![]() |
Five Ten |
![]() |
Masa nak pegi Pengkalan Balak. Nama tmpt tu Pengkalan Balak kn? Err |
![]() |
Muna punye keje |
Al-kisah..tersebutlah al kisah di sebuah kota yang ternama dan masyhur, kota MRSM Tun Ghafar Baba. Dalam salah satu kerajaan yang pada mulanya terletak di kawasan baru yang berwarna purple,berhadapan dengan padang dan kemudiannya berpindah penempatan ke kawasan terpencil..tempat jin bertandang orang kata. Dekat dengan blok budak laki. Haha.
Rakyatnya yang masih muda dan bijaksana telah diperintah oleh ketua darjah yang bernama Shahid. Shahid, wajahnya manis. :P Presiden kelas masa Form 5. Masa form 4 tak ingat la..dia jugak eh? Dulu alah dengan kamera, mesti dia lari nyorok. Ada sekali tu aku dah terlukakan hati dia. Pada suatu malam prep yan nyaman, entah apa tah yang jadi masa tu tapi aku ingat aku cakap camni, ‘’alaaa..campak dia kat luar , orang tak nampak punye..’’ Erk..merajuk kot presiden kelas aku sorang ni..alamak aiiii.. Jenuh nak pujuk. Aku beli cekelat Crispy yang besar tu bagi kat dia. Tak penah kot seumur hidup aku masa tu bagi cekelat kat orang. Ko patut berbangga Shahid. Muahaha. Sekarang tak tau la dia stdy katne..ktne eh?
![]() |
buO~ |
Bushro..penolong presiden..merangkap orang yang buat kerja presiden masa presiden ‘MC’. Badar, PKBM, Kelab Robotik, Taekwando..ape lagi..memang aktif gler ah kawan aku sorang ni. Tabik spring! Seronok borak-borak dengan dia. Mata dia sepet sikit.. Petang-petang aku rajin gak jalan dengan dia, round2 blok. Buoo…sayang awak….. huu. Sekarang dia amek engine kat UTM. Fuiyoo~
Muna Aqilah. Orangnya cenonet je..hik3. Muna bendahari..garang. Tambah lagi kat geng2 liat nak bayaq..hari tu jumpa Muna kat USM. Muna main futsal sehhh.. :D Muna ni dulu JPA, errr..haa, JPA, betul la.. sekarang Muna kat CUCMS. Course sama dengan aku, Farmasi. Muna, jumpa next NPSC eh! :D
Kawan baik Muna, Afiqah a.k.a Afiq. Afiq!! I lap u.. :D do u remember me? Haaa..Afiq ni comey sebenarnya budak nye..walaupun nampak ala-ala otai, tapi kiut kot..tambah-tambah kalau dia amek gambar sendiri..haha. Afiq…ingat tak masa kita study Sejarah sama-sama dulu. Sampai petang kita stay kat kelas. Kalau bosan duduk dalam kita duduk kat bangku luar tu. Habis buku Sejarah tu kita khatam. Nak lawan si Nasyar yang masa tu dah khatam 2-3 kali..kakaka. Afiq kat UPM, bakal dotor….haiwan. :D Cayalah Afiq!
Haa..Nasyar. Oii..apecer? Ko kat Sabah ke Sarawak eh? Tak ingat. Yang ingat last sekali dia bagi tau dia amek Medic. Nasyar si budak rajin. Antara budak lelaki dalam kelas yang boleh diharap. Kot…yeke? Haha. Yang aku ingat, dia ni pun sama macam Buoo..budak robot..huhu.
Cikin. Ni lagi sorang budak robor. Merangkap Koopers. Oi mak cik Ckin.. Dia suka cerita kat aku. Kalau Bio tu maleh nak baca suruh dia cerita. Ingat lai masa Form 4, sampai kat depan toilet dia bawak buku nak cerita kat aku pasal Bio. Muahaha. Dalam kelas Bio dia yang kena serang dengan cikgu Siti sebab ngantuk..kikiki. Ckin…miss u. J Sekarang kat Mesir, tak ingat U mane..bakal doktor…gigi :D
Fariza Hani. Tablemate aku masa Form 4. Gila-gila sikit dia nih. Dia geng aku la kira, budak gogo.. (panggilan utk budak yang sekolah biasa/bukan MRSM masa lower form). Geng dia..Tikah. Kecik ila budak ni. Tapi pandai kot..masa Form 5 dia amek RC-Reka Cipta..Sorang lagi Eca. Eca diam sikit kot antara geng diorang ni..hari tu, jumpa Eca kat PWTC masa pesta buku. Alhamdulillah. Sejuk je mata tengok. Hehe. Geng diorang ni la yang meriahkan kelas..haha. Fariza preparation kat KYT kot kalau tak silap. Tikah tak sure..Eca hari tu kat INTEC..ke GMI tah.. sori..tak ingat. Huhu.
Hanafi. Si kurus tinggi. Selalu pakai songkok kalau pegi kelas. Senyap juak masa mula-mula. Tapi lama-lama bising gak..haha. Ni stok-stok yang rajin gi surau la..kan kan? Sekarang ni engine kat UiTM. Dia pun Asasi kat UiTM gak. Masa kat sana pernah nampak dia. Ada sekali tu nampak kat DC. Segan la nak tegur..hee. Go go Hanafi, usaha taqwa mulia.
Rozaini. Wah..bakal cikgu! Sedihnya tak dapat join jadi cikgu..sobss. Pendiam sikit orangnya. Boleh diharap sikit laa. Ni pun stok-stok budak rajin gi surau gak.. (kot…)
Armira. Kelas ni memang banyak budak-budak yang comel, kecik..mini. Kikiki. Dia ni BWP..dah la BWP, pandai plak tu.. Nampak je kecik, tapi kadang-kadang garang. Ar, thanks..banyak tolong ajar selama ni. Kalau dia berdiri dengan barisan BWP lain, kecik je dia terselit kat tengah tu..hihi. Sekarang kat Australia.
Imad. Selagi benadi bernyedut. Kakakaka. Aku tak leh lupa yang tu. Sori Mad..kalau before ni terlebih gurau ke. Huhu.. Tapi at least ko tak pernah merajuk macam Shahid. Hee.. Sekarang ko katne tah?
Jijan. Azizan..jejaka macho..errrr..tak pun. Muahaha. Jarang aku cakap dengan dia. Takpe la..tapi aku ingat kau lagi, kira ok la kan. Yang aku tau ko kat Mesir kot..study ape tak tau laa..huhu. Dulu ada add kat FB, tapi sekarang tak penah nampak pun? Ke manakah?
Atiqah..garang! Tiqah!! Garan lagi tak sekarang? Ngeee~ Ingat lai kalau time dia marah Yop dulu..kakaka. Seronok tengok.. Tiqah, sangat teliti orangnya kalau buat kerja. Kalau nak padam tu padam sampai bersih. Kerja kemas. Like~ Dental kan? Kat Mesir..kalau tak silap
Sherina Nur Rasyiqah. Haaa..panjang kan nama dia. Pangil Shiqa je..atau Sherina. Rajin..berprinsip. Shiqa..rindunya nak ketawa, nangis sama-sama macam dulu. Huu..
Asmira. As…kawan yang paling caring! Sampai la sekarang. Thanks As.. Dia la yan paling banyak share suka duka dengan aku. Manja..anak bongsu laa katakan. Hehe. Apa yang pasti, aku susah nak terima apa yang orang-orang tersebut dah buat kat dia. Tak baik tau aniaya orang. Harapnya, orang-orang tersebut silalah sedar k..kita tak selamanya cantik, hensem, jelita, menawan.. Dunia je semua tu. Ok. Peace~ sekarang dia kat UUM. Tak inat la kos ape..huu
Next..Yop. Atau nama betul dia, Akmal Aiman. Nampak je macam blur budak ni..tapi pandai je sebenarnya. Kalau tak takkan masuk Pasum, kan? Favourite dia rock kapak. Orang yangkata, bukan aku kata. Dulu masa kat kelas selalu disakatkan kitorang ni..aku pun tak tau la macam mana boleh mula. Yang aku tak boleh tahan, cikgu pun sekali.. Merah padam muka aku ni..adeh..Ok, tu dulu punye citer. Haha, Kelakar kot.. Yop, peace~ :D sekarang dia kat Mesir. Kot..tak sure kos ape.
Marissa. Table-mate masa Form 5. Selalu tolak masuk debu ngan habuk kat lubang bawah meja kitorang. Haha. Yang paling tak leh lupe masa peristiwa budak-budak tu baling cicak kat dia. Senyap tiba-tiba pastiu dia jerit, CICAK!!!!!!! Aku yang kat sebelah dia ni jadi mangsa..kuat gila dia pegang aku masa tu. Telinga pun berdesing..kah3.. Shisha sekarang katne? Hoho
Eto. Yawww..peace untuk Eto. Hari tu nampak ko kat Ampang, sempat tegur macam tu je. Eto yang femes dalam kalangan warden. Hehe. Tapi bila tengok dia berlakon masa drama English tu..perghh..macam romeo sehh.. :P ni pun aku tak tau dia buat ape skrg.
Jimmy! Jimmy mini. Dia ni la presiden untuk kelab mini. Haha. Selalu buat lawak dalam kelas. Takde dia sunyi laa..tapi sebenarnya dia caring. Tak caye? Haa..percayalah. Masa spek aku tengah nazak dulu, skru tercabut, sambung pakai clip paper..dia je yang tanya. Tapi via orang lain la..dia tak tanye direct. Thanks Jimmy. J
Ummu Nasuha. Pipi! Haha. Kenapa tah diorang panggil Ummu ni pipi. Sebab dia tembam kot..hik3. Ummu yang comel.. :D last sekali tau dia asasi UIA.. Skrg buat ape Ummu?
Faidhi. Faidhi ni tak banyak cakap kot..setakat yang aku tau la. Tapi bila dia present best..lawak sempoi je..haha. sekarang kat UTP kan?
Azfar! Yeah..nasib baik aku tak lupa budak sorang ni. Dia ni suka berdebat. Kalau masa BM selalu je Tanya macam-macam soalan. Kalau mood dia swing jangan la teur..huhu. Aku rasa pilihan ko untuk course yang ko amek sekarang ni memang layak dengan ko. Teruskan k! J
Hurm..sape lagi? Dah kot..harap-harap takde yang tertinggal. Kecuali budak sorang ni, nama dia Mimi. Masa BM dia suka Tanya soalan kat presenttator. Dia saja je nak mencabar orang yang present tu sebenarnya. Masa PAI pun dia salu tanya..tapi yang malangnya dia salu lupe ayat yang dia nak tanya. Bila dia berdiri, tetiba..alamak, saya lupa la ape yang nak Tanya. Dia tak sengaja tau..hahaha. Kadang-kadang intro panjang lebar tapi soalan lupa nak Tanya. Apedaaa.. Dulu dia suka melatah. Cikgu Anis suka kacau dia time sejarah. Adeh.. Mimi tu low profile jer..hihi. Sekarang dia amek Farmasi kat UM. Dulu dia cakap dia nak jadi ciku Math. Takpun amek kaunseling..tapi lain plak jadinya sekarang. Hoho.
Masa prep rasanya kelas ni la yang paling meriah. Haha. Kat kelas ni ade Kamus Sasul. Pantang ade sape-sape yang salah cakap ke ape mesti diorg tulis kat kamus sasul tu..haha.
Masa Form 5 diorang ade buat BBQ. Best gler ah masa tu. Beli ayam, basuh ayam sama-sama..bakar-bakar ayam kat belakang kelas. Nyummy~ ayam, nasik, kentang..wee~ lepas tu siap warden datang join sekali. Lepas tu sume orang dapat hadiah bantal kecik sorang satu..mane tah pegi bantal tu..huu. hilang dahh..
Lagi satu time capsule..yang kita tanam lepas SPM kat belakang kelas tu..Ape dah jadi agaknye..korang takmo korek balik ke? Hahaha
Huu..tu je la kot. Harapnya takde sap-sape yang tertingal atau tak disebut. Maaf la ye.. Apepun, thanks for the memories. You guys memang rock! Nampak je sempoi tapi tengok la sekarang. Sume Berjaya gemilang terbilang kot..fuiyooo. Yang dah fly tu jangan lupe balik Malaysia. Yang bakal fly, selamat fly. Yang duduk kat Malaysia, duduk diam-diam. Jangan gi mana-mana eh.. J
Sekian saja dari saya..peace~ :D