Dua hari yang lalu bersamaan dengan 3 Disember 2010, aku dengan Dayah and Wani pergi MAHA kat Serdang. Hehe. Plan pergi sana seminggu lagi awal sebab exam ada gap 5 hari. Pheww~ Untuk hilangkan kebosanan, gi derak laa! :D
Pagi-pagi tu pukul 9 dah gerak. Pergi singgah kat second college dulu nak hantar surat rayuan. Harap-harap la dapat kan. Amin..
Lepas tu, gerak la naik bas pergi stesen U sampai KL Sentral. Pastu, naik KTM pergi Stesen Serdang. Smapai sampai masa tu dah pukul 11 lebih la. Masing-masing dah lapau. So singgah la kat kedai tepi KTM tu. Masa nak bayar ada makcik dua orang ni. Dia tanya la kat orang kedai tu macam mana nak pergi MAHA tu. Orang tu cakap tungu bas belah sini. Aku pun menyampuk la makcik-makcik tu cakap. Haha.
Dah tu, kami 3 orang pun sama-sama la tunggu dengan makcik 2 orang tu. Masa kat stesen bas, aku tanya Dayah, wehh..mak cik tadi mana? Tengok-tengok mak cik tu ada kat belakang. Dia dengar aku cakap. Dia pun ketawa. Hahahaha.. Ouh makcik, saya ni caring orangnya. :P
Tunggu punya tunggu nak dekat sejam jugak la. Aish..dah la panas kan. Try la tanya teksi, ada yang tak nak masuk sebab jem. Ada tu tanya pulak kat aku berapa aku boleh bayar. Grr..camtu plak. Pastu makcik tu pun try jugak. Orang teksi tu kata RM25! Gler ahhh..cekik betul!
Aku pun tanya la Intan, nak naik bas apa. Intan cakap ada bas rapid. Makcik tadi pergi tanya orang lain plak. Laaa..kena tunggu seberang sana laa. Uwaaa..padan la. Pastu kitorang pun bergegas la ke sana. Terus naik bas. Tapi bas tu plak duk tunggu lama gler baru nak gerak. Aiseyman..sabar je la. Aircond plak tak de. Huhu.. Akhirnya, baspun jalan. Lalu kawasan rumah, kedai, masuk UPM. Cantik, banyak pokok nan rendang. Nampak MarryBrown ye di ditu. Hee..ingat plak kat Norliza. Lepas tu, dah sampai padang kawad, naik bas shuttle free plak. Dan akhirnya nk dekat pukul 1, SAMPAI! Wah..besaunya..!
Jalan jalan tengok itu ini.
![]() |
First benda yang aku beli, kuih AKOK. 3 sehengget..wee~ |
![]() |
Ni apa benda tah. Lupa nak tanya. Haha |
![]() |
Ok adik-adik. Ini bunga ya. |
![]() |
Bunga [lastik pun ada. Sebatang RM1 je. |
![]() |
Haish..KFC pun nak jugak. Berapa banyak lori tah. Pizza Hut pun ada. |
![]() |
Ni pokok bonsai. Cantik. |
s
![]() |
Ramai orang jual payung n topi cowboy. |
Kat dalam banyak lagi. Masuk dewan yang ada aircond, macam-macam ada. Baju, kain.. (tu la yang tarik minat orang perempuan kan..kecuali aku..haha)
Apa lagi ek lepas tu. Masuk kat Dewan Besar. Wah..besar gelr ah. Kat atas tu dia buat tempat orang rehat rehat. Ada karpet and aircond. Bagus. Kalau parents yang bawak anak kecik tu boleh la rehat kat dalam dewan tu. Bawah dewan tu ada bahagian makanan. Hehe..nyumm,, Masuk kat situ beli macam macam. Haha. Susu kambing, jus mangga dari Bangladesh, ape tah lagi. Tu baru first trip..lepas tu pergi solat jap.
Haa..first time jumpa surau terbuka macam tu. Dia buat ada rongaa rongga..pakai kipas je, tak ada aircond. Agak best la tapi sempit. Orang ramai. Sepatutnya dia buat besar sikit. Hoho.
Dah lepas solat, makan. Yeay..
Kat bawah tu ada medan selera. Ada jual macam-macam makanan dari semua negeri utara, selatan, timur, barat, Sabah and Sarawak. Dayah ngan Wani makan nasi lemak. Aku tak mau. Yela..nasik lemak mana-mana boleh dapat kan. Pastu jalan-jalan jumpa nasik campur. Aku ambik lauk ayam kampung goreng, nangka masak lemak sikit dengan daging ketuk 2-3 slice. Sambal belacan sebagai penambah perisa. Masa nak bayar, alamak ai, RM10!! Sob3..
![]() |
Ni nasi lemak Wani. RM 6.. |
![]() |
Ni la nasik 10 hengget tuh.. |
Lepas makan masuk balik dewan besar tu. Aku nak pergi derma darah. Dayah ngan Wani pergi bawah konon nak mengurut, Hak3.. kesian aku keseorangan kat situ. Tengok-tengok ada miskol dr DRApih. Dia kata dia pun ada kat situ tapi nak balik dah. Huhu..
Aku pun teruskan la duduk situ sorang-sorang. Sampai la aku dah habis derma darah si Wani ngan Dayah ni tak naik-naik lagi. Grr..mana la depa ni p. Pahtu, depa kata ade kat bawah lagi. Aku pun p la kat depa. Masuk lagi kat dalam tu. Amboi-amboi, budak 2 orang tu dah shopping sakan la. Beli madu, kepok lekor, kek lapis, macam-macam la. Pastu pergi kat booth HPA. Rasanya duduk kat situ paling lama kot. Buat ape? Haha..biar la kami je yang tau. Tapi yang paling penting kami banyak belajar kat situ.
Dan dapat kaunseling percuma dari pak cik Amin. Dia nasihat aku, kalau sayangkan Islam..belajar elok-elok farmasi ni. Lepas tu mantapkan lagi dengan ilmu agama terutamanya ilmu perubatan Islam. Dia suruh aku buat kajian pasal kekejraman perubatan moden ni dan konspirasi Yahudi di sebalik syarikat-syarikat gergasi farmasi. Dan lambang ulra yang dikaitkan dengan Yahudi. Erm..logo PharmSoc ade lambang ular.
Dan dapat kaunseling percuma dari pak cik Amin. Dia nasihat aku, kalau sayangkan Islam..belajar elok-elok farmasi ni. Lepas tu mantapkan lagi dengan ilmu agama terutamanya ilmu perubatan Islam. Dia suruh aku buat kajian pasal kekejraman perubatan moden ni dan konspirasi Yahudi di sebalik syarikat-syarikat gergasi farmasi. Dan lambang ulra yang dikaitkan dengan Yahudi. Erm..logo PharmSoc ade lambang ular.
InsyaAllah pakcik, saya akan cuba sedaya upaya. Tapi, what should I do now? Hmm..
Dah la tu Dayah n Wani, jomm balik. Haha. Before balik solat Asar dulu. Dah nak dekat pukul 6 kami pun gerak la balik. Penatnya.. Tengok orang beratur ramai-ramai kami pun ikut la beratur jugak. Panjang tuu..turun je dari bas tu..alamak, kat mana ni?? Uwaaaa..tanya la abang kat situ. Salah naik bas daaaaa.. Kena patah balik tempat tadi. Beratur lagi....
Sampai kat tempat tadi dah nak dekat Maghrib. Solat la dulu. Kang tak sempat pulak. Masa tu cantik..nampak banyak burung terbang. Burung pun tau nak balik kot waktu dah senja camtu.
Masing-masing dah penat. Dah siap solat, naik bas lagi. Mula-mula beratur kat tempat kaunter tiket tu. Lepas tu barisan dah pendek dengar announcement..Alaaa..salah tempat lagi. Kena tunggu bas kat tempat parking yang mula-mula kami sampai tuh. Naik la bas shuttle. Pastu naik rapid.
Penat sangat kot, sedap gler tido dalam bas. Sampai ada mat Arab duduk sebelah aku pun tak perasan. Hahaha.. Lamanya laa nak sampi stesen KTM. Adehh.. Tapi yang bestnya kami dapat naik tren baru! Hahaha..gege gler kot dalam tren tu. Duk ambik gambau sana sini. Darat la bebudak ni. Hahaha
Dah sampai KL Sentral pun sempat lagi ambik gambar. Dan akhirnya sampai la kami ke Kuaz dengan selamat. Alhamdulillah..
Balik tu masing-masing kejar toilet. Solat dan makan! Nyumm..sate ada, ayamas ada, kopok lekor ada..macam-macam adaa..wee~
Yang tak boleh blah nya, esok tu plan nk p Masjid Jamek la, KLCC laa..hahaha.
OK laa..penat dah tangan menaip ni. Next year nak pergi MAHA lagi tak? Erkk..tengok la dulu. Haha...
Sekian.. :D
Gambar-gambar lain..
![]() |
Belon udara.. |
![]() |
Dok kecek gapo tu Wani..haha |
![]() |
Nok se... |
![]() |
Tayang beg MAHA jap.. |
![]() |
Sementara nak tunggu LRT..hehe |
![]() |
Ni before bertolak dari kolej.. :D |
![]() |
Nama saya Mimi..nama awak Wani kan.. :P |
![]() |
Acecey..dapat Ayamas free.. :D |
![]() |
Ni la dia dewan besar tu.. |
![]() |
Wani tak de keje.. |
![]() |
MAHA 2010 |
![]() |
Dalam tren bary..ada tv laa.. |
![]() |
Tempat duduk pun baru..wee~ |
![]() |
Ada tempat untuk letak makanan.. |