08 July 2012

Aku Ada, Kau Ada?

Eh. Ni bukan entri pasal filem AAKA tu ye. Pinjam tajuk je. Hehe.

Dalam hidup kadang-kadang kita merasakan orang lain tak rasa apa yang kita rasa. Orang lain tak diuiji sepertimana kita diuji.  Orang lain tak faham apa yang kita lalui.

Kan?

Saya pun pernah macam tu.
Saya pun macam tu.

Tapi lepas terbaca satu kisah ni saya sedar tentang sesuatu.

Kisah tentang seorang doktor dan seorang ibu. Ibu memarahi doktor tersebut kerana anaknya masih di salam ICU. Dia cakap doktor tu jahat dan tak bertanggungjawab sebab dia lamabt datang untuk selamatkan anak dia. Tapi sekarang anak dia dah selamat. Sebenarnya dia tak tau doktor tu baru kehilangan anak dia dan dia terus bergegas untuk selamatkan anak perempuan tu walaupun majlis pengebumian anak dia tak selesai lagi.


See. We never knows what others had gone through and how can we say that they are not tested as we are? 


Bila ada masalah kita akan mengadu kepada manusia dan manusia itu akan cakap, sabarlah dan redhalah. Ini ujian untukmu. Apa respon kita? A. Kau cakap senang la..kau tak rasa! atau B. Betul tu. Ini ujian untuk akau. Aku kena sabar.


Bukan. Bukan nak menyalahkan dan cakap aku betul, kau salah.
Tapi mari sama-sama kita renung semula.


Bukankah Allah uji kita ikut kemampuan kita?


Adakah kita cuba mengatakan Allah itu tidak adil kerana menguji kita sedemikian rupa?


Cuba ingat balik berapa banyak ujian yang kita dah lepasi untuk berada di hari ini?
Banyak kan? Tapi masa sedang diuji tu rasa macam dunia ni nak berakhir je. Tapi tengok kat mana kita sekarang. Kita mampu tersenyum dan berbangga sebab dah lepasi ujian-ujian tersebut. Ye ke tak?

Yes cakap memang senang. Bak kata lagu nasyid tu, bibir mudah mengucap sabar tapi hatilah yang remuk menderita.


Jadi, kesimpulannya...

Kita berbeza dan kemampuan kita berbeza. Sebab tu ujian kita berbeza.

Jangan ingat yang orang lain tak faham apa yang kita rasa. Mungkin mereka pernah alami benda yang lebih teruk daripada tu. 

Cubalah bersabar dan terus bersabar. Ujian untuk kita meningkatkan darjat. Ujian kerana Allah sayang. Makin kita dekat makin Allah uji.

Sekian. Salam muhasabah.















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...