20 December 2010

Anak Siapa La Ni?

Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillah, kia masih dipanjangkan nyawa untuk menghirup udara pagi yang nyaman. Ditambah lagi dengan hujan yang turun entah dari pukul berapa. Maka beruntunglah orang yang dpat bangun di awal pagi mengerjakan solat Subuh.

Semalam masa naik LRT menuju ke Ampang, ada la nampak seorang budak lelaki ni. Ke hulu ke hilir. Aku ingat pak cik tua depan ni ayah dia, rupanya bukan. Bila dah tak ramai orang dalam tren tu budak tu datang kat aku.

Dengan cara percakapan yang pelat tu dia tanya, 'akak ni nak pergi Sentul ye?'
Aku jawab, 'eh, bukan la dik..adik nak pergi mana ni?'
Budak tu nak peri Sentul. Adoi, arah bertentangan tu. Alang-alang dah nak sampai Ampang aku suruh la dia tunggu tren tu pusing balik.

Sempat jugak la aku borak-borak dengan dia. Budak ni rupanya nak masuk darjah 6. Tau pulak sekolah bukak 3 Jan. Aku tanya mak dengan ayah tau tak dia naik tren sorang-sorang ni. Dia angguk je. Bila tanya mak dengan ayah kerja apa. Dia buat gaya orang tengah menyapu n potong bunga. Ouh..ayah dia kerja Alam Flora. Mak dia tukang kebun kot. Kesian budak ni.

Kesian bukan sebab mak dengan ayah dia kerja macam tu. Tapi kesian sebab terbiar macam tu je. Dalam hati mesti orang lain termasuk aku, akan persoalkan 'ANAK SIAPA LA NI?'
Makan minum entah macam mana. Lepas tu senang-senang je orang nak culik.

Senaio ni boleh berlaku kat sesiapa pun. Termasuk diri kita. Mana-mana kita pergi orang akan tanya, ANAK SIAPA LA NI. Cuma bezanya atas sebab apa orang akan bertanya. Kalau seorang murid yamg cemerlang, pelajar yang berdedikasi, disenangi oleh semua orang, soleh dan solehah, mesti orang akan bertanya, ANAK SIAPA LA NI. Bertuah mak dan ayah dia. Tidakkah itu akan membuat mak dan ayah kita rasa bangga? Bukan setakat bangga malah teramat bersyukur kerana permata yang mereka didik menjadi permata yang berkilau.

Tapi, kalau seorang kanak-kanak mahupun remaja seperti budak tadi, orang akan tanya 'ANAK SIAPA LA NI' kesian dia. Orang tak akan salahkan budak tu tapi orang akan tanya ,'mana la mak ayah budak ni?' Bukan apa. Kesian la kat budak-budak.
Untuk melihat apa akan berlaku pada masa akan datang, lihatlah pada anak muda yang ada pada hari ini.

Sebelum nak jadi ibu bapa, silalah lengkapkan ilmu bagaimana nak jadi ibu bapa yang baik untuk membentuk insan yang bertaqwa. Bukan senang weh nak jadi mak orang. Haha. Melalut suda..haha

Sekian. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...