19 November 2010

ABC Cekodok Basi..

Salam Dunia.

Wee..stop sudy jap Penat. Hee.. :D
Ouh..semalam dah balik ke UM. Lepas solat Jumaat terus balik. Raya kurang meriah. Tak pergi raya mana pun. Pergi Keramat je. Huhu.

Haha. Before nak balik sini tu kena la masak untuk adik-adik kesayanganku. Kedai tak bukak lagi, tak boleh nak beli ikan,. Nasib baik ayam ada lagi dalam peti ais Masak cincai-cincai je. Goreng ayam dengan sambal telur.

Lepas buat sambal telur tu tengok atas meja, Hmm..ada pisang. Pisang tu dah masak sangat. Kalau nak makan pun tak sedap. So..untuk elakkan pisang tu dibuang..Entah apa angin rajin datang terasa nak buat cekodok pulak. Before ni dah pernah buat dah, jadi je. Sesap. Hehe.

Dengan semangat nya aku pun pergi la dapur. Pastu Tasya datang. Nak tolong konon. Haha. Suka benar Tasya bila aku kata nak buat cekodok pisang. Saya suka cekodok pisang la kakak. Dah lama tak makan.
Ouh Taysa, meh kakak buatkan. Cewah :P

Dah lenyek-lenyek pisang..suruh Tasya masukkan tepung. Gaul-gaul..dah, siap. Erk..apesal lembik. Tak cukup tepung ea? Ahh..alantak la. Goreng je. hihi.

Dah goreng, amek kau! Dah la melekat, lembik. Tak ada rupa ccekodok langsung. Hahahahha..
Kesiannya adik aku. Tak cukup tepung kot. Pastu minyak tak panas betul-betul lagi. Huu..

Uwaaaa..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...