27 August 2012

Half Way To Go

halfway through
and where exactly are you?
-Hlovate


Last few days I feel like, 
'Wah, tak sabarnya nak start sem baru'.
 
But then, after the registration yesterday I feel like,
'No, this is a nightmare. I want more holidays!'

I'm in the middle of a long road full of obstacles. 
I can't go back. 
What I need to do is keep walking, running or even crawling till the end.
 
A journey to discover the beauty of life
to find the greatness of the Creator
to fulfill the desire
to build and strengthen the inside me.

Before I get to know my path of life, I said to myself  'Allah will put me on any road, it will be the best for me and He will help me along the way'

This becoming third year will be another tough-suffocating-gasping for air-year.
Lots of new things to learn and applied as it is the intro of clinical world.
And also the responsibilities on the shoulder, which I have to put extra commitment -Permanis and other pharmer activities.

I belive, Allah give me before hardship for me to appreciate the 'easy-ship' after. *i don't the word to describe huhu

By the way, let see ehat Hlovate says.





Indeed.

The road of mine might not be easy as others. But I know I will discover the things that others don't.
Allah always with me.

Hi third year, less then two weeks to see you. ;)




18 August 2012

Bukan Sempurna Yang Kucari #7

Actually dah habis dah 6 episode. Tapi just nak summarisekan.

Watak dalam cerita tu Naufal adalah seorang yang alim la orang kata. Adik dia tu Sofea adalah kawan kepada Mimi (pelik betei rasa guna nama sendiri). Mereka berdua lahir dalam keluarga yang baik, yang menekankan didikan agama dan tarbiyah.

Mimi plak lahir dari keluarga yang sederhana. Didikan agama cukup tapi tarbiyahnya tidak cukup kuat. Namun Mimi masih merpuakan gadis yang baik. Cuma kalau nak dibandingkan, keluarga Naufal tu macam family ustaz ustazah, family Mimi olak biasa je.

Nak dijadikan cerita, diorang ni study kat tempat yang sama. Sofea jadi roomate Mimi. Diorang berkawan baik atas nama ukhuwah yang indah. Sofea selalu sebut nama Mimi masa kat rumah. Naufal pun selalu dengar adik dia sebt pasal Mimi.

Naufal pernah nampak Mimi denga Sofea masa kat U. Lepas tu entah kenapa Naufal asyik teringat kat Mimi. Dia pun mintak nasihat kat sahabat bulatan gembiranya dan mereka menasihatkan dia buat istikharah. Dan Naufal dapat jawapannya. Dia pun bagi tau Sofwa. Sofea terkejut.

Mimi plak dia pernah nampak Naufal kat kolej. Dia kan femes ramai orang kenal. Naufal si lelaki idaman anita solehah la kononnya. Di sudut hati dia amat kagum kepada pemilik nama Naufal tu. Tapi tak pernah terlintas di fikirannya akan takdir yang telah menetapkan jodoh mereka. Bagi Sofea orang sebaik Naufa mesti la jumpa pasangan yang pakaitudung labuh, orang-orang yang aktif berdakwah macam Sofea.

Tapi takdir telah menentukan mereka bersama. Allah tau apa yang terbaik. Lepas kahwin dengan Naufal, Mimi la yang jadi sayap kiri kepada perjungan Naufal. Ya, dirinya yang tidak sempurna sebelum ni telah disempurnakan oleh lelaki itu.

Bagi Naufal pula, bukan sempurna yang dicarinya keran dia yakin, di sudut hati setiap makhluk Tuhan itu sudah pasti ingin kembali kepada fitrah asalnya ingin menjadi baik. Baik dal definisi Islam yang sebenarnya. Dia tidak pernah menilai orang berasarkan apa mereka pada hari ini. Bagi dia hidaya itu milik Allahh yang mampu membolak-balikkan hati manusia. Mengahwini Mimi adlaha kerana Allah tahu itu yang terbaik untuknya.

Akhirnya Mimi yang sederhana baik itu menjadi lebih baik. Naufal juga begitu. Semoga aku juga begitu nanti ;)

*Adeh menyesal guna nama sendiri. Pelik jadinya. Apepun this is my first masterpiece. Skrg tengah on the way untuk next masterpiece tapi...macam so-like-me story je. Ngaaa.

Apepun ini hanya rekaan semata-mata. Mungkin ada terselit sedikit pengalaman dan impian sendiri. Saya menulis hanya suka-suka. Cerita ni boleh dikembangkan lagi tapi malas nak panjang-panjangkan.

Kisah ini tiada kena mengena dengan sesiapa.

Ini karya saya. Ini aksara saya. Ini stanza saya. Untuk saya baca. Saya tak kisah tak ada orang baca. HAHA. Saya tulis untuk diri saya sendiri. Kbai. :D

Ramadhan Gone

Now, 1 Syawal what do I feel? I feel unsatisfied with myself. 
Sentap sikit baca Jenaka Ustaz Azhar kat Twitter tadi:

Tiba amsa gembira yang sebenarnya bg org berpuasa menyambut hari raya! Bbeza dgn org xpuasa cuma pura2 gembira walaupun dia sambut raya giler2.

Bukan sentap pasal tak puasa, tapi sentap pasal...only me and Allah know.

Nak menyesal apa? Bukan boleh buat apa-apa lagi. Ramadhan dah pergi. Nak tunggu Ramadhan depan entah sempat entah tak.

Rasa lagi seronok puasa time ada kat kolej/maktab. Rasa seronok sebab dapat beramal banyak bukan sebab tak gembira puyasa kat rumah dapat bukak puasa engan family. 

Sebab kat kolej/maktab akan lebih terisi. Kat rumah banyak tengok tv.
Sekurang-kurangnya masa tak berlalu macam tu je.

Tah la. Sebenarnya kena salahkan diri sendiri sebab tak kuat bermujahadah. 

Cemburu tengok orang lain yang gembira dengan raya mereka sebab Ramadhan mereka tak sia-sia. 

Momentum di awal Ramadhan tak mampu diteruskan sampai ke akhir. Rasanya masa kat tengah pun dah hilang energy. Apa ni??

Tapi at least ada satu dua goal yang tercapai, ada la jugak something yang better than before. Tapi tak banyak daripada yang tak ada. Sikit!

Ramadhan gone, leaving me. I is sad.

Yang penting di hujung Ramadhan tu. Hmm. 

Forgive me Allah. I am so weak. :( 

I need to be stronger to fight the evil inside me!
Fight!
Mujahadah!
Wake up!







07 August 2012

Bukan Sempurna Yang Kucari #6


Bisikan Nurani berkumandang dalam kereta.


''Part yang mula-mula ni saya masuk okeh.''

Lautan kematian ombak
Tenang pantai tiada terusik
Begitulah tasik hatiku
Sejak kehadiranmu.

Penuh perasaan aku nyanyi sampai tutup tutup mata.

''Lepas ni abang sambung.'' Naufal berdehem. Ceyh nak lawan aku la tu.


Betapa aku hargai
Anugerah syurga di dunia
Doa kudus aku panjatkan
Semoga dirahmati

''Yang ni sama-sama''. Dan suara kami pun bersatu jadi satu.

Telahpun ku syukuri
Di dalam hidup ini
Cinta suci kurniaan Ilahi

''Ni par saya!'' cepat-cepat aku tutup mulut dia. Terkejut kau. Ekeke.
Comel. Eh sempat lagi aku.

Kejernihan wajahmu
Sempurna pada pandanganku
Kau kirana
Keturunan terpilih
Disanjung serta dihormati
Kau permata

Dia pulak nak tutup mulut aku. Eeee.

Kesederhanaanmu
Mengecap kekayaan dunia
Kau mestika
Ketaqwaan dirimu
Itu yang merantai jiwaku

Dan rangkap terakhir ni kami nyanyi sama-sama. Penuh perasaan.

Bukan aku memuji
Apalagi memuja
Salahkahku kagumi… perhiasan duniawi

Bisikan nuraniku
Engkaulah pilihanku
Akanku pertahankan
Amanah suci ini

***

Hanya Allah yang tahu betapa aku sangat bersyukur kerana menjadikan dia sebagai pendamping hidupku. Dulu aku ingat lagi, aku kagum gila dengan Naufal. Siapa yang tak kenal dia? Naufal yang warak, Naufal yang suara sedap, Naufal yang aktif itu ini, Naufal yang jadi sebutan kawan-kawan aku. Aku maleh lanak berangan-angan macam kawan-kawan aku sebab masa tu hati aku cuma ada dia. Huh. Mana aku pandang orang lain beb. Tapi dalam hati aku, aku turut mengkagumi insan bernama Naufal ini. Aku senyum sendiri.

''Eh eh, senyum sesorang nampak.'' Perli Naufal yang kini selamat menjadi suamiku. Kami dalam perjalanan untuk ke rumah mak mertua aku. Tadi baru lepas karaoke, Radio IKIM memainkan lagu kegemaran aku. Tak sangka dia ajak aku karaoke. Apa salahnya, nyanyi dengan suami kan?

''Biarlah saya senyum. Untuk awak jugak.'' sejak bila entah aku pandai nak bermanja. Hihi,

''Awak, bukan sempurna yang saya cari. Tapi saya mencari sesorang untuk menyempurnakan saya. Dan awak yang akan menyempurnakan hidup saya.

Kemanisan itu hanya kami yang rasa. Semoga Allah memberkati segalanya. =)

Bukan Sempurna Yang Kucari #5

''Apa yang aku nak cakap lagi. Thanks Sofea untuk semua ni.'' Syahdu je nada suara aku.

Sofea yang hampeh. Selama ni senyap-senyap dia jadi perisik ala-ala Kempetai masa zaman Jepun tu. Ada ke patut dia bagi jadi calon kakak ipar dia. Macam tak logik je kekadang aku fikir. Naufal tu mana la nak padan dengan aku. Akhlaknya, amalan solehnya, budi sopannya, ilmu agamanya...apa lagi. Pakej la wa cakap sama lu.

Aku? Sofea tau aku macam mana.

''Tapi kau tau abang aku kata apa?'' tanya Sofea tika aku tanya kenapa aku yang jadi pilihan. Aku rasa pwlik betul la bila aku cakap pasal benda ni. Adeh. ''Sebab apa? Dia patutnya cari stok-stok ustazah tu. Aku ni ape la ada. Nak kata solehah jauh sekali.'' Sambil memeluk bantal kuning kesayangan aku. Malam ni Sofea tidur rumah aku. Kira pillow talk la ni.

''Sebab tu la. Kau tu merendah diri sangat.'' sambil tangan Sofea ambik kesempatan nak bantai paha aku dengan patung Patrick Starfish. Nasib aku sempat elak. Kekeke. ''Kesederhanaanmu, sempurna pada pandanganku..'' Cewahh..nasyid-nasyid pulak.

Aku menongkat dagu ke lutut. ''Aku rasa macam tak percaya la. Tapi dengan istikharah yang aku buat, aku  yakin.'' Tembus mata aku tengok si Patrick tu yang duduk dalam pelukan Sofea. ''Cuma aku rasa macam mimpi. Lepas aku exam hari tu aku jumpa dia. Ingat tak masa yang kau masuk bilik sehari lepas exam tu?'' Sofea mengangguk.

''Masa yang kau nangis macam empangan pecah tu? Leas tu terus peluk aku sampai aku kejang. Sampai aku kena tukar baju sebab baju aku basah dengan air mata kau?'' Eh, Sofea baru teringat yang aku tak bagi tau dia lagi pasal apa aku nangis macam empangan pecah tu.

Aku mengeluh berat. ''Macam ni...hari tu aku pergi jumpa dia. Aku nak selesaikan apa yang membelenggu diri aku. Yela, kita pun nak grad dah kan.'' Sofea segera menyampuk, '' Ye ye..and then dia cakap apa kat kau?'' Sofea membetulkan duduk.

''Aku terus terang dengan dia. Tapi kau tau dia cakap apa? Dia cakap aku ni entah perempuan ke berapa yang terlebih perasan. Dia kata memang dia saja bagi harapan kat aku. Aku tak tau kenapa aku macam bodoh je selama ni. Padahal aku nampak je macam mana dia layan perempuan-perempuan lain. Balik je aku terus nangis. Lepas tu aku doa. Aku kata, Ya Allah aku dah lakukan kesilapan selama ni kerana membenarkan dia di hati ku. Jadi lepas ni aku takkan biarkan hati aku dihanyutkan oleh mana-mana lelaki Hati aku hanya untuk Dia. Tiap-tiap malam aku doa, aku tau aku bukan baik. Tapi Allah tau apa ada dalam hati aku. Sesiapa saja jodoh aku, aku harap Allah bimbing dia untuk dia jadi pembimbing aku nanti. Azam aku, aku nak jadi zaujah yang terbaik untuk bakal suami aku.''

Sampai di situ, aku tak mampu nak tahan air mata aku. Tapi kali ni bukan lagi air mata kekesalan tetapi air mata kesyukuran kerana Allah dah memakbulkan doaku. Bukan saja memakbulkan tetapi Dia memberi anugerah kepada aku. Anugerah yang tak ternilai. Bakal suami soleh yang selama ini aku fikir tidak layak bagi insan biasa seperti aku. Alahamdulillah, segala puji bagi Allah. Naufal. :')

''Sofea memeluk aku. Dia membisikkan kepadaku, '' Sahabat, aku sangan mencintaimu dan aku juga tahu Allah mencintaiMu. Sesungguhnya Alalh juga telah memakbulkan doaku.'' Perlahan-lahan Sofea melepaskan pelukannya. Aku cuba menahan sendu.

Sambung Sofea sambil kedua-dua tanggannya masih di atas bahuku, ''Mi..kau tak nampak sebab apa aku cucuk-cucuk abang aku pasal kau. Kau seorang yang tabah. Even macam-macam dugaan yang datang kat kau, kau tak pernah menyalahkan takdir sebaliknya kau cuba cari apa kesalahan yang kau dah buat dan kau selalu perbaiki. Kau mungkin tak nampak tapi aku nampak. Aku nampak kesungguhan kau. Aku tau kau pernah cuba-cuba pakai tudung labuh aku tu kan?'' Erk..macam mana Sofea tau aku pernah curik-curik pakai tudung dia ni. Adeh.

''Aku nampak kesungguhan kau. Walaupun tudung aku lagi labuh, aku takde kekuatan macam kau Mi.  Kadang-kadang aku malu dengan kau. Dengan kesederhanaan kau. Aku pun cemburu dengan kau tau.''

Kedua-dua mereka tersenyum penuh makna. Sofea pulak yng meleleh. Pecah lagi satu empangan. Alamatnya banjir la bilik ni.

''Terima kasih Sofea. Aku sayang kau bakal adik iparku.'' Sempat lagi aku bercanda. Kedua-dua kami melepaskan ketawa. Bahagia.


06 August 2012

Bukan Sempurna Yang Kucari #4

Naufal di biliknya melipat sejadah dan menggantungnya di birai katil. Dia baru saja selesai menunaikan qiamullail. Di akhir qiam nya dia mengerjakan solat sunat istikharah. Dia sudah yakin dengan keputusan yang diambil cuma dia hanya mahu memantapkan keyakinan itu. Keputusan yang besar dalam hidupnya ini mestilah mendapat petunjuk daripada Allah.

Malam itu dia dan keluarganya pergi ke rumah Tuan Haji Sulaiman bersama adik dan kedua bu bapanya. Ada sesuatu yang perlu dibincangkan. Perbincangan yang akan menentukan masa depannya.

Beberapa bulan lagi dia akan bergraduasi. Dia sudah pun ditawarkan pekerjaan sebaik saja tamat pengajian. Syarikat tempat beliau membuat latihan industri dulu memanggilnya bekerja. Tuah orang nak buat masjid la ni. Kekeke. Alhamdulillah. Naufal tidak lupa memuji Ilahi kerana memudahkan urusannya. Bukankah Allah sudah berfirman, 


Semuanya berlaku dengan pantas. 

Dia senyum. Malam itu diisinya dengan membaca kalam suci sementara menunggu waktu  Subuh yang akan masuk dalam setengah jam saja lagi. Terasa tenang hatinya membaca dan mentadabbur ayat-ayat suci itu.


***

Sofea bersyukur kerana memudahkan segalanya. Dia gembira bagi pihak abangnya, Naufal.
Terimbas kembali semasa di rumah Mimi tadi.

Mimi terus menarik tangan aku masuk ke biliknya masa aku sampai kat rumah Tuan Haji Sulaiman tadi. Bertuah betul budak ni. Ada ke clik aku dalam rumah sendiri.

''Sofea, kenapa Naufal naik satu kereta dengan kau, dengan mam dengan abah kau sekali? Takkan baru seminggu tak jumpa kau dah senyap-senyap kahwin tak bagi tau aku!'' Tak sempat aku nak bukak mulut . Adoyai si Mimi ni.

''Cepatlah cakap. Tapi tangan kau takde pakai ini pun. Kenapa kau nampak mesra lain macam dengan Naufal tu? Musykil aku.'' sambung Mimi lagi. 

Aku menghadap uka Mimi. ''Mimi, takkan la aku nak bermesra dengan abang aku sendiri tak boleh kot'' aku membuat kening double-jerk. 

''Apa kau cakap Sofea??? Abang kau??'' macam nak runtuh kediaman Pak Haji Sulaiman malam tu.

Gtg. Smbnung nanti yek.

.

04 August 2012

Bukan Sempurna Yang Kucari #3

Alhamdulillah.Akhirnya paper terakhir exam semester akhir. Fuhhh. Rasa macam sekejap je empat tahun kat  bumi UM ni. Yeayyy. Boleh kemas barang. Lusa nak balik. Teehee. Aku meraup muka dengan tangan. Syukur.

Tinggal nak tunggu result je ni. InsyaAllah lepas semua paper. Aminnn.

Tapi ada satu misi yang perlu diselesaikan sebelum balik ke rumah. Esok. Ya esok harinya aku nak tuntut jawapan. Kalau tak sampai bila lagi? Aku jugak yang seksa. Huwaaa. Geram betul. Mintak-minta la esok dia free. Takkan la tak free kot, esok kan Sabtu.  Heh.

***
Aku menghempaskan diri atas katil. Tangisan yang kutahan sepanjang perjalanan pulang tadi kutahan, kini kubiar lepas.

Arghh. Benci benci. Benci pada diri sendiri sebab selama ni terlalu mengharapkan sesuatu. Sofea kau pergi mana? I need you. Cepat la balik. Aku rasa macam nak hantuk kepala kat dinding ni. Sofeaaaaaa!

Akhirnya aku tidur dengan air mata.

***

Tersentak.

Mak aih. Meremang bulu roma aku. Berderau. Postural hypotension terus.

Waaaa..nak lari seribu batu la macam ni. Harap-harap ada putera raja bawak aku lari malam ni/ ''Sofea kau ni kan!'' Aku rasa macam nak ketuk je Sofea ni. Kenapa rahsiakan dari aku?? Eeeee. Dah la selama ni semua aku cerita kat dia. Amboi diam-diam kau buat tindakan sendiri eh.

Nak sambung lagi tapi dah pukul 12.50am. Nanti la esok ke sambung. Kbai :D

02 August 2012

Bukan Sempurna Yang Kucari #2

Namanya shiapa?
Abdullah.

Skrin Laptop Lenovo itu memainkan babak-babak akhir filem Indonesia, Ketika Cinta Bertasbih.

''Aku suka gila tengok scene ni. Comel,''. Tiada balasan. Aku menoleh menmandang Sofea.

''Sofea, sampai hati kau biar aku cakap seorang. Huuu.'' Sofea memandangnya. Aku faham riak wajah tu. Gulp, telan air liur.

''Mi, kau ingatkan dia lagi ke?'' Serius wajah Sofea menuturkan soalan itu dari bibirnya. Mataku yang tadi menatap mata Sofea cuba kularikan. Soalannya kubiar begitu saja.

Sofea bertanya lagi,''Mi, aku tanya betul ni. Kau ingatkan dia lagi ke?''

Aku menarik nafas dalam. Perlahan-lahan melepaskan keluhan.''Sofea, aku dah tak harapkan apa-apa dari dia. Tapi kadang-kadang aku rasa macam tipu diri sendiri. Entahlah, aku malas nak fikir,''

Pap! Stu tamparan hinggap di pehanya. ''Adoiiii, sakit! Sofea!!''

''Eleh..mana ada sakit. Aku tepuk pelan je tu. Kau yang feeling habis. Sebelum kau masuk mood Winter Sonata kau tu baik aku kejutkan kau. Ekekeke. Aku nak tanya kau satu soalan ni. Boleh?''

''Sejak zaman bila kau kena mintak izin nak tanya soalan ni. Adoyai,'' mata Sofea dijulingkan ke atas.

''Saja nak bagi suspen sikit. Aku nak tanya, kalau tiba-tiba ada orang lain datang nak masuk meminang kau macam mana?''

Huh. Mana datang idea Sofea nak tanya soalan spesis buang tabiat ni. Adeh.

''Tengok dulu. Kalau orang tu baik, soleh, ala-ala Imam Muda gitu confirm aku terima!'' Mula la datang gedik aku. Ngee.

''Macam mana dengan dia?''. Arghh. Kenapa tanya pasal dia lagi?

''Dia dah lama menyepikan diri. Rasa macam dah lost contact. Biarlah, dia busy kot.'' Sedih jugak aku bila diingat balik. Tapi apa yang diharapkan, kami kawan je. Aku yang mungkin tersalah anggap. Puii, nak feeling plak aku ni.

''Then, kalau ada calon mam muda nak meminang kau, kau terima la?''. Soal Sofea lagi.

Aku gelak besar. ''Sofea..Sofea.. Mana la orang baik-baik ala ustaz nak orang macam aku. Aku baru nak merangkak-rangkak. Tu pun sebab ada kau. Sepatutnya dia pinang kau, bukan aku.'' Ujar aku. Jujur.

''Lain la orang macam Naufal ke. Ehemm..kalau dia pinang aku kau jangan putus kawan dengan aku plak tau Sofea.'' Aku membaling bantal kecik ke arah Sofea.

''Mimi, takde siapa tahu dia lebih baik atau lebih buruk dari sesiapa. Sekurang-kurangnya kau dah banyak berhijrah. Aku, dari dulu macam ni. Nak istiqamah tu susah. Apa-apa pun, bukan kita yang menilai dan menghitung. Allah yang hitung. Allah yang bagi hidayah.'' Sofea jujur mengajuinya.

Sememangnya jika dilihat dari segi zahir aku ada la berubah sikit. Sikit.

Dulu aku pakai tudung biasa. Sekarang aku laabuhkan sikit daripada bidang 45 jadi bidang 50.
Dulu aku tak kisah tudung aku jarang ke tak.Sekarang kalau tudung jarang, aku akan pakai inner.
Dulu baju labuh tu aku pakai suka-suka je, ikut trend. Sekarang baju labuh tu jadi pakaian aku tiap kali keluar.

Tu dari segi fizikal la. Tak payah la masuk bab dalaman, aku pun segan. Memang jauh lagi kalau nak dibandingkan dengan Sofea. Dia tu perfect serba-serbi.

''Uihh..apesal kau termenung ni? Aku kira kau on eh kalau Naufal meminang kau. Hehehe.'' Lain macam betul sengih si Sofea ni.

''Apeper je laa. Kau dah putus fius ni aku rasa. Baik aku sambung tengok KCB 2.'' Mentang-mentang la esok hari Sabtu. Tadi pulak baru lepas habis test. Memang release tension habis la aku malam ni.

''Yelaa. Aku tak cakap dah.'' Nada merajuk yang dibuat-buat.

Sofea bangun dan mengikat rambutnya. Dia mengambil berus gigi dan pencuci muka dari dalam baldi. Kemudian, dia keluar. Nak pergi bilik air la tu. Sofea ni memang biasa tidur awal. Tapi bangun awal gila. Kadang-kadang pukul 3 pagi dah bangun lepas tu tak tiidur sampai la waktu Subuh.

Lagu ketika cinta bertasbih berkumandang.











Epal

How do you describe this picta?

An apple.


A red apple.


An apple a day, keeps the doctor away.


Wah santek nyer epal nie :D


Lama tak makan epal.


Kalau dapat buat jus epal sodap ni jang.


Sebijik je?


Macam plastik je epal ni.


Berapakah kandungan vitamin yang terkandung dalam sebiji epal merah?

***


Semua statement kat atas ni betul mengenai epal. Ke ada yang salah?
Takde yang salah. Semua betul. Kan?

Everybody have their own perspectives about something.You can't say that they are all wrong and you are correct.

Because you don't have the perspective that they do have.

Respect others, accept each other.








Bukan Sempurna Yang Kucari #1

''Mimi, esok tolong ingatkan aku tau. Aku nak kena pergi jumpa dengan Naufal pasal paperwork tu. Pastu aku nak kasi pendriv kat diB. Kau temankan aku eh?'' Sofea memandang aku dengan muka bersinar-sinar. Ada senyum tersirat di wajah putih bersih itu.

''Ye la, tade hal. Tapi kan, apesal muka kau tu berseri semacam je? Ehemm..'' Aku dah tau dah kenapa tapi saja buat-buat tak faham. Menyakat Sofea menjadi hobi terbaru aku. Hehe.

''Alaa kau ni, aku segan la. Kau teman tau aku jumpa dia. Kejap je. Lepas aku bagi pendrive tu, aku belanja kau minum. Minum je tau.''

''Cehh. Minum je. Ok, aku nak air bliss perisa mangga yang botol besar tu tau.''

''Amboi mak cik ni. Mengada betoi!''. Dengan itu satu bantal menjadi bahan baling-membaling malam itu.

***

Selesai saja membaca beberapa artikel berkaitan dengan homeopati di skrin laptop itu, aku membuka Facebook. Di halaman Group Balai Islam Kolej Orked, beberapa orang mengepost sesuatu berupa tazkirah berbentuk hadis atau potongan ayat Quran.

''Yang menciptakan mati dan hidup, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun''

Al-Mulk, ayat 2.

5 minutes ago.


Macam tu la. Biasanya 'dia' akan meninggalkan potongan ayat Quran yang pendek pada setiap malam.

Naufal.

***

''Aku solat dulu tau Mi. Kau tak boleh kan?'' tanya Sofea sambil menyarung tudung bidang 60 inci. Aku memerhatikan Sofea memakai tudung berwarna merah jambu lembut itu. Selepas mengemaskan tudungnya, dia menyarug stokin. Ternyata Islam itu mudah. Nak solat tak semestinya pakai telekung, yang penting aurat ditutup dengan sempurna.

''Haah. Kau solat dulu, aku nak baring jap. Kalau aku tertidur kau kejut eh. Hihi.''

Sofea senyum. Dia membentang sejadah dan menunaikan solat Asar. Selalunya kami akan berjemaah bersama. Biasanya dia yang akan menjadi imam. Cuma kadang kala dia menyuruh aku pula menjadi imam. Aku memerhatikannya sambil baring mengiring. Wajah Sofea, sejuk mata memandang. Seolah ada air sejuk yang mengalir dan  mandamaikan hati bagi sesiapa yang memandangnya. Kalau aku lelaki dah lama aku 'cop' budak ni. Hehe.

Sofea adalah teman sebilik aku semenjak dia di tahun ketiga. Kini mereka di tahun terakhir dan masih lagi tinggal sebilik. jodoh panjang kata Sofea. Dan jodoh yang panjang itu mnyelamatkan jiwa aku. Sofea, perangainya agak gila-gila tapi akhlaknya mempesona. Dia bijak mentarbiyah aku dengan caranya sendiri. Tapi pada masa yang sama dia sekepala dengan aku.

Pernah suatu hari, aku pasang radio Sinar.fm yang memutarkan lagu-lagu retro. Pada ketika itu, radio sedang memutarkan lagu Kau Satu-satunya oleh Ukays. Tiba-tiba Sofea masuk ke bilik. Kelas habis awal kata Sofea. Aku memperlahankan sikit radio sebab aku segan dengan dia. Tapi Sofea kata, ''Eh, kenapa perlahankan? Aku nak dengar jugak.''

Aku terkejut. Eh? Biar betul dia ni dengar lagu cintan tangkap leleh.

''Apa pandang aku? Lagu ni best apa. Aku selalu dengar. Lirik dia best,'' kata Sofea seraya menanggalkan tudungnya.

''Eee..kau pun tau lagu ni? Mak aihh. Tak sangka aku.''

''Ermm..lirik dia, kalau kita jadikan kau dalam lagu ni sebagai Kau, K huruf besar, sangat bermakna. Ye dak?''


Tiba-tiba aku rasa kakiku digoyang-goyang. Alamak, terlelap rupanya aku. Sofea usai menunaikan solat.

''Ngeeee..aku mimpikan kau la tadi.''

Diam.

Sofea..'' aku tiba-tiba sebak.

'Hmm?'' pelik Sofea melihat aku tiba-tiba berubah mood.

''Kau pegang tangan aku tau, jangan lepas. Jangan kasi aku jatuh. Sampai bila-bila''.

''Erm. Nanti kau dah kahwin takkan aku nak kena pegang lagi? Marah cik abang nanti.''

Tangan di dada mata ke atas. Mereka gelak bersama,

***

Naufal juga datang bersama Omar, teman sekuliahnya. Selesai menyerahkan pendrive kepada Naufal dan bercakap sesuatu yang tidak didengari butirnya, Sofea mendapatkan aku yang berdiri tidak jauh tapi  membelakangi mereka. Sebenarnya, bagi mengelak memandang jejaka itu. Aku tak tau kenapa, kalau terpandang dia mesti aku rasa semacam. Rasa macam mana tah. Err.

'' Dah, jom beli Bliss.'' Salah satu akhlaknya, tidak pernah memungkiri janji dan sentiasa menghargai.

Sofea memandang aku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

''Sudah kau ni kenapa? Sengih lain macam je. Suka la tu dapat jumpa Naufal.''. Suka aku menyakat Sofea. Rupa mereka seiras, jadi aku katakan mereka ada jodoh sebab orang kata kalau muka sama tu ada jodoh. Ekekeke.

Sofea cuba membulatkan matanya yang sepet itu. ''Kau ni kan Mi. Aku cancel Bliss mangga kau karang.''

''Aloloo. Cik Sofea yang cantik menawan, yang solehah orangnya, jangan la tarik muncung macam tu. Nanti cik abang Naufal tak jadi meminang.'' Balik-balik itu je yang jadi modal aku untuk memujuk Sofea. Dan setiap kali Sofea akan mengatakan tidak mungkin Naufal tu akan jadi jodoh dia. Tak mungkin.

Suatu hari nanti kau akan tau jugak Mimi. Sofea tersenyum.

Sampai saja di Pekan Siswa, mereka masuk ke kedai. Beli Bliss mangga!



-TAMAT-


Mungkin bersambung, dan mungkin tak bersambung. Tengok la acane.
Btw, nama-nama watak tiada kena mengena antara yang hidup dengan yang mati ye. ;) Teehee :D








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...