22 June 2022

Perihal Reda (Redha)

Apabila kita tidak berdamai dengan apa yang Allah takdirkan untuk kita, kita akan doa meminta supaya Allah ubah. Dan nauzubillah, kita mungkin menyalahkan takdir. Bertanya kenapa Allah beri itu dan ini, begitu begini. Mempersoalkan apa yang terjadi atau kata mudahnya, tak redha dengan ketentuan takdir. Sampai kita fikir alangkah baiknya kalau masa diputar kembali supaya kita dapat memilih jalan yang berbeza daripada apa yang sedang dilalui sekarang.
Tapi apabila kita redha, kita akan terima apa yang sedang dilalui sekarang dengan lapang dada. Redha ini tak semudah kita sebut, "Aku redha." Sebab tu dalam ayat ni dikatakan bahawa kemuncak redha adalah apabila kita diberi peluang untuk kembali ke masa lalu untuk ubah benda yang kita nak ubah tapi kita memilih untuk kekal dengan apa yang telah Allah takdirkan kepada kita.
Hakikatnya, setelah masa berlalu kita akan dapat menyingkap hikmah demi hikmah kenapa Allah beri itu dan ini kepada kita.

May be a Twitter screenshot of 1 person and text that says "Siti Nurfarehan Samsurkhar @ctnurfarehan Kemuncak redha adalah apabila engkau diberi peluang untuk putar balik masa, tidaklah engkau pilih melainkan apa yang telah Allah tetapkan padamu. Terjemahkan Tweet 16:47 17 Jun 22. Twitter for Android"
Ummi Kalsom Mohamad Khalid, Syazira Hanis and 129 others
67 comments
31 shares
Like
Comment
Share

26 November 2020

Kau yang Terpelanting ke dalam Hidupku

Saya cuba imbas kembali bagaimana puisi terpelanting dalam hidup saya. Maksud saya puisi yang benar-benar puisi. Sebelum ini, saya memang jenis yang suka pada madah-madah. Madah indah dalam lagu mahupun dalam mana-mana petikan. Puisi Muhammad Iqbal dalam buku al-Muntalaq barangkali yang terawal benar-benar memberi kesan kepada saya. Bahkan saya suka ulang baca al-Muntalaq kerana ingin menemukan puisi itu.

"...seni yang merampas kecantikan lenggok bunga sarwa

menukar helang menjadi rajawali menjadi burung denak

mereka memperdayakan angkatan berkuda dengan nyanyian merdu

lalu membenamkan bahtera ke dasar laut

mereka tidurkan kita dengan irama dan lagu\dan memadamkan obor kita dengan tiupan nafasnya."

Dulu saya tertanya-tanya, siapakah gerangan Muhammad Iqbal ni? Saya cari juga maklumat sebab nak baca puisi penuh dan puisinya yang lain tapi tak jumpa. Sampai situ sajalah minat saya. Sehinggalah saya jadi pelajar di DBP.

Dipendekkan cerita, saya ternampak kawan di Instagram berkongsi buku Sains Menulis Puisi oleh Penerbitan Kata-Pilar. Semasa ke MPH, ringan je tangan ni pergi beli dan bila baca tu rasa seronok. Sekejap je habis baca. Saya ada baca beberapa buah buku kumpuisi yang dipinjam daripada rakan sekalas, sudara KM. Antara yang terawal, Sihir Hujan oleh Sapardi Djoko Damono, Opera oleh T. Alias Taib, Sungai Mekong oleh Latiff Mohidin dan buku KM sendiri iaitu Nokturna (yang ini beli). 

Kemudian, saya menghadiri bengkel bimbingan Dr. Fahd Razy yang dianjurkan di Rumah PENA. Masa ni pergi seorang, main redah je. Dapat jumpa beberapa kawan baru. Menghadiri bengkel tidaklah terus menjadikan peserta terus mahir berkarya. Tetapi sekurang-kurangnya, saya sendiri dapat belajar bagaimana mahu mengenal puisi yang sedap, terdedah kepada penulis dan banyak puisi sedap. Kata Dr. Fahd, poeitic sense. Woah! Bagi orang noob seperti saya, tentulah ia mengujakan. 

Kemudian, apa lagi? 

Hadir Jambori Puisi, pergi ke Gadis Buku untuk tengok bicara mengenai T.Alias Taib, pergi ke acara Santai Puisi (jumpa Dato' Rahman Shaari dan SN Zurinah Hassan), kenal orang-orang baru lagi, cuba-cuba hantar puisi ke Tunas Cipta (kali pertama hantar terus keluar, siapa tak teruja kan?), beli buku puisi (lagi), hantar puisi (lagi), baca puisi, dan seterusnya sunting buku puisi.

Haa, macam tak percaya semua ini boleh berlaku dalam masa setahun.

Saya teringat sesuatu. Semasa Minggu Haluan Siswa di kampus dulu, semua pelajar freshie kena masuk satu acara. Sama ada sukan, seni atau apa lagi, saya pun tak ingat. Jadi, saya pun masuk pertandingan Apresiasi Puisi. Tapi saya bukan tukang baca, cuma jadi watak di belakang. Tapi, tak mampu nak ingat apa yang saya buat di atas pentas. Saya seperti ingat saya ada mengikat selendang di pinggang dan pertandingan tersebut dilaksanakan di KK6. Itu saja.

Ada satu lagi. Persembahan semasa program PEMBINA. HAHA. Program GOAL tahun 2014. Tak ingat sama ada saya yang tulis sendiri pusi ini, Aduh, semua benda tak ingat. Saya cuma ingat dengan jelas, saya yang susun lagu dan muzik latar. 

Adalah jugak kan. 

Begitulah bagaimana puisi terpelanting ke dalam hidupku.












20 November 2020

Membahagi Rindu

Jika ditanyakan, apakah perkataan yang mengandungi makna yang paling berat? Aku jawab, rindu. Ya, rindu itu berat. Sehingga aku tak bisa mencari kata lain untuk membahagikan rasa. Cuma lima abjad yang terpaksa bertahan entah sampai bila. 

Kalau cinta, ya kita boleh bahagikan rasa kepada perkataan sayang, suka, kasih.

Tapi aku belum jumpa kata untuk membahagi rindu. Jadi, rindu ini harus selamanya menanggung rasa sendiri.

Bongkah Rindu

hari ini aku menewaskan 

dan berdiri di atas bongkah rindu


aku: diam jangan bangun atau bergerak

aku ingin membenammu ke tanah selamanya


rindu: aku harus bangun

kau membajaiku setiap hari

aku membesar dan awas

kamu akan jatuh lagi


5 November 2020

19 November 2020

Mati di Sini

Entah apalah jenis ketakutan ini. Ingin menulis, tetapi berharap agar tulisan ini tidak ditemui sesiapa. Saya ingin bersembunyi di sini. Berbeza dengan penulisan di Facebook, Instagram dan Twitter. Setiap satu laman mempunyai hadaf berbeza. Semuanya bergantung kepada siapa khalayak di sekitarnya.

Di Facebook, kebanyakannya kenalan dan pengikut (adalah sikit!). Penulisannya lebih kepada perkongsian, pemikiran dan persoalan. Atau sekadar suka-suka untuk menghidupkan suasana terutamanya dengan teman seisma. Laman dakwah milinea. Ruang paling mudah untuk berkongsi dan memberi inspirasi. 

Di Instagram, lingkungannya lebih kecil daripada Facebook. Cuma kenalan sesama jantina sahaja. Sejak kebelakangan ini sudah jadi seperti jurnal catatan. Saya catat apa saja perkara yang saya fikir penting, dan mungkin akan digunakan suatu hari nanti. Kadang-kadang, gambar yang dikongsi tiada kaitan pun dengan kapsyen panjang yang ditulis. Mungkin saya boleh gelar ia sebagai blog mini. Ada kod-kod bahasa tertentu. Ada cerita, perkara atau seseorang yang saya ingin rakamkan cerita dan fotonya. Maka, untuk meningkatkan keselamatan dan rasa bebas untuk menulis, saya sudah membuat tapisan pengikut. 

Twitter? Buat masa ini saya nyahaktif akaun Twitter. Tak perlu penjelsan. Ini akaun kedua selepas akaun pertama saya dinyahaktif dan terus tak boleh log masuk semasa zaman belajar dahulu. Akaun kedua ini sepatutnya dan kononnya dibuat khas untuk berjuang menentang rejim liberal. Merasalah beberapa siri kecaman dan hentaman seperti mana yang biasa diterima oleh perajurit yang lain. Ahh, sudahkah cukup untuk benar-benar mengatakan saya sudah berjuang? 

Blog. Blog ini ialah blog lama. Saya pernah cuba menghasilkan blog baru menggunakan wordpress. Tapi nampaknya lebih selesa menggunakan blog lama, ubah URL, ubah sedikit reka letaknya. Saya memilih untuk tidak memadam hantaran-hantaran lama. Sengaja. Tiada sebab tertentu. 

Blog ini mungkin suatu tempat persembunyian. Biar tulisan-tulisan saya mendiami perumahan di setiap entri dan mereput di sini. Tulisannya juga biar mati di sini. Nisannya sudah saya pacakkan siap-siap (URL blog ini ada diletak di FB). Tidak ditemui pun tidak mengapa. Saya cuma ingin rasa bebas menulis tanpa menerima apa-apa reaksi, tanda suka atau meletakkan harapan supaya ia dibaca oleh orang yang saya mahu mereka membacanya atau takut ia akan dibaca oleh orang yang saya tidak mahu mereka membacanya.

*dan kerana hal itu, sekarang saya sudah membuang nisan yang telah saya pacakkan supaya saya sendiri tidak tahu di mana saya dikebumikan


15 November 2020

Bergentayangan Antara Mimpi

: Guna judul yang sama untuk penulisan Kuras (buletin untuk projek pelajar SKM 3).

siapakah yang kau cari
kalau bukan dirimu sendiri
setiap malam?

–Latiff Mohidin

Seharian terbaring, berselimut dan tidak berbuat apa-apa. Dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan. Setiap pagi, memerhatikan teman-teman serumah bersiap untuk ke tempat kerja. Perhati kak Faizah yang bersiap-siap untuk ke lab. Semua orang ada urusan. Sementara aku, masih menghadap siling dan kipas. 

Seluruh tubuh terasa kaku. Seram sejuk walaupun di waktu tengah hari. Siang dan malam pun tiada beza. Lesu kerana berhari-hari tidak terdedah langsung kepada cahaya matahari melainkan bilah-bilah cahaya matari yang curi masuk melalui jendela.

Tiap kali jaga, meronta rasa ingin mati. Lebih baik tidur (mati kecil) untuk terus hidup. Kekal hidup. Maka, begitulah siang ke malam. Cuma tidur. Sesekali bangun mengheret kaki untuk solat dan makan.

Dalam ketidaktentuan, aku masuk belajar semula. Ambil sijil, je. Ya, kalau itu je yang mampu. Yuran mahal, tapi malas nak fikir. Pergi saja dulu. Macam biasa, buat pemeriksaan kesihatan. Tapi kali ini mohon bantuan Dr. N. Jauh pergi ke HSB semata-mata nak buat pemeriksaan kesihatan kat sana. Bimbang ditanya soal kesihatan mental nanti.

Hari pendaftaran, berdebar. Betul ke aku ni?  Sampai pejabat pentadbiran aras empat, sunyi. Cuma ada aku seorang. Tapi sudah jam 9:00 pagi? Bukankah daftar jam 9:00 pagi? Pegawai suruh duduk di ruang menunggu. Disebabkan kelaparan, minta izin nak ke warung dulu beli makanan. Kemudian naik semula dan makan di pantri. Sedang makan, nampak dari dalam pantri ada budak lelaki berbaju kotak-kotak (dengan rambut ikal, melekat, mungkin kerana minyak?) datang. Baru dua orang. Haih. Dah masuk Bilik Mesyuarat untuk sesi taaruf (malas sebut orientasi) barulah budak ketiga dan keempat datang. Semuanya lelaki. 
 
Ok. Nama pun belajar kat DiBiPi kan. Di sinilah pengembaraan dunia baharu bermula. 

Rasa macam dapat nyawa baru. Mungkin sebab dah lama sangat terperap, akhirnya dapat keluar dan berinteraksi dengan manusia lain secara normal semula. Selain belajar hal-hal dalam kelas, aku mula berjinak-jinak dengan bahan bacaan sastera. Puisi, cerpen dan novel. Meladeni puisi dan buku-buku yang sumpah tak pernah jumpa dan kenapa ya tak pernah nak baca sebelum ni? Duh! Ada la, tapi masa sekolah dulu. 

Masa baca puisi kan, rasa macam ada sesuatu. Aneh. Rasanya halus dan tak mampu nak terangkan sebab aku belum cukup banyak kosa kata nak terangkan rasa itu apa namanya. Mungkin, baca benda sastera ni akan keluarkan hormon endorfin. Hormon yang sama dirembeskan selepas kita bersenam. Rasanyalah. Teori sendiri. 

Aku akhirnya terus membenarkan diri untuk teroka dunia dan mencipta mimpi baru. Sesetengah orang mungkin memanggilnya sebagai harapan. Aku pula memanggilnya mimpi. Mungkin sama, mimpi ialah harapan dan harapan ialah mimpi.

Memilih untuk berhenti terus daripada kerjaya profesional yang boleh dikatakan masyuk, tidak lagi membuatkan aku kesal. Hal itu telah tinggal, bukan lagi sebagai mimpi; tetapi sebagai kenangan. Apabila dikatakan kenangan, lumrah apabila sesekali kita membukanya kembali sambil menangis; kadang kala sambil tersenyum.

Aku beredar ke mimpi yang seterusnya secara tak sengaja. Semasa sedang berjalan ke sana sini mengetuk pintu-pintu yang tertutup, seperti orang sesat dalam satu ruang tertutup tanpa sekilas pun cahaya. Tiba-tiba terjumpa satu jendela, Apabila dijenguk, di dalamnya adalah kawasan baru yang penghuninya menggunakan bahasa-bahasa indah. Begitu dekat dan mempesona. Dunia yang serba baharu tetapi mengghairahkan untuk diteroka. Sebagai peneroka dalam dunia yang sudah ada penghuninya, banyak perkara yang perlu aku ambil tahu. Perlahan-lahan aku mengangkat kaki untuk memanjat dan memasuki jendela itu.

Dunia baharu: sastera? Layakkah?

Sukar sebenarnya untuk seorang yang intovert untuk ke mana-mana tempat yang sudah dipenuhi orang ramai, sendiri. Sukar. Dia akan berasa janggal, kekok. Akhirnya, cuma duduk di tepi menjadi penonton sahaja. Ya, begitu perasannya. Mungkin kedudukanku cuma layak sebagai penonton dan pembaca, bukan sebagai sebahagian daripadanya? Tapi mengapa perlu atau mahu menjadi sebahagian darinya? 

Aku masih mengitari bahagian luar lingkungan baharu ini. Bermula dengan mengembangkan bahan-bahan bacaan, mengenal orang dan ahlinya, menghadiri bengkel dan acara, mendengar dan mengambil tahu berita sekitarnya. 

Kekok kerana pada usia begini tapi cetek pengetahuannya. Tadi, sebenarnya belum terlambat pun untuk bermula. Dan penerokaan ini sentiasa mengujakan. Mimpi-mimpi yang mewujudkan harapan dan memberikan sebab untuk terus hidup dan kekal.

Sedikit demi sedikit, mula memberanikan diri mengangkat muka. Sukar sebenarnya. Sukar untuk hidup semula selepas berbulan-bulan mati, hilang harapan dan asa. Sekarang, menjadi sebahagian penontonnya pun sudah cukup baik. 

Izinkan aku, untuk tidak bergentayangan lagi tetapi terus hidup dengan mimpi dalam kesedaran.

siapakah yang kau cari
kalau bukan dirimu sendiri
setiap malam?

–Latiff Mohidin

Aku akan jumpa diri sendiri. Sikit masa lagi. Izinkan.










10 January 2019

3.27 pagi

Dah pukul 3.27 pagi. Masih belum tidur. Penangan wonda coffee original gamaknya. Adeh

Bila tak boleh tidur, mula la idea datang mencurah-curah. Tangan gatal nak menulis. Pastu duk baca belog sendiri. Haha. Best jugak bila dapat baca semula post lama-lama tu. Ngee

Takde apa pun nak tulis ni. Cuma monolog dalaman.

Kalau sempat nanti nak tulis pasal "Who I am if I am not a pharmacist?"

K daa.

Esok lusa ni busy sikit. Fuhh


22 December 2018

My CBT Session with CP


"What do you feel about termination?"
My clinical psychologist (CP) asked me.
Oh really? So today will be our last session?
Yes. Today is my fourth and last session for Cognitive Behaviorial Therapy. And I passed with flying colours. She said I can get A-. Haha.
So I end up my CBT today. Yuhuu!
Since kak Siti Nurfarehan Samsurkhar already open up my story, with my consent of course, InsyaAllah I'll share with public what I've been go trough and how to survive. I am not 100% recover yet, but I want people to realised that MENTAL ILLNESS is real, invisible and very painful.
"Mimi sabar ya. Doa banyak-banyak."
Ucapan ni memang selalu terima sebelum ni. Almost everyone will tell me this everytime I tried to share my feeling, my pain and my 'serabut'ness. They are not wrong. But for your information, it doesnt help at all. My housemate also learn a lot. After they knew my condition, they changed their word to --> you are not alone, I'll be there for you, just tell me if you need anything, you are not alone because I'm with you, I am proud of you and no more pergi baca Quran, hatimu akan tenang ukhti.
Yeah. We've done this together. This is not only me, but we fight together to 'heal' my disease. Can you imagine how can I survived without them?
I don't want to remember the time when I feel impossible for me to smile again.
I don't want to remember the time when I feel I want to cut my wrist.
Idon't want to sleep and cry along the day for many days.
I don't want to feel that everyone hate me.
I don't want to have panic attack, shortness of breath, palpitation and choking everytime I passed my treshold.
I don't want to leave people that I love because I hate them.
I don't want to treat people badly and full of anger.
I don't want to walk without umbrella during rainy day alone.
I don't want to feel useless.
I don't want to stay alone and being ignorant.
It is all the pain and it they are real.
InsyaAllah I will keep writing to spread the awareness, to save live and soul.
Stay tuned.

09 October 2018

Sakit Mental? Jangan Malu




Bulan April dah jadi macam bulan yang significant for me.
April 2017, resign daripada kerja kat Batu Pahat dan balik KL semula. Gila kot lepaskan kerja gaji dekat 4 ribu dan balik KL dengan masa depan yang tak tau lagi macam mana.

Malas nak cerita aku kerja apa. Yang aku tau masa tu aku rasa bodoh dan useless gila. Tambah lagi ada satu peristiwa pasal tersalah jadual oncall yang buatkan pegawai dan kawan-kawan marah kat aku. Masa tu aku kat Ampang, terbaring sepanjang hari dan tak mampu nak berfikir.

Dua minggu keluar masuk wad kat hospital tu, rasa aku pun sama sakit dengan patient yang terbaring tu. I am not able to concentrate and fail to manage all the information in front of me. Sambil clerk case aku boleh nangis. Balik rumah sewa pun tak mampu mengurangkan rasa tu. Bila waktu weekend, cuma mampu terbaring dan menangis sepanjang hari. What a life..

Thats the main reason kenapa aku resign. Macam aku tak layak kerja ni dan aku rasa macam nak gila amsa tu. Mujurlah aku ada tempat untuk aku berkongsi dan bantu aku supaya tak buat keputusan melulu. Masa ni ada fikir nak check sama ada aku ni gila ke apa tapi aku cepat-cepat padamkan kemungkinan tu sebab aku rasa aku ni stress biasa je.

Nak dipendekkan cerita, aku pun balik semula ke KL dan berimpian untuk sambung semula cita-cita aku cuma bertukar arah sikit la. Daripada kerja kat hospital, aku pilih untuk masuk community.

Everything nampak ok sampai la masa masuk bulan April 2018, the time when all the symptoms berulang kembali malah berpanjangan sampai la masuk ke bulan 6 dan 7. Seriusly rasa bulan Ramadhan tahun ni rasa loser gila sebab semua tunggang terbalik. Semuanya start dengan benda-benda kecik je. Motor rosak antaranya. Benda yang aku patut boleh handle je. tapi aku rasa sangat terbeban dengan benda tu. Banyak la lagi benda. Sampai tahap aku benci kawan0kawan serumah yang selama ni aku sayang, rasa nak marah customer, rasa taknak buat apa-apa, rasa penat setiap kali bangun tidur, menangis macam orang gila sampai sesak nafas, rasa give up, tak bercakap dengan housemate, dan akhirnya sampai aku tinggalkan rumah sewa, leave group dan rasa macam nak mati je! Ada masa aku nak masak aku pegang pisau dan datang thought macam mana kalau aku kelar tangan. Masa tu aku dah letak pisau atas pergelangan tangan dah. Tapi nasib masih ada iman dalam dada yang sekelumit tu untuk selamatkan aku.

Nasib baik aku tak sampai tahap harm diri aku sendiri. Masa tu aku mula sedar aku perlukan pertolongan. Aku tak macam tu. That is not me. The thing is, mana nak pergi untuk dapatkan bantuan? Ada ke orang nak tolong sebab aku sihat walafiat je dari luaran?

Aku ada luahkan kat kawan sorang ni dan tanya dia macam mana nak dapatkan rawatan sebab dia pernah bawa orang jumpa doktor. Dia masukkan aku ke dalam satu group ni. Terima kasih kat admin group tu sebab tolong aku, bagi keyakinan yang apa yang aku hadapi ni adalah simptom kepada penyakit mental dan aku tak keseorangan. So aku buat keputusan nak pergi ke Klinik Kesihatan.

Masa kali pertama aku pergi tu, aku cuma sampai kat pagar klinik je. Sebab aku panik dan terus terduduk dan menangis, sesak nafas. Setengah jam jugak aku duduk kat luar klinik nak pertimbangkan sama ada nak masuk ke tak. Kalau nak masuk nak cakap apa kat doktor? Takkan nak cakap aku dah taknak hidup?

Bila aku rasa makin lama aku duduk situ nanti orang tengok aku gila sebab menangis sorang-sorang baik aku balik. Aku pun naik teksi dan balik rumah. Dalam teksi, pakcik tu tanya adik ni ada asma ke? Heh. Masa ni tak belajar teknik relaxation lagi. Huu

Sebenarnya, aku dihalang oleh stigma diri aku sendiri yang rasa malu nak jumpa doktor, takut orang cop kita gila, lemah iman, tak mampu kawal emosi dan sebagainya. Banyak sangat fikir.

Last sekali aku bincang dengan mak usrah dan kakak serumah aku dan decide untuk pergi klinik bersama. Kebetulan masa yang aku nak pergi KK tu aku kena gastrik. Herm.

Bersambung...

21 April 2016

Masa Depan

Kepada Adik N**** yang akak kasihi,

Persoalan adik aka cuba rungkaikan dalam bentu tinta maya ini supaya bisa saja menjadi tatapan dan manfaat kawan-kawan yang lain.

Menerima luahan hati adik siang tadi, berkenaan masa depan adik atau lebih tepat lagi tentang bidang pengajian yang dirisaukan.

Keputusan matrikulasi sudah pun keluar. Ada yang dapat dan ada yang tak dapat. Yang tak dapat, pastinya akan berdebar menantikan keputusan UPU atau mula mencari-cari jalan lain untuk meneruskan pengermbaraan menuntuy ilmu.

Dalam keadaan ini, biasanya kita akan menghadapi dilema apabila kursus yang dipohon atau diidamkan seakan tidak punya harapan. Tambahan lagi apabila pihak kelurga mula masuk campur dan kurang memberikan sokongan positif. 

Jika hal ini tidak dilihat dari sudut positif, kita pasti dapat melihat hanya ada satu saja jalan iaitu masuk u atau matrik. 

1. Pertama sekali kita harus terima hakikat dan redha dengan keputusan SPM yang kita terima. 

2. Dengan keputusan tersebut, kita harus realistik dengan hakikat kursus apa yang layak dipohon dengan melihat syarat kelayakan.

3. Selepas kita redha dan realistik dengan apa yang berlaku, cuba lihat pilihan-pilihan lain. Pedulikan kata-kata orang sekeliling. Namun, jika ada cadangan yang baik, mungkin boleh dipertimbangkan.

4. Kadang-kadang, keadaan yang berlaku memerlukan kita memikirkan semula impian dan cita-cita kita. Contohnya, seorang pelajar aliran sains yang teringan sangat nak ambil jurusan perubatan. 

Tetapi, keputusan SPM nya tidak melayakkan dia memohon matrikulasi ataupun asasi yang biasa menjadai langkah mudah untuk melanjutkan pelajaran ke bidang perubatan. Dalam pada masa yang sama, dia seorang yangs angat berbakat dalam bidang penulisan. Dia pernah menjadi ketua sidang redaksi majalah sekolahnya dulu. Tanpa dia sedari, itu adalah minatnya dan dia sangat berbakat dalam bidang penulisan.

Dia merasa kecewa apabila tidak mendapat matrikulasi dan mula tidak meletakkan harapan untuk keputusan UPU. Dia mula buntu. Dia ingin mencuba bidang kewartawanan atau journalisme. Tetapi, keluarganya mula mempersoalkan rasional memilih bidang itu dan mempersoalkan peluang kerjaya kelak.

5. Bidang sains bukan satu-satunya jalan yang menjamin pekerjaan kelak. Sebenarnya baaanyak lagi bidang lain yang boleh dipelajari.

6. Apa yang penting ialah, bagaimana kita memanfaatkan peluang yang ada di hadapan mata kita.

Ada dua cerita di sini yang ingin dikongsikan.

Kisah pertama, seorang pelajar cemerlang yang mendapat peluang belajar di asasi. Selepas cemerlang di asasi, dia memilih jurusan farmasi kerana memikirkan peluang kerjaya yang biasanya mudah. Tetapi apabila dia menamatkan pengajiannya, terdapat ebberapa perubahan pada sistem pengambilan pekerja farmasi menyebabkan dia terpaksa menganggur untuk suatu tempoh masa yang lama.

Kisah kedua, seorang pelajar yang mendapat keputusan sederhana daalam SPM. Dia tidak mendapat tawaran ke matrikulasi mahupun ke universiti. Maka dia memilih untuk mwngambil STPM yang bagi orang lain adalah pilihan terakhir. Keputusan STPM juga kurang memberansangkan. Dia seorang yang berjiwa seni. Pandai melukis dan menghasilkan karya-karya kreatif. Selepas STPM dia mendapat tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang kesenian.Pada mulanya dia agak keberatan kerana keluarganya mendesak dia menerima tawaran UPU dalam bidang pertanian yang merupakan bukan minatnya. Berkat kesabarananya menahaan kata-kata keluarga yang tidak menyokong keputusannya itu, akhirnya pilihannya mendapat sokongan keluarganya. Dan dia mendapat keputusan cemerlang dan terus mendapat pekerjaan selepas tamat belajar.

Cuba adik fikirkan apakah hikmah di sebalik kedua-dua cerita ini..

7. Ada satu perkara yang amat penting yang perlu adik sedar dan fahami. Bahawa segala yang terjadi dalam hidup adalah perancangan Allah swt. Kita mercancang, Allah jua merancang dan Dia adalah sebaik-baik perancang. Adalah amat penting untuk kita berusaha dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu. Setelah mendapat apa-apa keputusan atau di mana saja kita diletakkan, jadilah yang terbaik, lakukan yang terbaik dan bersungguh-sungguh.

8. Akhir sekali, kita harus memastikan apa saja yang kita lakukan adalah kerana Allah. Apa saja yang kita lakukan merupakan ibadah.Semua yang kita lakukan haruslah memberi manfaat kepada ummah.
Bidang-bidang yang melibatkan penguasaan media adalah amat penting pada masa ini kerana masyarakat amat dahagakan "hiburan' yang menepati fitrah manusia. Masyarakat Islam kini diserang pemikirannya melalui media massa. Diracuni dan disuntik dngan hiburan yang melalaikan. Jadi jangan perkecilkan kepentingan apa saja bidang kerana umat Islam pelru menguasai smeua bidang yang ada,

Itu saja yang akka boleh kongsikan dengan adik. Akak cuba memberi kefahaman kepada adik bahawa hidup kita punya banyak pilihan. Apa saja pilihan kita perlulah berlandaskan matlamat yang satu iaiutu mendapat redha Allah.

Salam sayang daripada akak untuk adik,
Semoga adik tenang membuat pilihan dalam kehidupan. 
Ini bukanlah segalanya tetapi adalah permulaan untuk kehidupan yang lebih panjang dan bermakna selepas ini.

Banyak lagi nak share tapi cukuplah setakat ini. 

Wassalam.




19 May 2015

Ingin Kembali

Lama penaku tidak menari
Seperti kuhilang sebahagian diri

Izinkan aku
Mencuri sisa waktu
Menyulam kembali
Bicara dari hati
Kepada bahasa manusiawi
Demi ummah ini

#JihadPena

16 February 2015

Mohon Qowiy Sikit

Kadang terlunjur aku melepas lelah
Mencongak bagaimana bisa aku langsaikan semua
Tuntas menunaikan apa yang digalas

Allahurobbi
Bagaimana manusia ini bisa mengeluh
Tidakkah dia mengambil ibrah daripada nabi-nabiMu terdahulu?

Ayub yang sabar dengan ujian sakit
Yusuf yang sabar diduga oleh keluarga sendiri
Ibrahim yang terpaksa mengorbankan perasaan sendiri demi tuntutan Ilahi
Muhammad yang tahan dihina dicaci

Allahurobbi
Di pekat malam ini bangkitlah para daie
Ya ayyuhal muzammil
Ya ayyuhal mudassir
Infiru
Berangkatlah
Bersiap siagalah!

02 February 2015

Hidup untuk Hidup

Jangan pelik kalau tiba-tiba ada yang tanya, "kenapa kita hidup?"

Senang je jawapannya.

Hidup untuk hidup!
hidup di dunia untuk hidup di akhirat
hidup yang singkat untuk hidup yang abadi
hidup penuh ujian untuk hidup dapat balasan

Hiduplah kita di dunia ini sebelum kita hidup semula di akhirat nanti

Ganjaran

Kalau kau seorang designer kau akan tahu macam mana keadaannya bila takde ilham dan kau tengah kejar dateline. *ayat kena bajet profesional.heh*

Sabtu lepas, sebelum balik kerja:

"Nampak tak apa yang lain?" bos aku tanya.

Aku bukak mata besar sikit. Huh! Gaji naik? Alhamdulillah.

Pandang bawah sikit, insentif?

"Haa. Yang tu hadiah sebab buatkan poster hari tu."

Woah. First time dapat upah buat poster! *mata bersinar*

Naaa. Ni upah dunia. Ramai ikhwah dan akhawat kat luar tu yang aku percaya bersengkang mata buat poster itu dan poster ini. Mereka yang ikhlas dan bersungguh-sungguh pasti beroleh ganjaran yang lebih besar daripada yang aku dapat. Ganjaran dari Allah pulak tu. :')

Teringat hadis logam.


28 January 2015

Jejak

Letih tubuh di dalam perjalanan
Saat hujan dan badai merasuki badan
Namun jiwa harus terus bertahan
Kerna perjalanan masih panjang

Kami adalah tentera Allah

Kroh kroooh..

Siap melangkah menuju ke medan juang

Kroohhh krooohhh..

Ohoi. Bangun la!

27 January 2015

Untitled

Ternyata Allah mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya

Jika kau pinta yang ini, dan kau dapat yang itu maka itulah yang terbaik untukmu

Allah..
aku pinta kau ampunkan dosaku
tapi kau tambah lagi beban dakwah yang perlu dipikul
nak menolak aku tak mampu
nak menerima aku malu

Malu kerana mengenang dosa-dosaku
Apakah layak aku memikul amanah ini?

Maka Allah hantarkan seseorang padaku
Katanya..
Allah sedang beri peluang lagi untuk kita bertaubat
Kerana kita membawa risalah Rasul untuk ummat
Maka bersyukurlah kerana inilah nikmat
Nikmat berada di jalan dakwah dan tarbiyah

Kini aku mengerti
Dan aku syukuri
Dan aku sertai
Dengan azam di hati

Moga Allah terima amalan hamba ini

31 December 2014

Tahun Lama

Antara pesanan yang dipetik pada hujung tahun 2014.

1. Pesanan abah malam tadi, "Kita beribadah bukan untuk mendapatkan rezeki sahaja tetapi juga untuk menzahirkan rasa syukur atas rezeki yang Allah kurniakan selama ni."

2. Pesanan JKP PEMBINA semasa retreat minggu lepas, "Jangan jadi orang muda yang berjiwa tua."

3. Pesanan saya kepada semua: tahun baru ke tahun lama ke, kita akan kekal jadi orang yang lama sekiranya kita statik di takuk lama seperti air yang tidak mengalir. Lama-lama akan keruh dan akhirnya berbau busuk! "Selamat tahun lama!"

Mari jadi orang baru di tahun baru!

26 November 2014

Ruang

Sampai masa kau kesempitan masa
Kau merintih pada Tuhanmu

"Ya Allah..berilah aku ruang untuk beramal kepadaMu, terimalah setiap gerakku sebagai ibadat kepadaMu."

Kulihat mereka terdampar di waktu pagi
Ingin saja kucuri waktu senggang mereka itu digunakan untuk aku

13 November 2014

Perlumbaan Yang Merugikan

"Yuhuu. Dah boleh guna fon untuk update blog." :D

Cabaran yang dinanti

Oyeah. Setelah sekian lama tak update. Saya dah kerja sekarang. Kerja biasa je. Jadi kuli. Ehem.

Kononnya lepas belajar ni nak rasa pengalaman kerja sambil terus majuu falam dnt. Tengok akhawat lain yang dah kerja tapi masih terus tsabat bahkan sangat gigih berkejaran menguruskan hal-hal jemaah, membuatkan aku rasa nak cabar diri sendiri jadi macam tu.

Sekarang apa macam? *angkat2 kening*

Dah tak seperti dulu

Serius weh. Waktu jadi mahasiswa memang banyak masa kau boleh optimumkan. Sebagai daie, banyak masa kau nak tajmkik, buat program itu ini, meeting sana sini, usrah adik-adik..blablabla. Jangan tipu la takde masa nak study. Lepas subuh kau buat ape? Tido? Memang la -.-

Sekarang tak macam dulu. Nak reply mesej whatsapp pun bukan boleh selalu.
Dulu boleh la luangkan masa gap antara kelas untuk prepare untuk usrah malam, nak mesej adik2, nak lari uruskan program kejap. Kadang-kadang takde kelas so macam-macam boleh buat masa tu.

Sikalang aa..kaki u sudah kena ikat ma. Kelija tarak boleh tinggal suka2 maa. Mau bikin kilija lain pun tarak boleh maa

Sobs.

Perlumbaan yang merugikan

Perlumbaan merugikan yang dimaksudkan ialah perlumbaan mengejar dunia. Pagi pagi masa pergi kerja,masa tu kau boleh nampak semua manusia berlomba-lomba, bertolak-tolak nak pergi kerja. Pfft. Semua jalan laju dan tau arah mana dia nak pegi.

Tapi...perlumbaan itu pastinya merugikan sekiranya tiada disertai dengan niat kerana Allah. Maka ianya sekadar menjadi rutin biasa yang merimaskan berbanding pahala ibadat yang menguntungkan.

Got it? Kbai.

28 August 2014

Bila hati dilanda resah gelisah
janganlah berpanjangan
cari puncanya
rawatlah segera


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...