Bismillahirrahmanirrahim..
Salam sayang untuk sahabat-sahabatku.
Walau apa pun yang korang tengah buat sekarang.
Saya ada pesanan nak bagi ni.
Ingat, apa yang saya bakal katakan bukan kerana cemburu. Tapi kerana saya sayang.
Saya tidak pandai berkata-kata. Hanya tangan yang bisa mengetuk-ngetuk papan kekunci..
Saya hanya memerhati, tingkah laku sahabat-sahabat. Di sini saya ingin berkongsi kata-kata daripada siapa tak ingat tapi berbunyi begini, ''hadiahkan suara bangun tidurmu untuk insan yang lebih berhak iaitu suamimu.''
Sedikit elaborasi, ini adalah teguran untuk mereka yang bergayut-gayutan dengan si dia. Kadang-kala di malam yang sepi kedengaran suara-suara yang masih belum tidur. Bercanda dengan arjuna nun di sana. Berbicara yang entah apa-apa tidakku tahu butirnya.
Dan dengan suasana sebegitu, bagaimanakah agaknya nada suara kita? Suara orang mengantuk bagaimana? Seksi bukan? Mana mungkin Adam tidak tergoda. Tambah lagi dengan tawa yang manja.
Satu lagi, ketika dikejut oleh panggilan si dia. Tika mata sudah pun dibuai lena. Tak gamak agaknya untuk membiarkan si erjuna maka dijawabnya panggilan itu. Dengan suara bangun tidur yang serak-serak basah itu, kau hadiahkan buat dia. Sepatutnya ia menjadi milik suamimu.
Mungkin dalam hatimu berkata, itu biasa.
Tidak mengapa. Aku sudah luahkan apa yang mahu ku kata. Harap ada hati yang dapat menerima.
Kerana aku cinta padamu, sahabat-sahabatku.
Aku jua pernah jatuh sekali. Namun cukup bagiku sekali. Tak ingin kulangi lagi
Semoga Allah memberkati kita. Amin.. =)