Bismillahirrahmanirrahim.
Bahagian kedua..kesinambungan daripada post yang sebelum ni.
Alhamdulilah, Tuhan itu Maha Kaya, Maha Pemurah dan Maha Pengasih.
Minggu terakhir sebelum due date utk bayar yuran tu dapat panggilan daripada SSPN pasal duit sumbangan khairat kematian arwah mak tu Rupa-rupanya diorang dah banyak kali poskan cek tu. Patut la banyak kali dapat kiriman pos laju tapi disebabkan tak ada siapa pun kat rumah, so kena ambik sendiri kat Cheras. Tapi mana ada masa nak pegi sana. Last2 orang tu call. Alhamdulillah, bersyukur sangat. Memang datang tepat pada masanya.
Lepas tu, masa hari Jumaat pulak JPA masuk! Wah..memang seronok la. Penantian berakhir.
Nak kata kat sini, kalau ada masalah kesempitan dan ujian janganlah kita mengeluh. Cuba sedaya upaya untuk berfikiran positif. Banyakkan berdoa moga dipermudahklan. Percayalah yang Allah akan tolong kita kalau kita minta daripadaNya.
Lagi satu kalau barang hilang, beg duit ke, handphone kle. Jangan sekali menyumpah seranah. Cuba relaks dan bawakkan bertenang dan fikir secara rasional. Perkara pertama kalau dompet hilang blok kad ATM. Lepas tu report polis dan pergi buat ic baru. Jangan gopoh-gapah, gelabah tak tentu hala.
Pernah banyak kali dah hilang dan 'hilang' beg duit ni. Masa kat sekolah dulu paling best. Beg duit tercicir kat bilik kawan. Tersepit kat celah katil.. Before tu pulun la buat announcement kat surau kot2 ada sape2 yang nampak. Masa tu tak ada la gelabah mana. Cool je. Hehe. Last2 masa nak start cuti tu, makcik2 pun dah start kemas2 bilik asrama. Masa tu la makcik tu jumpa beg duit aku kat celah-celah katil. Hihi.. :D
Masa Annual Gathering pun 'holang' jugak. Relaks je. Haha. Tapi Kak Leha memang caring la. Siap suruh bro bawak aku pergi buat report [olis. And Bro yang baik hati pun bawak la aku pergi balai.
Last2 esoknya aku jumpa beg duit tu celah2 buku aku. Hahaha.
Kesempitan itu ujian. Kehilangan jua ujian.
Tabahkan hati. Hadapilah dengan tenang.
Sekian.
^^