01 July 2012

Fardhiyyah dan Jamai'yyah

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah Sabtu lepas dapat join daurah pertama dengan Pembina. Malam MABIT tak dapat join sebab ada kelas sampai pukul 10. Dari pagi ada kelas lepas tu pergi Hsah Alam pastu malam ada lagi kelas. Fuhh. Tapi sekarang rasa rugi plak. Waa. 


Masa daurah tu, kak Aishah cerita pasal Fardhiyyah dan Jamai'yyah. Apa itu Fardhiyyah dan Jamai'yyah? 
Setakat yang dapat diingat secara ringkasnya Fardhiyyah adalah jati diri manakala Jamai'yyah adalah jemaah. 
Kak Aishah kata kita kena seimbangkan kedua-duanya. Nak explain panjang lebar pun saya ni kurang ilmunya, takut tersalah. Cuma masa dengar tu saya rasa macam mendapat konklusi untuk apa yang dah dialami sepanjang sem lepas.

Apa yang dah jadi tak perlu dibincangkan. Cumanya, saya merasa ada benarnya kata kak Aishah tu.
Cuma konsepnya, yang ni lebih kepada perihal duniawi. Dan dari situ, aku pun imbas balik semua yang dah terjadi. Termenung seketika.

Pada masa tu mungkin terlebih Jamai'yyah sehinggakan bila terkontang-kanting seorang rasa sukar. Sehingga Fardhiyyah itu di-develop-kan supaya seimbang.

Faham tak? Haha. Tak faham tak pe la. :P

Terima kasih Allah kerana menjadikan semua ini. Tarbiyyah yang diterima daripada kesilapan diri sendiri dan teguran daripada sahabat-sahabat. Terima kasih kerana memaafkan dan menegur kesilapan diri ini.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...