DS. Tempat melantak perut-perut yang kebulur lepas study. Tak kira la kelas ke, prep ke..balik je semua orang kejar DS.
MENU. Menu yang paling best rasanya Ayam Blackpepper +Coleslaw+Kentang Goreng. Wah..menu ni Cuma ada sebulan sekali je: hari Khamis minggu keempat. Kami makan lima kali sehari; breakfirst, brunch, lunch, dinner and supper.
Sarapan makan nasi goring, mi goreng, soto, coco crunch, cornflake, bubur ayam, nasi lemak, roti +sardine, roti+telur hancur+kacang pangang, roti canai, nasi impit+rending/kuah kacang, lontong, bihun sup dan menu ni akan di rotate setiap bulan. Hehe.
Breakfirst ni biasa budak perempuan malas nak turun kecuali kalau makanan sedap. Kalau budak lelaki lepas subuh tak payah naik bilik dulu, terus je breakfirst. Pernah sekali tu ada budak lelaki ni turun dengan selimut dia sekali. Hahaha. Kalau weekend lagi la, susah nak Nampak budak perempuan ni turun. Kalau turun pun mest berkumpulan, maybe pakat-pakat janji nak makan kot. Tak tau la macam mana diorang boleh tahan tak makan. Aku? Kalau tak Nampak muka kat DS meman pelik. Kalau tak ada orang yang nak turun aku turun jugak seorang. Tapi dah ada geng yang rajin turun, pei sama-sama la..hehe.
Brunch biasa makan kuih-kuih macam apam, pau, karipap, donut, cekodok, kuih yang tak tau nama dan menu istimewa murtabak mini. Waktu brunch pun tak berapa nak ramai sangat. Yang best kalau orang tak ramai, dapat ambik kuih banyak-banyak! :D
Lunch adalah waktu yang ditunggu-tunggu. Kalau ciku lepas awal lagi seronok! Tak payah beratur panjang-panjang. Kelas habis dalam pukul 2, dah penat otak bekerja..al-maklumlah. Masa ni ramai. Beratur panjang ila. Kadang-kadang orang yang kat depan tu dah habis makan kami tak habis beratur lagi. Orang dah habis solat kami baru nak start makan. Uwaa.. Menu ikan, ayam, daging, udang, sotong, banyak la..tak larat nak listkan. Hari Jumaat menu nasi minyak/nasi pelangi. Nyummy~ ada buah, kadang-kadang aiskrim. Siapa yan lambat tu kesian, air dah habis..kadang-kadang lauk pun tinggal baki-baki je. Tapi, lantak la..janji makan!
Dinner sebelum pukul 7. Lepas riadah (riadah la sangat). Tapi kalau ada aerobic hari Selasa selalu tak dapat makan. Sebab dah lambat, nak siap-siap pergi surau. Tapi kalau tak jangan harap la nak skip tanpa sebab yang munasabah. Menu lebih kurang tengah hari jugak la. Kalau yang puasa dapat makanan extra. Waktu dinner ni ramai yang suka tapau makan kat blok asrama. Pemandangan orang duk seludup pinggan DS masuk blok pun biasa la. Aku pun pernah buat. Hee. Tapi yang tak bestnya, dah pandai bawak masuk tak reri-reti nak hantar balik. Dengan cawan sekali. Ada sekali tu warden mengamuk sebab banyak gila pinggan dengan cawan yang ad kat dalam blok. Memang banyak ila la, yang dah berkulat pun ada. Semua orang kena bayar denda, Grrr.
Supper! Menu supper pun boleh tahan jugak. Kalau sarapan roti canai sekeping, supper dapat dua keping! Lagi ada bubur kacang hijau, bubur caca, bihun sup, sosej+kentan, burger, mee goring, roti 60sen yang tak ada jenama 2..burger DS sangat istimewa. Takkan pernah jumpa kat tempat lain. :P Sambil makan tu ada la announcement macam-macam, perjumpaan itu, perjumpaan ini. Haish.. Masa ni jugak la budak perempuan sibuk tengok samarinda, yang lelaki tengok WWF, takpun bola.
Lepas makan, pinggan denga cawan kena letak dalam besen. Sampai la besen tu penuh tapi kami penuhkan lagi sampai tak muat . Apa lagi, bila dah tak seimbang, pakkkkkkkk semua pinggan jatuh. Aku pernah buat sekali je kot. Heee.. biasa la tu. ;)
Apa lagi eh cerita pasal DS? Hurm.. Makcik pakcik, abang kakak yan kerja DS tu ada yang ok ada yan tak. Yang strict sangat tu memang betul-betul ikut time. Cukup je habis waktu makan dia terus tutup kedai. Siapa yang lambat nak makan jugak tahan la telinga tu. Kakaka.. Tapi kadang-kadang banyak membazir. Biasanya weekend la. Berapa kerat la sangat yang turun. Tak tau la mana diorang letak makanan yang tak habis tu. Takkan la buang macam tu je. Huhu.
Bila DS tutup….ada satu ketika masa form five kot, DS tutup dua minggu sebab kena sita. Ramai student yang sakit perut. Nasib baik la puasa hari tu. Selamat.. :)J Seksa woo DS tutup. Makan semua dalam bekas polistrin. Makanan tu diorang masak kat luar, bungkus je. Air pulak air kotak. Supper makan roti je hari-hari.
Siang tu doctor dengan nurse datang, semua student kena check-up. Siapa yang ada muntah atau sakit perut kena masuk sick bay. Kami kena telan ubat, siapa yang muntah lepas makan ubat tu pun kena bagi tau kat doktor tu. Yang tak tahannya air RO pun tutup. Sumber minuman utama kami. Sobs.. Masuk paper kot kalau tak silap aku. Disebabkan kuman cholera..wawawa.
Erm..kalau budak maktab lain makan pakai tray, kami guna pinggan. Hee..
DS oh DS..rindu la ayam black pepper. Uwaaaa..