? Dia patutnya cari stok-stok ustazah tu. Aku ni ape la ada. Nak kata solehah jauh sekali.'' Sambil memeluk bantal kuning kesayangan aku. Malam ni Sofea tidur rumah aku. Kira pillow talk la ni.
''Sebab tu la. Kau tu merendah diri sangat.'' sambil tangan Sofea ambik kesempatan nak bantai paha aku dengan patung Patrick Starfish. Nasib aku sempat elak. Kekeke. ''Kesederhanaanmu, sempurna pada pandanganku..'' Cewahh..nasyid-nasyid pulak.
Aku menongkat dagu ke lutut. ''Aku rasa macam tak percaya la. Tapi dengan istikharah yang aku buat, aku yakin.'' Tembus mata aku tengok si Patrick tu yang duduk dalam pelukan Sofea. ''Cuma aku rasa macam mimpi. Lepas aku exam hari tu aku jumpa dia. Ingat tak masa yang kau masuk bilik sehari lepas exam tu?'' Sofea mengangguk.
''Masa yang kau nangis macam empangan pecah tu? Leas tu terus peluk aku sampai aku kejang. Sampai aku kena tukar baju sebab baju aku basah dengan air mata kau?'' Eh, Sofea baru teringat yang aku tak bagi tau dia lagi pasal apa aku nangis macam empangan pecah tu.
Aku mengeluh berat. ''Macam ni...hari tu aku pergi jumpa dia. Aku nak selesaikan apa yang membelenggu diri aku. Yela, kita pun nak grad dah kan.'' Sofea segera menyampuk, '' Ye ye..and then dia cakap apa kat kau?'' Sofea membetulkan duduk.
''Aku terus terang dengan dia. Tapi kau tau dia cakap apa? Dia cakap aku ni entah perempuan ke berapa yang terlebih perasan. Dia kata memang dia saja bagi harapan kat aku. Aku tak tau kenapa aku macam bodoh je selama ni. Padahal aku nampak je macam mana dia layan perempuan-perempuan lain. Balik je aku terus nangis. Lepas tu aku doa. Aku kata, Ya Allah aku dah lakukan kesilapan selama ni kerana membenarkan dia di hati ku. Jadi lepas ni aku takkan biarkan hati aku dihanyutkan oleh mana-mana lelaki Hati aku hanya untuk Dia. Tiap-tiap malam aku doa, aku tau aku bukan baik. Tapi Allah tau apa ada dalam hati aku. Sesiapa saja jodoh aku, aku harap Allah bimbing dia untuk dia jadi pembimbing aku nanti. Azam aku, aku nak jadi zaujah yang terbaik untuk bakal suami aku.''
Sampai di situ, aku tak mampu nak tahan air mata aku. Tapi kali ni bukan lagi air mata kekesalan tetapi air mata kesyukuran kerana Allah dah memakbulkan doaku. Bukan saja memakbulkan tetapi Dia memberi anugerah kepada aku. Anugerah yang tak ternilai. Bakal suami soleh yang selama ini aku fikir tidak layak bagi insan biasa seperti aku. Alahamdulillah, segala puji bagi Allah. Naufal. :')
''Sofea memeluk aku. Dia membisikkan kepadaku, '' Sahabat, aku sangan mencintaimu dan aku juga tahu Allah mencintaiMu. Sesungguhnya Alalh juga telah memakbulkan doaku.'' Perlahan-lahan Sofea melepaskan pelukannya. Aku cuba menahan sendu.
Sambung Sofea sambil kedua-dua tanggannya masih di atas bahuku, ''Mi..kau tak nampak sebab apa aku cucuk-cucuk abang aku pasal kau. Kau seorang yang tabah. Even macam-macam dugaan yang datang kat kau, kau tak pernah menyalahkan takdir sebaliknya kau cuba cari apa kesalahan yang kau dah buat dan kau selalu perbaiki. Kau mungkin tak nampak tapi aku nampak. Aku nampak kesungguhan kau. Aku tau kau pernah cuba-cuba pakai tudung labuh aku tu kan?'' Erk..macam mana Sofea tau aku pernah curik-curik pakai tudung dia ni. Adeh.
''Aku nampak kesungguhan kau. Walaupun tudung aku lagi labuh, aku takde kekuatan macam kau Mi. Kadang-kadang aku malu dengan kau. Dengan kesederhanaan kau. Aku pun cemburu dengan kau tau.''
Kedua-dua mereka tersenyum penuh makna. Sofea pulak yng meleleh. Pecah lagi satu empangan. Alamatnya banjir la bilik ni.
''Terima kasih Sofea. Aku sayang kau bakal adik iparku.'' Sempat lagi aku bercanda. Kedua-dua kami melepaskan ketawa. Bahagia.