31 May 2011

Tak Baik Tipu

Assalamualaikum.

Sekadar gambar hiasan. 


Di suatu petang yang indah, aku dengan dua orang lagi kawan jalan-jalan la kat Masjid India. Masa kat tanga nak turun dari LRT tu ada la orang-orang tepi jalan berbaju biru dengan lambang syarikat telekomunikasi terkenal sapa kitorang, ''Akak saya bagi sim card percuma. Akak pakai apa eh sekarang?'' bla bla bla..... Tettt~malas nak layan. Jalan jerr..

Tengok-tengok aku jalan sorang je. Kawan aku yang dua orang tu kena tahan. Hahaha..patah la balik nak selamatkan diorang. Kecek banyak betul la orang ni..grrr. Lepas dia kecek banyak-banyak tu, kawan aku dua orang tu macam tertarik. So diorang pun macam setuju dengan apa yang orang baju biru offer. Dia kata, tukar mana-mana nombor yang korang ada kepada diorang punya perkhidmatan yang biru tu. Alaa..yang kaler biru muda tu. Tak le nak oyak nanti kena saman plak. Huhu.

Kononnya, kitorang tukar servis je tapi nombor tetap sama.Tapi pakai postpaid la yang ni. Kiranya pakai bil laa.. Kontrak sebulan. Dalam masa sebulan tu kalau pengunaan tak lebih daripada RM50 tak payah bayar. Lepas tu internet free sebulan. Perghh.. Lepas tu dia cakap dalam masa sebulan tu, kalau dah tak nak pakai boleh terminate n tukar kepada yang asal. So, dengar-dengar macam ok la.

Dengan itu, aku pun korbankan la no maxis kesayangan ke nombor yang company biru tu. Dia kata tunggu seminggu kot baru dia bertukar. Macam cerita sailormoon tu, BERTUKAR~ Last sekali lama jugak nak tunggu notification dia tu. Tak sabar dah ni nak pakai internet free sebulan. Then, suatu hari tu dia pun hantar mesej cakap aku punya perkhidmatan dah bertukar.

Sedangkan hakikatnya no maxis tu jarang pakai pun. Lepas dia dah bertukar tu berapa kerat mesej je aku hantar. Tak ada call banyak mana pun. Alahai, kalau topup RM5 pun takkan habis laa.. Pastu aku pun pakai la internet, pasang kat moderm. Sehari pakai lepas tu dah tak boleh. Kena terminate dah nombor tu. Check check rypanya dia kata dah sampai limit. Eh, kata internet free. Asal plak lebih limit ni. Grrrr..

Tak lama lepas tu balik rumah, dapat surat dari syarikat biru tu. Mak aihhh..bil RM2**.**!!! Bila masa plak aku pakai banyak sampai macam tu! Waa.. Kat dalam tu dai kata penggunaan internet sampai mencecah 2K! Tapi sebab diorang baik la kononnya, just bayar.2K. Aku buat dek je la surat tu..bukan aku pakai pun. No yang dulunya maxis tu pun dah tak boleh pakai untuk mesej or call. Tapi still bole dapat pangilan dengan mesej. Sebab tu la kadang-kadang tak reply. Haha.

Lepas tu, lepas dua bulan aku still tak bayar. Nombor tu pun maleh dah nak on. Bukan boleh pakai pun.Sobss~ Tapi lepas tu dapat bil lagi, dah meningkat jadi RM366.**. Wehh..apaan ini! So aku pun pergi la syarikat biru center. Dia cakap kena bayar. Tapi aku tak bayar jugak sampai la minggu lepas ,dapat surat amaran. Kakaka..Kalau tak nanti kena tindakan tatatertib. Hahahaha. Lantak demo la..ceitt. PENIPU!

Ingatkan nak sorok dari abah. Tapi abah tau jugak..tak boleh la nak secret-secret ni. Huhu. Abah kata, postpaid untuk orang kaya jee.. Memang pun. Huuu..

Hari tu dah pergi maxis center nak tukar balik. Tapi tak boleh sebab company biru tu tak kasi. Grrrr. Kalau tukar pun dah jadi plan biasa, bukan youthclub lagi.

Takpe la, jadikan pengajaran. Lain kali jangan layan sangat orang-orang tu. Tak kisah la biru ke, merah ke, oren ke, kuning ke....

Yang penting, langsaikan hutang dulu. OK? Tak OK! Habis duit kawe..nak buat lesen tak cukup. Waaaaaaaaaaa~punoh maso depe.. T__T

P/S: Lu pikir la sendiri!

26 May 2011

Adaptation

Adaptation in terms of physiology melalui nota Dr.Kumar means: the decline of firing state over time when a constant stimulus is applied. Kalau google plak jumpa mksud dia : The acquisition of modifications in an organism that enable it to adjust to life in a new environment.


Contohnya, bila kita masuk kat bilik yang sejuk mula-mula tu kita rasa perghhh sejuknya. Tapi bila kita duduk dalam bilik tu after sekian masa kita tak rasa sejuk macam masa mula-mula masuk tadi. Sebab badan kita dah dapat sesuaikan diri denan keadaan tu. Ini la adaptation.

Dalam bahasa Melayu dipanggil adaptasi. Senang cakap, menyesuaikan diri la. Sesuaikan diri dngan keadaan persekitaran baru.

Asal ni? Haha. Takde motif pun sebenarnya. ::DD
Saje nak revise. =)

24 May 2011

Warna-warni Result

Assalamualaikum.

Yeah. Result dah keluar. 
Memang warna-warni la result kali ni, as expected. 

Masa nak tengok tu tangan memang menggeletar. Tremor habis la..
Lepas dah tengok lagi teruk tremor tuh. Adoi..
Cantik nye result. Alhamdulillah.=)

Dan yang paling mengharukan, ucapan tahniah daripada Nurul Amira binti Abdullah.
The one and only tahniah yang aku dapat. Memang terasa sampai kat hujung liver la keikhlasan ucapan tu. Tak de rasa terperli pun. Siyess..

Nah, dia post quote ni kat aku. 

premis 1:Allah bgi dugaan dekat org y dye syg....
premis 2: ap y mi dpt tu, dugaan ntuk mi....
konklusi: Allah tu sebenarnya syang mimi ....

am i right dear???;p
 
Daripada tengok result tu aku tak nangis lagi. Betapa tabahnya kan.
Bila dia post je meleleh ayaq mata chekk..sobsss
Terima kasih Mir. 



Haha. Ayat yang last tu tak boleh balh eh Mir..:D

Seumur hidup memang pertama la dalam sejarah result warna-warni macam ni. =.=''
Tapi, tak pe. Ada satu lirik lagu ni kata, takkan terasa manisnya hidup andai tak dilambung gelora.

Memang bunyi macam nak pujuk diri kan. Memang pun.

Dan pagi tadi baca buku Hilal Asyraf. dalam buku Batu-bata Kehidupan. Slah satu yang tajuknya, Mengapa Aku Disusahkan? Tak. Kita bukan disusahkan. Malahan kita mendapat kita diuji. Ujian adalah tarbiyah terus daripada Allah kepada kita. 

Suka untuk kukongsikan apa yang Hilal Asyaraf tuliskan.

Point pertama: Memandang posiif kesukaran. Seperti para sahabat, mereka sentiasa diuji. Bukannya mereka tak pernah kecewa atau merasa sukar dengan perjuangan mereka. Bahkan mereka pernah tertanya-tanya di manakah pertolongan Allah kerana risau akan perjuangan mereka. Namun apabila mereka berjaya mengharuni kesukaran demi kesukaran, darjat mereka akan meningkat. Hal ini adalah kerana kesukaran adalah tarbiyah. Sebagai satu bentuk kasih sayang Allah kepada kita. Di mana ketika ditimpa ujian ke mana lagi kebergantungan kita selain daripadaNya? Dan akhirnya dapat menyelamatkan kita daripada tipu daya dunia. 

Point kedua: Kerana dosa kita jua. Ya..memang kita sebagai manusia setiap hari melakukan dosa. Dan sebaik-baik orang yang melakukan dosa adalah orang yang SEGERA bertaubat. Ujian adalah tanda kasih sayangnya. Kerana apa? Kerana dengan Dia menguji kita, kita sedar akan kesilapan kita kepadaNya, lantas kita bertaubat dan Allah membersihkan dosa kita. 

Point ketiga: Allah sentiasa memberikan yang terbaik. Baik kesenangan mahupun kesukaran. semuanya adalah yang terbaik. Tinggal kita sahaja yang tidak belajar untuk bersyukur dalam erti syukur yang sebenarnya., Bersangka baiklah kepadaNya. 

Yes. I point to myself. Sekali sekala kena ketuk, baru nak terngadah kan? 
Alhamdilillah. Syukur..

Mengenangkan masa depan yang lebih mencabar, aku memohon supaya aku dan rakan-rakan, sahabat yang kukasihi diberikan kekuatan. InsyaAllah. Doakan kami. =)

Terima kasih yang tak terhingga kepada yang meberikan sokongan. Geng-geng gossip gurls, MIGA dan lain-lain. Thanks a lot.

Sekian.

21 May 2011

Aku Cemburu


Seorang muslimah berbaju ungu dengan tudung labuh yang sedondon lalu di sebelahku.
Aku cemburu..

Di sebuah majlis, ada seorang muslimah maju ke hadapan berhujah. Dia mampu memetik ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis nabi beserta huraian yang cukup senpurna.
Aku cemburu.

Aku lihat lagi, ada seorang muslimah yang sentiasa tersenyum, wajahnya terpancar kejernihan hingga aku tidak jemu memandang wajahnya.
Aku cemburu

Dan aku berjalan lagi. Aku terdengar seorang gemersik suara mulimah itu berbicara. Suaranya lembut sekali. Penuh budi bahasa dan santun.
Aku cemburu.

Aku kenal seorang muslimah. Amalnya tidak pernah kurang. Sentiasa istiqamah. Sentiasa lebih baik hari ke hari. 
Aku cemburu.

Di hening malam, ku dengar seorang muslimah beresak-esak menangis dihadapanMu, walau bagiku dia seribu kali lebih baik dariku.
Aku cemburu.

Muslimah itu pula, mampu menjaga hubungannya dengan orang lain apatah lagi dengan si Adam, tiada pernah mana-mana Adam mendekatinya. Bahkan mereka menghormati keperibadiannya.
Aku cemburu.

Ya Allah, aku cemburu. Aku mahu jadi seperti mereka.
Terlalu banyak dosaku ya Allah. 
Aku malu memohon keampunanmMu.
Telah berulang kali aku bertaubat tapi aku jatuh semula.
Aku malu ya Allah. 
Entah kali ke berapa aku menghadapMu, memohon keampunan. 
Aku malu.
Aku cemburu dengan mereka.

Ya Allah, aku benar-benar ingin menjadi seperti mereka. 
Tapi mengenangkan dosa-dosa yang kulakukan, aku merasa kerdil.

Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan yang lurus, jalan orang-orang yan kau beri nikmat.
Bukan jalan mereka yang kau murkai, dan bukan pula jalan mereka yang sesat.
Amin..




.

20 May 2011

Keampunan

Bismillahirrahmanirrahim.. 


Dicopy daripada: syahirul.com








Hadith Qudsi, Allah Ta'ala berfirman:


“Jikalau seseorang hamba itu melakukan sesuatu dosa lalu dia berkata: “Ya Allah, ampunilah dosaku,” maka berfirmanlah Allah Tabaraka wa Ta’ala: “HambaKu melakukan sesuatu yang berdosa, lalu dia mengerti bahwa dia mempunyai Tuhan yang dapat mengampuni dosa dan dapat pula memberikan hukuman sebab adanya dosa itu. ”Kemudian hamba itu mengulangi untuk berbuat dosa lagi, lalu dia berkata: “Ya Tuhanku, ampunilah dosaku,” maka Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman: “HambaKu melakukan sesuatu yang berdosa lagi, tetapi dia tetap mengetahui bahwa dia mempunyai Tuhan yang dapat mengampuni dosa dan dapat pula memberikan hukuman sebab adanya dosa itu.” Seterusnya hamba mengulangi dosa lagi lalu berkata: “Ya Tuhanku, ampunilah dosaku,” maka Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman: “HambaKu berbuat dosa lagi, tetapi dia mengetahui bahwa dia mempunyai Tuhan yang dapat mengampuni dosa dan dapat pula memberikan hukuman sebab adanya dosa itu. Aku telah mengampuni dosa hambaKu itu, maka hendaklah dia berbuat sekehendak hatinya.” (Muttafaq ‘alaih)



**Berbuat sekehendak hatinya di situ jangan diertikan secara zahir bahawa Allah menyuruh kita terus melakukan maksiat, bukan seperti itu maknanya. Tetapi itu adalah gaya bahasa Allah yang memberitahukan kita bahawa sebanyak apapun perbuatan dosa kita, maka Allah adalah Tuhan yang maha pengampun maha penerima taubat. Ertinya, jika kita melakukan dosa maka segeralah meminta ampun dan begitu kita kembali melakukan dosa maka segeralah lagi meminta ampun dan begitu seterusnya.**




19 May 2011

Nak Masuk UiTM...

Assalamualaikum.

Nak masuk UiTM. Nak sama-sama dengan mereka. Kawan-kawan yang kukasihi di sana. Setahun kat UM ni namun still tak dapat menambat hati. Hatiku di sana...

Jealous baca status Ummi Najlaa tadi..


Uarghh..nak tukar U boleh tak? Tapi Farmasi UiTM kat Puncak Alam.
Nak tukar medic boleh tak? Boleh sama-sama dengan diorang. T____T

Friend, I tell u what, kat UM takde geng sebaik korang. I'm sorry to say that. Dah la kolej jauh dengan orang lain, Nak tanya apa-apa pun susah. Jealous gila dengan korang..wawawaaaa


Bahagia je tengok korang ni kan.
Bukan tak ada kawan kat sini, ada..
Tapi dengan korang ni lain la.
Walaupun rasa competition, tp competition yang buatkan saya jadi semangat.
Tapi kat sini macam psycho je. Semua orang pandai tapi....urghh. Tak tau nak cakap cemana.

Konklusinya, saya jeles dengan awak semua.
Ummi Najlaa, Amirah Shakri, Nazurah Amani, Zakaria, Safini Ali..
Tak ketinggalan Nurul Amira. Dan yang lain-lain.

OMG, mana nak cari kawan macam diorang ni.
Walau ke kembara seluruh dunia mesti tiada gantinya.. T__T

Selamayt bercuti la korang eh. Join kami yang sedang bercuti ni.. =)
Luv ya!

18 May 2011

Kerja Dua Hari

Asalamualaikum..

Ngehehe..masa cuti mana boleh duduk diam. Seminggu dua cukup la duduk rumah tak buat apa-apa selain kerja-kerja rumah yang wajib dibuat tu. Kalau pagi-pagi kemas rumah, siap masak awal, nanti dah tak ada kerja nak buat. Kadang-kadang malas nak kemas awal-awal, nanti dah tak ada kerja nak buat. Err..bukan sebab malas ye.. :P

Jadi, jawapan terbaik untuk hilangkan kebosanan ialah  dengan keluar kerja. Cari pengalaman, cari duit.
Tetiba teringat kat bos Pak Arab tu. Dua hari lepas pergi Spectrum lalu kat situ dah tak ada dah kedai dia? Pergi mana Pak Arab ni??

Haha. Lepas asasi dulu konon dah tak nak kerja kat klinik tu. Nak cari kerja dekat kedai buku atau kedai-kedai biasa yang tak banyak kerja. Cari punya cari dapat la kerja dengan Pak Arab ni. Bukan main seronok lai. Kedai dia macam booth je, ada jual buku-buku agama, kaset and CD ayat-ayat Quran, frame, minyak wangi and banyak lagi la.

Ingatkan boleh la baca buku free. Gaji tak ada la banyak sangat. Lepas tu ada komisyen. Cuti dya minggu sekali..yang ni berat sikit la. Dah la kerja dari 10pg-10mlm. Adeh.. Tapi mula-mula ingat ok kot. Tak banyak kerja sangat pun. Duduk je sambil baca buku, dengar CD..

Hari pertama kerja, uwaaaaaaaa..bosannya! Hari biasa tak ada orang sangat . Nak cakap dengan orang pun  segan sebab bos pun ada kat situ jugak. Buat-buat la betul-betulkan buku. Lap-lap habuk. Lepas tu tengok orang lalu lalang. Waktu makan aku makan bekal je, biskut. Hoho.. Tapi dia baik, pai-pagi dia bawak roti pastu bagi aku sikit. Lepas tu dia makan kuaci, bagi aku jugak. Auww..so sweet. Haha.

Tapi Pak Arab ni tak tau la nak kata baik ke tak. Ada la pak guard ni selalu lalu lalang depan kedai tu. Dah memang dia kerja kat situ mesti la selalu lalu kat depan kedai Pak Arab ni. Kalau dia lalu dia tengok la tapi kerap sangat kot sampai Pak Arab tu perasan. Dia cakap kat aku, dia tak suka kalau ada orang lelaki kacau-kacau atau tengok-tengok aku. Siap pergi sound tu lagi. Lepas tu dah jarang dah Pak Guard tu lalu depan kedai. Dia lalu jalan lain kot. Hahaha.

Waktu solat je la boleh lari kejap. Dah la tak boleh nak jalan-jalan. Memang betul-betul bosan.
Dah dua hari kerja, I decided to resign. Muahaha.. Tak sampai hati nak cakap kat bos, aku mesej dia. Esok pagi dia call marah-marah. Aku cakap la minta maaf banyak-banyak. Laipun aku dah dapat kerja kat tempat lain, lagi dekat dengan rumah. Harap-harap dia maafkan la..sobbsss

Akhirnya, kembali kerja kat klinik. Memang ditakdirkan aku hidup dengan bau ubat kot.. :D

Sekian.

Propanolol dan Atenolol..LOL

Assalamualaikum.

Hari ni 18Mei 2011. Maknanya ada lagi kira-kira empat bulan lai cuti! Seronok? Tak jugak..cuti lama-lama pun nanti berkarat otak. Huu.. Lupa nanti segala obat-obat atenolol, propanolol, carvedilol, prednisolone, wafarin, ketokenazole, mivacurium, atropine,  neostgmine, sympatomimetic agent, anticholinergic, anticholinesterase, bla bla bla.. Buku plak tak bawak balik. Kalau bawak boleh jugak baca-bacak untuk sem depan..ahaks! (konon..)

Tolonglah. Masa exam bukan main stress nak hafal benda-benda ni tapi sekarang rasa nak baca balik. Tapi tak de buku so tak payah la..hee

Bila refresh balik, antara banyak-banyak ubat yang aku paling ingat, PROPANOL. Kenapa?
Haa..sebabnya aku dah familiar dengan ubat ni. Masa kerja kat klinik dulu, masa nak key-in ubat-ubat dalam komputer macam-macam jenis ubat ada.. So, jumpa la si PROPANOLOL ni. Tapi pelik sebab kadang-kadang kat sesetengah patient doktor bagi ATENOLOL.



Tertanya-tanya sendiri apa beza antara dua jenis ubat ni?
Dan at last dapat jawapannya masa second sem first year. Ouh..PROPANOLOL tu non-selective beta blocker. So kalau patient yang ada asma, atau respiratory problem atau orang yang mengandung jangan la bagi PROPANOLOL ni.

Sebabnya, nanti dia block sekali dengan beta 2 thus preventing bronchodilation. Exam hari tu keluar, jangan main-main. Hoho.. Tapi tak ingat la sebijik soalan dia cuma dia tanya kenapa in patient kita prefer atenolol instead of propanolol.

Yang ATENOLOL ni plak, dia beta 1 blocker, more specific. Dia tak block beta 2. So, selamat la..

Macam mana certain ubat boleh block certain receptor, enzyme dsb? Sebab dia ada functional group  tertentu yang menghasilkan interaction dan bonding dengan binding site tu. Ouh..banyak lagi benda yang kena tau sebelum jadi ahli farmasi yang berjaya ni. Tapi mengenangkan exam hari tu yang entah macam apa. Bila suruh orang doakan biar tak fail kena marah plak, kenapa cakap macam tu. Uhuk..

Memang la, tapi dah itu hakikatnya. Biochem...PPKU...fisiooo...physical pharmacy....heterooo..wawawawa.. Kalau orang lain sampai tak cukup kertas nak jawab, aku boleh main tengok-tengok orang lagi masa exam. Tengok abang dengan kakak yang jaga tu..mesti dia bosan tungu kitorang sampai tiga jam. Nak je borak-borak dengan diorang kasi hilang bosan..kakaka. Pastu sejuk plak tu, zzzzzz.. Rasa lama gila waktu exam tu..tiga jam, macam-macam cara duduk dah buat. Melunjur, bersila, tegak, bongkok, kepala atas meja..huwaa..kadang-kadang tersedar, eh bila masa terlelap ni.. tengok balik kertas soalan dengan mata bintang-bintang. Urghh..jangan tiru aksi ini semasa menjawab exam ya!

Tapi, kucuba sedaya upaya jawab semua soalan. Yang tak boleh jawab langsung tu macam biochem, bukan lupa tapi ingat separuh-separuh. Mungkin Allah nak uji kot. Baca doa, selawat banyak-banyak pun tak ingat jugak. Ingat muka surat yang mana, still boleh bayangkan tapi tak boleh nak ingat exactly apa yang ada dalam nota tu. Redha je la..pegang kata-kata buddy yang dipetik dari kata-kata Dr. Ib ''Jadilah pharmacist yang berjaya, bukan pharmacist yang pandai..''. Got it? Yeah..I got it.

Ni nak buat esei ke apa ni? Adoi.. Rindu kot nak belajar balik..sobss :P

M Islamic Health/Medical Center (?)

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya akan membentangkan projek atau angan-angan saya untuk masa akan datang. Saya mendapat ilham selepas membaca novel Denyut Kasih Medik yang dikarang oleh Dr. Farhan Hadi. =)

M Islamic Health/Medical Center adalah satu projek amal yang berteraskan kesihatan, pusat rawatan dan pemulihan fizikal dan kerohanian. Bak kata Dr. Farhan Hadi dalam novelnya, jadilah doktor yang bukan sahaja merawat fizikal pesakit tetapi jua merawat rohaninya.

Mula-mula, berkenaan nama yang diberi, M adalah sempena nama saya, Mimi dan juga diadaptasi daripada nama group masa asasi iaitu Group M. Memandangkan majoriti ahli group ni yang akan bergelar doktor dan yang menambil kursus yang berkaitan perubatan. Dan health/medical center ini hendaklah berteraskan suasana keislaman dari segi pelaksanaan, kakitangan, pengurusan dan sebagainya. Contohnya:

1) Semua staf dan kakitangan daripada yang paling bawah dan paling atas hendaklah mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar.

  • Tidak dibenarkan meninggalkan solat. 
  • Pada waktu solat, pekerja dan kakitangan yang tiada hal kecemasan digalakkan mengerjakan solat secara   berjemaah di surau.
  • Menunjukkan akhlak yang. baik


2) Kebajikan pesakit.

  • Tiada rungutan berkenaan masa menunggu lama mahupun layanan jururawat yang tidak mesra kedengaran lagi. 
  • Wad pesakit lelaki dan perempuan diasingkan. 
  • Para pesakit perlu menutup aurat.
  • Sebaik-baiknya pesakit lelaki akan dirawat oleh doktor lelaki dan sebaliknya melainkan keadaan memerlukan. 
  • Pesakit akan diingatkan agar menunaikan solat pabila  tiba waktunya.   
  • Pesakit akan diajar mengenai cara-cara berwudhuk dan solat mengikut keadaan mereka. Oleh itu setiap kakitangan wajib mempunyai ilmu ini.
3) Suasana, infrastruktur dan lain-lain.

  • Akan ada satu tingkat khas yang mempunyai surau yang besar dan selesa, tempat berehat yang dipasang ayat-ayat al-Quran dan mempunyai pelbagai buku panduan. Tempat ini hendaklah selesa dan mampu mendamaikan perasaan.
  • Di dalam bangunan tersebut, hendaklah digantung ayat-ayat yang memberi kata-kata semangta dan harapan kepada pesakit.
  • Bukan sahaja pusat rawatan, malah ada juga klinik gigi, farmasi, pusat fisioterapi, kafe, lengkap laa senang kata. 
  • Pesakit akan diajar doa-doa mustajab khusus untuk mengubati penyakit tertenru dari al-Quran.
  • Malah, ada satu pusat untuk penyakit-santau, penyakit dalaman, ala-ala al-Hidayah tu.
  • Daripada segi makanan yang disediakan, ubat-ubatan, perkakas dan sebagainya hendaklah pasti sumbernya dari sumber yang halal.
  • Apa lagi..erm..mengenai bayaran, bagi pesakit yang tidak berkemampuan boleh meminta bantuan melalui Yayasan Perubatan Islam (belum ditubuhkan). 
  • Doktor, ahli farmasi, pakar-pakar, pekerja profesional yang lain bekerja denga bayaran yang rendah kerana matlamat utama adalah untuk beramal. Mereka bekerja secara part time dan jika ada yang mah menabur bakti dengan bekerja sepenuh masa adalah amat dialu-alukan.
  • Sesiapa yang berminat dengan perubatan Islam, akan diadakan bengkel pada setiap bulan.
What else? Cukup rasanya pembentangan saya setakat ni. Pendek kata, health/medical center ni memang lengkap dengan pakej yang menurut syariah. 

Adakah ini sekadar angan-angan? Tak salah kan berangan-angan. Kalau la suatu hari nanti impian ni jadi kenyataan. Entah la. Tapi kalau la boleh, bestnya!

Setakat ni tak tau la kat Malaysia ada ke tak tempat macam ni. Tak buat research pun. Kalau ada alhamdulillah. Tapi kalau belum, harap-harap suatu hari nanti ada la. Walaupun daripada orang lain. =)

Sekian sahaja pembentangan saya. 

Macam ni kot suasananya nanti.. :D
Selesa dan ceria.


RapidKL vs Metro (2)

Assalamualaikum.

Tak habis-habis dengan bas ni.

METRO BUS
Tak tau la nak cakap apa. Sampai nak race atas jalan raya ni ape kehe nya??
Bukan setakat laju, boleh pulak main cilok-cilok. Mak aih..kecut perut dibuatnya.
Lepas tu kalau ada orang naik si konduktor sibuk la jerit, cepat cepat! Sebabnya ada bas ;lagi satu kat belakang. takut kena potong.. Nanti kalau kena poton kurang la penumpang, so kurang la duit diorang.
Please la.. Lepas tu suka sangat main hon hon hon..

Lepas tu, bas no79 banyak sangat. Kejap-kejap 79. Mana bas 28?? Bas 79 dah dua tiga bijik lepas tapi 28 tak datang-datang lagi. Adoi. Sabooo je la.

RAPIDKL
OK. Sekarang nak anik bas Rapid kena ada Kad Rabbit. Tapi kenapa sejak tu makin lambat jadinya. Hari tu punya la tak nak naik bas Metro sebab nak tunggu Rapid, tapi dah sejam tak datang-datang jugak. Masa tu dari rumah nak pergi Ampang Park, lepas tu nak pergi Stesen U. Tapi last-last kena Maghrib kat KLCC. T____T

Bila la nak berubah? Dah la jalan kat Ampang ni jem. Bas buat hal lagi. Adoi..
Yang bas Metro tu baik pemandu mahupun konduktor, tolong;lah berdisiplin sikit.
Hurmm..

Kenapa Buat Blog?

Assalamualaikum.

Heh..kenapa buat blog? 
Orang ada blog aku pun sibuk nak buat blog.

Sebabnya, 1) Saya suka menulis. 
Masa sekolah menemgah selalu dapat hampir full mark atau pun betul-betul full mark untuk esei BM. 
Tapi BI tak la. Hee :P
But thats not the point, the point is its my passion. 
I like to write.

Mungkin ikut arwah mak kot.
 Arwah mak pun tak banyak cakap. 
Dia suka menulis.

Lagipun, 2) Seronok apa ada blog. 
Walaupun tak ada orang follow tapi at least rasa puas.
Kalau orang yang suka cakap dia cakap dengar siapa-siapa je walaupun orang malas nak dengar.
So, kat blog kita boleh tulis apa je walaupun tak ada orang nak baca. 
Tak perlu la follower seramai Mr.K dan kawan-kawan seangkatannya.
Tak perlu nak kejar traffic.

Dulu pun kalau tak sebab masuk MRSM mesti aku dah ambil subjek Sastera. Hehe.
Dorongan daripada pantun kot.
Dah berkarat dah sekarang, tak reti dah berpantun lai.
Cikgu Musalmah, maafkan saya...

Lagi, 3)  I learn to look at different site.
Peristiwa yang berlaku dalam hidup ni kadang-kadang nampak biasa..
Tapi apabila direnung segala-galanya akan berbalik pada diri kita. 
Life is an open secret.

Dan yang penting, 4) Dapat jadi medan untuk menyampaikan.
Seperti yang dinyatakan tadi, I'm not a good speaker.
Mungkin ada orang cakap, aku ni tulis je tau tapi cakap depan tak mau.
Nak nasihat orang bukan senang tambah-tambah lagi kawan sendiri.
Kalau tulis kat sini kalau dia tak baca pun sekurang-kurangnya 
boleh ingatkan diri sendiri dan orang lain
supaya tak buat benda yang sama.

Dan mana-mana yang berunsurkan nasihat atau peringatan, tu 
semoga dapat dimanfaatkan.

Dan..meyampaikan apa yang tak terluah. Errr..
Ngahaha..

Sekian. ^^











17 May 2011

Wanita Melayu Menjadikan Allah sebagai Jin Lampu

Bismillahirrahmanirrahim.

Hatiku merayu rindu, 
kasihku padaMu syahdu,
munajat hamba padaMu,
mengharap kasih sayangMu...

Semalam, baca blog ustaz ni. Tajuknya: Wanita Melayu Menjadikan Allah sebagai Jin Lampu

Masa baca tu terkesima seketika. Antara petikan yang membawa terkesan:

Ramai wanita tidak menyedari bahawa sebenarnya apa yang dianggap sebagai perasaannya itu hakikatnya adalah nafsu. Perasaan cinta itu adalah nafsu, perasaan sayang itu adalah nafsu dan perasaan suka dan berkehendak itu juga adalah nafsu. Nafsu ini boleh membawa kepada kerosakkan dan kehancuran jika tidak dapat dikawal oleh keimanan.


Dan ini lagi: 

 Mereka beragama juga demi kerana menghilangkan rasa bersalah dan kerana mahu menjaga kestabilan perasaannya. Agama mampu menjaga perasaan dan merasakan diri mereka sedang dalam keadaan dirahmati dan dilindungi oleh tuhan. Perasaan demi perasaan kaum wanita menjadi panduan dalam kehidupan apabila segala-galanya bermula daripada soal jodoh, makanan, pekerjaan dan kehidupannya adalah ditentukan oleh perasaan dan bukanlah lagi Al-Quran dan As-sunnah mahupun Allah selaku tuhan.


Erm..memang betul pun kan? Kadang-kadang kita buat sesuatu untuk jauhkan diri kita daripada rasa bersalah atau berdosa. Tutup aurat dengan sempurna supaya tak aa orang yang pandang serong kat kita, supaya kita tak rasa bersalah dengan diri sendiri, supaya orang nampak yang kita ni baik dan sebagainya. Ya Allah, sesungguhnya kami hambaMu yang lemah. Perkara begini pun kami masih tak mampu nak ikhlaskan diri semata-mata hanya keranaMu. Ampunilah kami..

Seperti yang dinyatakan dari petikan yang seterusnya:   



 Tanyakanlah mereka kenapakah kamu bersolat ?


Mereka akan menjawab kerana solat itu dapat membuatkan hati menjadi tenteram 
dan perasaan saya menjadi tenang. Kasihan mereka yang sudah terkeliru dalam sembahan apabila menyangka bahawa kehidupan mereka itu sebenarnya untuk memenuhi perasaan mereka sendiri bukannya untuk mengabdikan diri kepada tuhan di waktu senang dan di waktu sempit.

   
Teguran untuk diri sendiri. Moga bermanfaat. =)  




14 May 2011

[TGB]: Dewan Selera a.k.a DS


DS. Tempat melantak perut-perut yang kebulur lepas  study. Tak kira la kelas ke, prep ke..balik je semua orang kejar DS.

MENU. Menu yang paling best rasanya  Ayam Blackpepper +Coleslaw+Kentang Goreng. Wah..menu ni Cuma ada sebulan sekali je: hari Khamis minggu keempat. Kami makan lima kali sehari; breakfirst, brunch, lunch, dinner and supper.

Sarapan  makan nasi goring, mi goreng, soto, coco crunch, cornflake, bubur ayam, nasi lemak, roti +sardine, roti+telur hancur+kacang pangang, roti canai, nasi impit+rending/kuah kacang, lontong,  bihun sup dan menu ni akan di rotate setiap bulan. Hehe.

Breakfirst ni biasa budak perempuan malas nak turun kecuali kalau makanan sedap. Kalau budak lelaki lepas subuh tak payah naik bilik dulu, terus je breakfirst. Pernah sekali tu ada budak lelaki ni turun dengan selimut dia sekali. Hahaha. Kalau weekend lagi la, susah nak Nampak budak perempuan ni turun. Kalau turun pun mest berkumpulan, maybe pakat-pakat janji nak makan kot. Tak tau la macam mana diorang boleh tahan tak makan. Aku? Kalau tak Nampak muka kat DS meman pelik. Kalau tak ada orang yang nak turun aku turun jugak seorang.  Tapi dah ada geng yang rajin turun, pei sama-sama la..hehe.
Brunch biasa makan kuih-kuih macam apam, pau, karipap, donut, cekodok, kuih yang tak tau nama dan menu istimewa murtabak mini. Waktu brunch pun tak berapa nak ramai sangat. Yang best kalau orang tak ramai, dapat ambik kuih banyak-banyak! :D

Lunch adalah waktu yang ditunggu-tunggu. Kalau ciku lepas awal lagi seronok! Tak payah beratur panjang-panjang. Kelas habis dalam pukul 2, dah penat otak bekerja..al-maklumlah. Masa ni ramai. Beratur panjang ila. Kadang-kadang orang yang kat depan tu dah habis makan kami tak habis beratur lagi. Orang dah habis solat kami baru nak start makan. Uwaa.. Menu ikan, ayam, daging, udang, sotong, banyak la..tak larat nak listkan. Hari Jumaat menu nasi minyak/nasi  pelangi. Nyummy~ ada buah, kadang-kadang aiskrim.  Siapa yan lambat tu kesian, air dah habis..kadang-kadang lauk pun tinggal  baki-baki je. Tapi, lantak la..janji makan!
Dinner sebelum pukul 7. Lepas riadah (riadah la sangat). Tapi kalau ada aerobic hari Selasa selalu tak dapat makan. Sebab dah lambat, nak siap-siap pergi surau. Tapi kalau tak jangan harap la nak skip tanpa sebab yang munasabah. Menu lebih kurang tengah hari jugak la. Kalau yang puasa dapat makanan extra. Waktu dinner ni ramai yang suka tapau makan kat blok asrama. Pemandangan orang duk seludup pinggan DS masuk blok pun biasa la. Aku pun pernah buat. Hee. Tapi yang tak bestnya, dah pandai  bawak masuk tak reri-reti nak hantar balik. Dengan cawan sekali. Ada sekali tu warden mengamuk sebab banyak gila pinggan dengan cawan yang ad kat dalam blok. Memang banyak ila la, yang dah berkulat pun ada. Semua orang kena bayar denda, Grrr.

Supper! Menu supper pun boleh tahan jugak. Kalau sarapan roti canai sekeping, supper dapat dua keping!  Lagi ada bubur kacang hijau, bubur caca, bihun sup, sosej+kentan, burger, mee goring, roti 60sen yang tak ada jenama  2..burger DS sangat istimewa. Takkan pernah jumpa kat tempat lain. :P Sambil makan tu ada la announcement macam-macam, perjumpaan itu, perjumpaan ini. Haish.. Masa ni jugak la budak perempuan sibuk tengok samarinda, yang lelaki tengok WWF, takpun bola.

Lepas makan, pinggan denga cawan kena letak dalam besen. Sampai la besen tu penuh tapi kami  penuhkan lagi sampai tak muat . Apa lagi, bila dah tak seimbang, pakkkkkkkk semua pinggan jatuh. Aku pernah buat sekali je kot. Heee.. biasa la tu. ;)

Apa lagi eh cerita pasal DS? Hurm.. Makcik pakcik, abang kakak yan kerja DS tu ada yang ok ada yan tak. Yang strict sangat tu memang betul-betul ikut time. Cukup je habis waktu makan dia terus tutup kedai. Siapa yang lambat nak makan jugak tahan la telinga tu. Kakaka.. Tapi kadang-kadang banyak membazir. Biasanya weekend la. Berapa kerat la sangat yang turun. Tak tau la mana diorang letak makanan yang tak habis tu. Takkan la buang macam tu je. Huhu.

Bila DS tutup….ada satu ketika masa form five kot, DS tutup dua minggu sebab kena sita. Ramai student yang sakit perut. Nasib baik la puasa hari tu. Selamat.. :)J Seksa woo DS tutup. Makan semua dalam bekas polistrin. Makanan tu diorang masak kat luar, bungkus je. Air pulak air kotak. Supper makan roti je hari-hari.
Siang tu doctor dengan nurse datang, semua student kena check-up. Siapa yang ada muntah atau sakit perut kena masuk sick bay. Kami kena telan ubat, siapa yang muntah lepas makan ubat tu pun kena bagi tau kat doktor tu. Yang tak tahannya air RO pun tutup. Sumber minuman utama kami. Sobs.. Masuk paper kot kalau tak silap aku. Disebabkan kuman cholera..wawawa.

Erm..kalau budak maktab lain makan pakai tray, kami guna pinggan. Hee..
DS oh DS..rindu la ayam black pepper. Uwaaaa..

01 May 2011

Suaramu Sayang

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam sayang untuk sahabat-sahabatku.
Walau apa pun yang korang tengah buat sekarang.

Saya ada pesanan nak bagi ni.
Ingat, apa yang saya bakal katakan bukan kerana cemburu. Tapi kerana saya sayang.
Saya tidak pandai berkata-kata. Hanya tangan yang bisa mengetuk-ngetuk papan kekunci..

     Saya hanya memerhati, tingkah laku sahabat-sahabat. Di sini saya ingin berkongsi kata-kata daripada siapa tak ingat tapi berbunyi begini, ''hadiahkan suara bangun tidurmu untuk insan yang lebih berhak iaitu suamimu.''


     Sedikit elaborasi, ini adalah teguran untuk mereka yang bergayut-gayutan dengan si dia. Kadang-kala di malam yang sepi kedengaran suara-suara yang masih belum tidur. Bercanda dengan arjuna nun di sana. Berbicara yang entah apa-apa tidakku tahu butirnya.

     Dan dengan suasana sebegitu, bagaimanakah agaknya nada suara kita? Suara orang mengantuk bagaimana? Seksi bukan? Mana mungkin Adam tidak tergoda. Tambah lagi dengan tawa yang manja.

     Satu lagi, ketika dikejut oleh panggilan si dia. Tika mata sudah pun dibuai lena. Tak gamak agaknya untuk membiarkan si erjuna maka dijawabnya panggilan itu. Dengan suara bangun tidur yang serak-serak basah itu, kau hadiahkan buat dia. Sepatutnya ia menjadi milik suamimu.

Mungkin dalam hatimu berkata, itu biasa.

Tidak mengapa. Aku sudah luahkan apa yang mahu ku kata. Harap ada hati yang dapat menerima.

Kerana aku cinta padamu, sahabat-sahabatku.

Aku jua pernah jatuh sekali. Namun cukup bagiku sekali. Tak ingin kulangi lagi

Semoga Allah memberkati kita. Amin.. =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...