Yeah. Result dah keluar.
Memang warna-warni la result kali ni, as expected.
Masa nak tengok tu tangan memang menggeletar. Tremor habis la..
Lepas dah tengok lagi teruk tremor tuh. Adoi..
Cantik nye result. Alhamdulillah.=)
Dan yang paling mengharukan, ucapan tahniah daripada Nurul Amira binti Abdullah.
The one and only tahniah yang aku dapat. Memang terasa sampai kat hujung liver la keikhlasan ucapan tu. Tak de rasa terperli pun. Siyess..
Nah, dia post quote ni kat aku.
Nah, dia post quote ni kat aku.
premis 1:Allah bgi dugaan dekat org y dye syg....
premis 2: ap y mi dpt tu, dugaan ntuk mi....
konklusi: Allah tu sebenarnya syang mimi ....
am i right dear???;p
Daripada tengok result tu aku tak nangis lagi. Betapa tabahnya kan.
Bila dia post je meleleh ayaq mata chekk..sobsss
Terima kasih Mir.
Haha. Ayat yang last tu tak boleh balh eh Mir..:D
Seumur hidup memang pertama la dalam sejarah result warna-warni macam ni. =.=''
Tapi, tak pe. Ada satu lirik lagu ni kata, takkan terasa manisnya hidup andai tak dilambung gelora.
Memang bunyi macam nak pujuk diri kan. Memang pun.
Tapi, tak pe. Ada satu lirik lagu ni kata, takkan terasa manisnya hidup andai tak dilambung gelora.
Memang bunyi macam nak pujuk diri kan. Memang pun.
Dan pagi tadi baca buku Hilal Asyraf. dalam buku Batu-bata Kehidupan. Slah satu yang tajuknya, Mengapa Aku Disusahkan? Tak. Kita bukan disusahkan. Malahan kita mendapat kita diuji. Ujian adalah tarbiyah terus daripada Allah kepada kita.
Suka untuk kukongsikan apa yang Hilal Asyaraf tuliskan.
Point pertama: Memandang posiif kesukaran. Seperti para sahabat, mereka sentiasa diuji. Bukannya mereka tak pernah kecewa atau merasa sukar dengan perjuangan mereka. Bahkan mereka pernah tertanya-tanya di manakah pertolongan Allah kerana risau akan perjuangan mereka. Namun apabila mereka berjaya mengharuni kesukaran demi kesukaran, darjat mereka akan meningkat. Hal ini adalah kerana kesukaran adalah tarbiyah. Sebagai satu bentuk kasih sayang Allah kepada kita. Di mana ketika ditimpa ujian ke mana lagi kebergantungan kita selain daripadaNya? Dan akhirnya dapat menyelamatkan kita daripada tipu daya dunia.
Point kedua: Kerana dosa kita jua. Ya..memang kita sebagai manusia setiap hari melakukan dosa. Dan sebaik-baik orang yang melakukan dosa adalah orang yang SEGERA bertaubat. Ujian adalah tanda kasih sayangnya. Kerana apa? Kerana dengan Dia menguji kita, kita sedar akan kesilapan kita kepadaNya, lantas kita bertaubat dan Allah membersihkan dosa kita.
Point ketiga: Allah sentiasa memberikan yang terbaik. Baik kesenangan mahupun kesukaran. semuanya adalah yang terbaik. Tinggal kita sahaja yang tidak belajar untuk bersyukur dalam erti syukur yang sebenarnya., Bersangka baiklah kepadaNya.
Yes. I point to myself. Sekali sekala kena ketuk, baru nak terngadah kan?
Alhamdilillah. Syukur..
Mengenangkan masa depan yang lebih mencabar, aku memohon supaya aku dan rakan-rakan, sahabat yang kukasihi diberikan kekuatan. InsyaAllah. Doakan kami. =)
Terima kasih yang tak terhingga kepada yang meberikan sokongan. Geng-geng gossip gurls, MIGA dan lain-lain. Thanks a lot.
Sekian.