Terbaca nota dari seorang sahabat. Teasa macam kena batang hidung sendiri. Sepatutnya aku yang tulis macam tu. Seolah-olah dia faham suara hatiku.
Sahabat-sahabatku,
Hargailah sahabat yang ada bersamamu. Lihatlah kebaikan yang telah dia lakukan padamu. Ucakpaknlah terima kasih dan hargailah dirinya. Jangan kau sia-siakan pertolongannya itu.
Aku telah melaluinya. Aku telah melukakan hati seorang sahabat. Sahabat yang telah banyak membantu aku. Aku khilaf.Kekhilafan yang sangat besar.
Tambah khilaf lagi apabila aku berdiam diri. Sebenarnya diam aku kerana aku buntu. Aku bingung.
Mungkin kau lihat aku bahagia tanpa dirimu. Tapi sesungghnya tiada yang lebih bahagia apabila kau berada disisiku.
Hanya pintaku kau maafkan aku.
Kelemahan diriku adalah kesilapanku.
Aku cuba perbaiki diriku.
Mungkin kata orang aksara ini tiada ekspresi.
Tapi barisan ayat ini yang ingin kukatakan padamu.
Tapi lidahku kelu. Kelu.