Haa. Nampak gambar pelangi dan matahari yang tersenyum ni? Macam ni la aku nak gambarkan betapa aku bahagia, gembira dan seronok giler ah dapat jadi a part of this group. Tanpa aku siapalah mereka. Hahaha. Koya la Mimi..
Al kisahnya..group M ni adalah group aku masa Asasi Sains kat UiTM Shah Alam atau nama mesranya USA.
Kenapa la aku sayang sangat group ni..orang-orang dalam group ni?
Profile Ringkas Group M
Group M=Group 13 daripada 13 group yang ada kat situ.
Beribu pejabat di Fakulti Sains Gunaan. Menetap di Kolej Melati bagi pelakjar perempuan dan Kolej Perindu untuk pelajar lelaki. Perindu lagi dkat dgn fakulti..tak aci!
Kami semua mengambil 4 subjek iaitu: Matematik, Biologi, Kimia dan Fizik. Diajar oleh lecturer-lecturer yang hebat belaka. Dan sebahagiannya dibimbing oleh tutor yang tak kurang hebatnya.
Organisasi kelas ini terdiri daripada class representative dan bendahari kot. Haha.
Yeah..this is what I should keep in my wonderful memory from group M.
For the first Semester, our classrep is Mohd. Hafiz Azham atau nama glamournya pada masa, Mr. Apih.
Budak ni tak mau buat kerja sorang-sorang so dia pun nak lantik bendahari. Masa nak lantik tu tak ada suggestion kot..tak ingat la tapi yang aku ingat masa tu aku maleh nak dengar. Nak balik, kelas dah habis....haha. Last2 aku dengar dia kata nama yang dia pick tu akan jadi bendahari akan jadi bendahari tanpa bantahan. Lepas tu aku macam dengar nama aku disebut. Aik..asal diorang pandang aku ni? Aiahh..aku nampak ada Mr. Ajim di sebelah Mr. Apih ya..grrrr. Ajim..schoolmate aku. Kat maktab tak pernah tegur pun. Haha. Alamak ai..aku ke? Aish..kenapa bukan Maziah ke..huuu.
Seingat aku, last sekali aku jadi bendahari masa kat Tasek Permai. Kat maktab aku tak ada apa-apa jawatan melainkan aku yg offer diri mcm PRS ru. Haha. Hek eleh..kecoh la Mimi ni. Wekkk.. :P
Tapi..banyak kot duit aku pegang tambah2 masa budak2 ni nak beli buku. Satu buku mau RM 80, RM 87.. kali dengan lebih kurang 40 orang. Aiyoo..hari2 aku duk kira duit takut short mana2. Lecturer plak suruh aku simpan 3-4 hari. Nak tidur pun mata tengok kat locker. Haha.
OK la. Cerita pasal aku je ni apesal. Muahaha..dah blog aku mesti la cerita pasal aku kan..ngee
Nah..ni gambar budak group M yang cantik lagi hensem..kot
![]() |
Gambar ni dah mencapai 533 comment hasil kerja keras aku..hahaha |
![]() |
Tengok ni..happy je diorang..hee |
![]() |
Hihi..comel kan? Muka innocent je semua.. |
![]() | ||
Semua bertindak mengikiut arahan..muahaha |