30 November 2010

Aku Tinggalkan Dia Demi Allah

..

Dengan nama Allah... sebaik-baik Pemberi Ganjaran.
Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!
Kau takkan pernah dapat memberi jawapan,
Kerna jawapannya bukan di tanganmu,
Tetapi di tangan-Nya.
Di tangan Tuhan kita; Allah,
Tuhanku dan Tuhanmu.
Gelisahku memikirkan dirimu,
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku,
Aduhai pria,
Maafkan aku,
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu.
Jemput diriku pabila waktunya tiba,
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia,
Akan kucipta cinta bersama Dia,
Sebelum kucipta cinta antara kita.
Jadilah dirimu kumbang yang hebat,
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar,
Untuk itu, Aku tinggalkan dirimu pada-Nya
Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu,
Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya,
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
Usah bersedih atas perpisahan sementara ini,
Jika benar aku tercipta untukmu,
Tiada apa yang dapat menghalangnya,
Sebelum saat itu tiba,
Berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan,
Mohonlah padanya dengan penuh mengharap.
Yakinlah pada janji Allah!
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga) [Surah An Nur: 26]
Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu,
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata,
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti.
Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu,
Daripada yang sekarang (permulaan),
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
Lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Surah Ad dhuha: 4 & 5]
Beruntunglah kamu!
Tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu!
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini.
Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[Surah As Syams: 8-10]
Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Surah Fussilat: 30]
Dan tika kamu merasa lemah,
Mohonlah kekuatan dari-Nya,
Allah itu dekat,
Yakin pasti.
Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
Maka mohonlah perlindungan kepada Allah,
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [Surah Fussilat: 36]
Kamu dan aku adalah intan terpilih,
Berdoalah aku kuat dan tabah untuk menjaga kilauanku,
Berdoalah tiada sang kumbang durjana merosakkannya sebelum yang halal tiba,
Aku juga sentiasa mendoakanmu agar dalam peliharanya,
Sentiasa.


Mizisya said:

Ya..aku tinggalkan kamu, jauhkan diri dari kamu..actually, this poem figure out what I'm trying to say. I hope that you don't realise it. Really.
Hurm..bleh ke ni? :(

Main Tarik Tali

Sakam Basic Chem..

Rehat jap 5 minit. Hehe..

Pernah main tarik tali tak? Oho..penat kan. Asyik kena tarik dan kita kena bertahan dan tarik balik supaya kita tak masuk ke kawasan pihak lawan. Yeah..analogi je ni. :P
Haa..main tarik tali tanpa tali(?) Tak mau la..penat. Sekarang ni kena bertahan dan tarik balik masuk kat landasan yg betul. Tak nak lagi biar pihak sebelah sana tarik aku. Pheww~



Tarik!!!

Ok. Cukup. Sambung dengan BasicChem~

29 November 2010

Iktibar Daripada Fisio

Salam selamat petang..

Alhamdulillah, paper Phisiology 1 dah lepas. Nak kata dapat jawab dengan cemerlang tak de la sangat kan. Tapi, insyaAllah, boleh lulus. Tak mau repeat! Harap-harap aku dan semua kawan-kawan aku terutamanya yang sama-sama kena cuci dengan Dr. Ib hari tu lulus. Amin...

Semalam lepas habis diskus-diskus dengan Wani, Dayah n Shima rasa macam banyak lagi yang tak tau. Nak kata tak baca, dah baca dah semua. Berulang-ulang. Lepas habis diskus2 tu diorang sambung baca lagi. Aku dah tak boleh nak baca sebab banyak sangat. Tak tau nak baca yang mana. Lepas tu hantar post kat Shafiqah (delete balik lepas tu..hehe). Cuak cuak cuak..rasa macam nal nangis je. Then, dia post kat aku something. Yang aku suka ayat ''do your best and let Allah do the rest''. Rasa macam ada air sejuk yang mengalir dalam hati aku ni. Hehe. Credits to Shafiqah. Kalau Allah nak izinkan, apa-apa pun boleh jadi. Yang penting, kita usaha semampu kita dan berserah pada Dia untuk tentukan ynag mana terbaik. Andai ditakdirkan aku kena repeat paper ni, tu pun yang terbaik Dia dah tentukan.Kena terima dengan hati terbuka. Ingat tu Mimi! Erk..tapi kalau boleh tak nak la kan.

Nak kata tak tau, memang dah tau. Tapi dalam saat-saat cemas, buntu, cuak, kenaling..langsung tak ingat apa-apa dah. That's what a friend should do. :) Give strength to each other. Wee~

Pagi tadi pulak dengar senandung al-Fatihah. Betul betul menusuk kalbu. Lagu ni boleh membuatkan lacrimal gland activate and air mata mengalir deras. Pada Allah kita meminta supaya ditunjukkan jalan yang yang lurus. Mengakui kebesaranNya yang memelihara seluruh alam raya. Tafsiran daripada surah al-Fatihah. Serta merta jiwa jadi tenang. Kaki pun elangkah dengan yakin. Wee~

Esok paper Statistik pulak. Tak bukak buku lagi ni. Hehe. 



YOU CAN DO IT MIMI!










26 November 2010

I'll Be Waiting For You


Right here waiting for you..
You? 
Who are you?
Where are you from?
Why you always keep come to my mind?
Why?

Can you please stay away from me?
Cause I don't want to hurt myself..
I can't understand you..
Sometimes you give me hope..
Sometimes you just ignored me

Can you just tell me the truth?
Cause I don't want a thousand question bother me..
All I need is an answer

Lol..tak ada kerja betul pagi-pagi ni kan.
Tapi betul la. Penat kot tunggu. 
Kau ni kan. Aku tak faham la.
Tak nak tau tapi  nak tau..boleh tak? Grr..
Hey budak..ini amaran, once broken consider sold.
Hah.. tak de kena mengena kot.. :P




Kita Hampir ke Situ..

a

Wee..video ni aku buat special untuk Zaty and Shafiqah. 
Saja je kot petang semalam penat baca fisio. Hehe.
Gambar pun ulang-ulang je. Tak de modal nak letak apa sebenarnya. 
:D

KITA HAMPIR KE SITU

DON'T GIVE UP

DOAKAN KEJAYAAN BERSAMA




25 November 2010

Need You..

You were my strength when I was weak..
You were my voice whwn I couldn't speak..
You were my eyes when I couldn't see..
You saw the best there was in me..
I wish you were here..but u don't

Kanser Kolon




oleh Dr. Tan Huck Joo

Kanser kolon atau kanser rektum yang juga dikenali sebagai kanser kolorektal menyebabkan 655,000 kematian di seluruh dunia setiap tahun. Ia merupakan antara penyebab utama kematian di kalangan lelaki Malaysia dan pembunuh ketiga di kalangan wanita negara ini.


Kanser kolon bermula dengan polip. Peringkaan permulaan polip akan tumbuh berbentuk benjolan kecil seperti cendawan di permukaan kolon. Polip adalah petanda awal kanser kolon. Kebanyakan polip tidak berbahaya tetapi ada sesetengahnya boleh bertukar menjadi kanser.

Kanser kolon boleh dicegah dan dirawat sekiranya dikesan awal. Oleh itu cara untuk mengelak daripada mendapat kanser kolon adalah dengan menjalani pemeriksaan doktor.

Pemeriksaan Awal

Pemeriksaan awal bertujuan mengenalpasti atau mengesan kanser kepada pesakit yang tidak menunjukkan tanda gejala dan tidak mempunyai sejarah penyakit kanser kolon. Kanser kolon boleh menyerang tanpa sebarang tanda. Adalah penting untuk menjalani pemeriksaan, atau ujian, oleh doktor walaupun anda tidak mengalami sebarang tanda dan gejala.


Berdasarkan data yang diperolehi dari negara Barat, individu yang berisiko tinggi dan mencapai usia 50 tahun digalakkan menjalani pemeriksaan awal pada usus iaitu kolonoskopi. Individu yang berisiko tinggi yang dimaksudkan adalah mereka yang mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidap penyakit kanser kolon.

Mengikut panduan American College of Gastroenterology, jika anda mempunyai saudara terdekat (ibu bapa atau adik-beradik) menghidapi kanser kolon pada usia 60 tahun ke atas atau sebelum umur 60 tahun, anda perlu mula menjalani pemeriksaan usus atau kolonoskopi pada umur 40 tahun. Atau anda perlu melakukan pemeriksaan 10 tahun lebih awal daripada pesakit yang paling muda. Sebagai contoh, jika adik beradik anda menghidapi kanser kolon pada umur 38 tahun, anda perlu menjalani pemeriksaan pada umur 28 tahun.


Pemeriksaan awal oleh doktor untuk kanser kolon adalah penting untuk mengelakkan kanser kolon. Tetapi, ia memerlukan banyak sumber dan tenaga manusia untuk melakukannya. Selain daripada kolonoskopi yang merupakan cara terbaik untuk mengesan kanser kolon, terdapat kaedah lain untuk mengesan kanser kolon seperti pemeriksaan darah dari najis, barium enema, sigmoidoskopi dan imbasan kolonografi CT.

Mengesan Kanser Kolon

Jika dikesan awal, peluang untuk sembuh adalah lebih tinggi bagi penghidap penyakit kanser kolon. Malangnya, kebanyakan pesakit berjumpa doktor apabila kanser pada tahap sudah teruk. Mereka enggan berjumpa doktor hingga tanda gejala berlarutan beberapa bulan.

Dan apabila mereka berjumpa dengan doktor, kanser tersebut mencapai tahap 3 (tahap yang agak teruk) atau 4 (kanser yang telah merebak ke organ lain, seperti hati atau peparu). Tahap 4 merupakan kanser terminal dan kemungkinan peluang untuk hidup adalah tipis. Diagnosis awal adalah penting dan seharusnya pesakit mendapatkan rawatan segera sejurus mempunyai tanda gejala kanser kolon.


Sekiranya anda mempunyai tanda gejala kanser kolon dan mendapatkan pengesanan awal doktor, doktor anda mungkin akan melakukan pemeriksaan usus atau kolonoskopi di bawah pembiusan ringan.

Kolonoskopi adalah prosedur yang boleh dilakukan di bilik rawatan harian. Dalam prosedur kolonoskopi doktor akan menggunakan skop iaitu satu tiub panjang dan boleh melentur (fleksibel) dengan garis pusat ½ inci. Tiub ini disambungkan ke alat perakam kamera video untuk doktor memeriksa seluruh kolon dan dubur (rektum). Prosedur ini boleh dilihat oleh doktor dengan jelas pada skrin televisyen.

Semasa prosedur, doktor boleh membuang polip atau mengambil sampel tisu yang tidak normal di dalam usus untuk dianalisis. Pembuangan polip bertujuan mengurangkan risiko pesakit mendapat kanser. Prosedur kolonoskopi berguna untuk mendiagnos penyakit dan ia juga berguna merawat pendarahan usus, membuang polip dan merawat usus yang tersumbat disebabkan kanser kolon.

Barium enema dan imbasan kolonografi adalah satu lagi cara yang sesuai untuk mendiagnos kanser kolon yang telah menyumbat lubang usus. Tetapi dengan cara ini doktor tidak dapat mengambil sampel tisu kolon untuk dianalisa.


Ujian darah CEA (Carcinoembryonic Antigen) pula tidak tepat untuk mengesan kanser kolon. Bagaimanapun, bacaan CEA yang tinggi tidak semestinya menunjukkan pesakit menghidap kanser kolon, tetapi kemungkinan pesakit menghidap kanser paru-paru atau kanser perut. Bacaan CEA yang tinggi boleh juga dikesan di kalangan perokok. Untuk peringatan, bacaan CEA pada paras normal tidak semestinya bermaksud seseorang itu bebas dari kanser kolon.

Rawatan

* Pembedahan - Harapan pesakit kanser kolon untuk sembuh adalah dengan menjalani pembedahan. Sekiranya ketumbuhan yang dialami oleh pesakit belum merebak, pembuangan sebahagian usus melalui pembedahan akan dilakukan. Cara pembedahan yang dilakukan bergantung pada lokasi ketumbuhan. Jika kanser tersebut adalah terlalu dekat dengan dubur, pesakit mungkin memerlukan beg kolostomi sementara dan kolon disambung semula selepas beberapa bulan. Lebih awal kanser dapat dikesan, lebih besar peluang pesakit dapat hidup dengan jangka masa yang lebih panjang.

Pembedahan kadang-kala juga akan dijalankan ke atas pesakit yang mengalami kanser terminal di mana penyumbatan keadaan usus tersekat disebabkan kanser yang terlalu besar dan menutup lubang usus, yang juga boleh menyebabkan kebocoran usus. Colonic stenting atau proses penggunaan pendawaian tiub adalah alternatif lain untuk mengurangkan sumbatan kolon daripada kanser kolon.


* Kemoterapi - doktor menggunakan ubat anti-kanser untuk menghalang pertumbuhan atau membunuh sel kanser. Kebanyakan ubat anti-kanser diberi melalui suntikan. Rawatan kemoterapi adalah lebih berkesan untuk membunuh sel kanser dan menghalang perulangan. Secara umumnya, cara ini mempunyai kesan sampingan tetapi boleh dikawal secara keseluruhan.

* Terapi radiasi - menggunakan sinar-X berkuasa tinggi digunakan untuk membunuh sel kanser dan menghalangnya daripada merebak. Rawatan ini juga digunakan bersama kemoterapi untuk mengecutkan ketumbuhan sebelum pembedahan.

* Imunoterapi atau terapi biologi - terapi ini meningkatkan fungsi anti-kanser pesakit dengan menggunakan sistem imun tubuh badan untuk melawan kanser.


Bolehkah Kanser Kolon Dicegah?

Walaupun faktor risiko utama kanser kolon adalah gen anda, terdapat beberapa bukti yang menunjukkan anda boleh mencegah kanser ini. Anda boleh melakukannya dengan menambah pengambilan makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, mengamalkan diet rendah kalori, berhenti merokok, mengurangkan atau berhenti mengambil alkohol dan banyakkan bersenam adalah terbukti dapat mencegah daripada mendapat kanser.

Sekiranya anda mempunyai sejarah kanser kolon dalam keluarga, risiko anda mendapat kanser kolon adalah tinggi dan ujian pemeriksaan awal oleh doktor adalah sangat penting. Ingat, kanser kolon boleh dielakkan. Oleh itu, jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi, jalani ujian pemeriksaan awal. Jangan tunggu sehingga anda melihat tanda dan gejalanya untuk berjumpa doktor.
 
Sumber: SihatSelalu

Chaiyok Chaiyok!

Bismillah..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah paper Anatomy dah habis. Yeayyy~
Walaupun banyak tak dapat jawab tak pe lah. Berserah. Nak cakap sedih, tah..tak nangis pun. Haha.
Tawakkal je lah. Semoga kami semua dapat A! Amin..

Next paper PHYSIO.
Aduh..sangat sangat sangat cuak. Dah baca pun macam tak baca.
Nak kata tak baca dah baca habis sah. Huhu.
Tapi berpegang kepada kata-kata ni.: 

Even if you feel so tired to seek the knowledge..
keep in your mind that this might be one  of your greatest deeds 
that going to be count during the judgement day.
Just imagine ALLAH is watching you right now.
And He knows how tired you are..
but because of His deen (Islam)..
you keep moving forward.
Yang dilihat dan diukurNya bukanlah sejauh mana usahamu.
Tapi sejauh mana tawakkalmu nan jitu.
Pergantunganmu padaNya..
Tapi tak bermakna tak perlu berusaha.
Usahalah semampumu. 
Tapi jangan sesekali beraqidah bahawa banyak usahamu penentu kejayaan.
Tetapi beriamanlah bahawa tawakkalmu itu sebenarnya hanya semata-mata padaNya.
Itulah penentu kejayaanmu.
Kejayaan bukanlah milik sesiapa tetapi adalah milikNya..

Jadinya..teruskan berusaha. Jangan pernah berputus asa. Dan serahkan padaNya. Kerana Dia penentu segala.

Sekian..

23 November 2010

Chong Wei Punya Pasal

Salam Sukan untuk semua..hee :D

Haa..malas nak baca anat! Juxtaglomerular..serratus anterior..zona pellucida bla bla bla. Zzzzzzzz~

Ppaper anatomy hari Khamis ni. Esok boleh baca lagi. Hehe.
Malam ni lepak bilik Zaty Taty lagi. Wee ~

Hari Isnin lepas ada paper Hubungan Etnik. Malam tu ada game badminton final Chong Wei lawan Lin Dan. Nak tengok!
Aku pun bagi tau Ku. Ajak dia pergi tengok. Hehe. Hilangkan tension jap.
Kali pertama aku jejakkan kaki kat bilik tv tu. Berhabuk gilerrrrrrrr.. takpe takpe, demi Chong Wei. Haha.

Masuk-masuk je terus on tv. Tapi tak ada siaran. Adoi..sedihnya. Sebabnya wayar yg sambung dengan antenna tu tak pasang. Haha.
Cocok punya cocok akhirnya, yeayyyyy..dapat tengok! Dapat tengok Lin Dan yang hensem..haha
1st game Lin Dan menang, 2nd game Chong Wei menang. 3rd game Lin Dan menang. Best kot tengok diorang main. Lin Dan sangat laju~~ Phewww..
Geram giler tengok muka Lin Dan tu..psiko! Huh.
Berbaloi ke tak? Haha. Berbaloi kot. HE pun best~ :P

Walaupun Malaysia tak berjaya membawa pulang emas, aku akan tetap sokong Malaysia! Peace~


19 November 2010

ABC Cekodok Basi..

Salam Dunia.

Wee..stop sudy jap Penat. Hee.. :D
Ouh..semalam dah balik ke UM. Lepas solat Jumaat terus balik. Raya kurang meriah. Tak pergi raya mana pun. Pergi Keramat je. Huhu.

Haha. Before nak balik sini tu kena la masak untuk adik-adik kesayanganku. Kedai tak bukak lagi, tak boleh nak beli ikan,. Nasib baik ayam ada lagi dalam peti ais Masak cincai-cincai je. Goreng ayam dengan sambal telur.

Lepas buat sambal telur tu tengok atas meja, Hmm..ada pisang. Pisang tu dah masak sangat. Kalau nak makan pun tak sedap. So..untuk elakkan pisang tu dibuang..Entah apa angin rajin datang terasa nak buat cekodok pulak. Before ni dah pernah buat dah, jadi je. Sesap. Hehe.

Dengan semangat nya aku pun pergi la dapur. Pastu Tasya datang. Nak tolong konon. Haha. Suka benar Tasya bila aku kata nak buat cekodok pisang. Saya suka cekodok pisang la kakak. Dah lama tak makan.
Ouh Taysa, meh kakak buatkan. Cewah :P

Dah lenyek-lenyek pisang..suruh Tasya masukkan tepung. Gaul-gaul..dah, siap. Erk..apesal lembik. Tak cukup tepung ea? Ahh..alantak la. Goreng je. hihi.

Dah goreng, amek kau! Dah la melekat, lembik. Tak ada rupa ccekodok langsung. Hahahahha..
Kesiannya adik aku. Tak cukup tepung kot. Pastu minyak tak panas betul-betul lagi. Huu..

Uwaaaa..

[Lagu] : Because You Love Me

For all those times you stood by me
For all the truth that you made me see
For all the joy you brought to my life
For all the wrong that you made right

For every dream you made come true
For all the love I found in you
I'll be forever thankful, baby

You're the one who held me up
Never let me fall
You're the one who saw me through
Through it all

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me

Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'cause you believed
I'm everything I am
Because you loved me, ooh, baby

You gave me wings and made me fly
You touched my hand I could touch the sky
I lost my faith, you gave it back to me
You said no star was out of reach

You stood by me and I stood tall
I had your love, I had it all
I'm grateful for each day you gave me

Maybe, I don't know that much
But I know this much is true
I was blessed because
I was loved by you

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me

Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'cause you believed
I'm everything I am
Because you loved me

You were always there for me, the tender wind that carried me
The light in the dark shining your love into my life
You've been my inspiration through the lies you were the truth
My world is a better place because of you

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me

Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'cause you believed
I'm everything I am
Because you loved me

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me

Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'cause you believed
I'm everything I am
Because you loved me

I'm everything I am
Because you loved me

U are my strenghth when I was weak.. YOU should be HE aLLAH the Most Gracious. He is the only one who can gives us strength, Whenever we feel lost we can always talk to Him. With no doubt. Gain our strength from Him. Followed by our mum and dad Cause they wiil love us even we don't ask them to do so.. But when they are not around, we need someone to gives us strength. Someone that very close to us..And it is called FRIENDS.
 

Confidence Interval

HUBUNGAN ETNIK
70-85 %
ANATOMY
65-83%
PHYSIOLOGY
30-55%
STATISTICS
70-85%
BASIC CHEM
60-85%
ORGANIC CHEM 
60-85%

Confidence Interval~
How to increase my confidence interval for PHYSIOLOGY?? Zzzzzz~

17 November 2010

Kenapa Farmasi?

Salam Kenervousan..

Adoi..tengah study statistics tetiba stuck pulak. Lamo x ngaji math boh. Berkarat sero palo otok nih. Uwaa.. Meme stuck sampa tubik baso kelate..haha

Tengah-tengah stuck ni tefikir. Asal la aku ambik Farmasi eh? 
Tak pernah terfikir kot sebenarnya nak ambik Farmasi ni. Orang pun selalu tanya kenapa tak ambik medic. Tak pun matematik sebab dulu-dulu aku nak jadi cikgu math. Cikgu kat maktab pun tau aku nak ambik math. Huhu.

Tapi nak dijadikan cerita, aku dah dapat peluang nak jadi cikgu math. Masa lepas SPM pergi interview MARA unruk course Sains/Math. Ingatkan tak dapat sebab masa result keluar aku check tak dapat pun. So masuklah Asasi UiTM.

Nak dekat sebulan lepas tu baru la tau yang aku dapat. Masa tu arwah mak call. Happy tak terkira la masa tu. Huhu. Tapi masalahnya, surat tu sampai dan aku kena bagi jawapan terima/tolak pada hari tu jugak! Daftra pulak seminggu lepas tu. Sangat sangat confius masa tu. kebetulan pulak Anun pun dapat. Before tu aku tau Anun pun pergi interview sama macam aku. Tapi tak jumpa pun masa interviw tu. Huhu.

Fikir punya fikir. Rasa macam nak pergi. Tapi, nak masuk kena bayar RM 1000 kot. Memang la MARA tapi mula-mula tu kena bayar macam-macam  Last-last arwah mak pun cakap, tak payah la kak. Aku fikir sebab duit. Aku pun ikut je la keputusan mak dengan abah. Aku suruh Anun pergi, wakil diri aku. Anun sungguh-sungguh pujuk aku pergi sekali dengan dia. Siap mak cik dia nak pinjamkan duit untuk bayaran mula-mula tu. Aku dilema. Aku bagi tau mak lagi. Dan jawapan mak masih sama, tak payah la kak. Kakak teruskan je dekat UiTM tu. Dengan hati yang sungguh berat dan terpaksa, aku pun tolak tawaran tu. Selamat tinggal impian, selamat tinggal Kolej Mara Sremban, selamat tinggal New Zealand/Australia..selamat tinggal Matematik.

Sebab tu kot. Bagi aku, once aku dah tolak maknsanya tak ada rezeki aku dalam bidang tu. Tapi bila orang tanya aku still cakap aku nak Math. Nak jadi cikgu/lecturer. Hurm..

Masa pun berlalu sampai la tiba masa nak isi UPU. Aku tanya diri aku, apa yang aku nak sebenanya ni?
Aku nak kerja dalam bidang perubatan. Tapi bukan jadi doktor. Sebab pengalaman kerja kat klinik dah bantu aku. Aku tak boleh tengok orang sakit. Bukan tak boleh tengok apa. Cuma rasa kesian. Ada seorang budak ni luka kat kepala. Doktor nak jahit. Budak tu nangis gila-gila la. Drah pun banyak keluar. Bagi aku darah tu tak jadi hal. Yang jadi hal, budak tu nangis. Aku pun rasa nak nagis sekali. Uwaaa..mesti sakit! Aku tengok doktor cucuk budak tu untuk bius, then jahit luka..cucuk dengan jarum. Arghh..aku tak rasa aku boleh buat. Mesti aku akan terketar-ketar.

Dr. Mimi? Haha.

Lagipun aku dah banyak dengar cerita doktor-doktor kat klinik tu. Tengok cara doktor buat kerja. Haha, that's not me. Tapi aku still nmasiak kerja dalam bidang ni. So...maybe sebab tu kot aku pilih Farmasi.
Alaa..kawan-kawan aku dah ramai ambik medic. Tak best la sama dengan orang. Hehe. Biar lain dari yang lain sikit. Tak dapat jadi doktor cari laki doktor ke..erk (?) Oops..haha. Tapi tak nak la macam Dr.Samad! Macam Dr.Nawar tak pe. Hee  :D

So now, I am a PHARMACIST to be. Going to have my first exam, first semester. But what I'm doing now is.....hahaha. GO BACK TO YOUR STATISTICS!! Erk..till we meet again! ^^

16 November 2010

Perihal Tunang

Wee..
Print
Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

Sekiranya kita memang betul-betul sudah menjadi tunangan orang, bacalah artikel 'Disiplin Islam Dalam Pertunangan' dan 'Bagaimana Bercouple Cara Islam?'

- Artikel iluvislam.com

"Jangan samakan tunang dari segi adat dengan tunang dari segi syarak. Ramai di antara kita tahu tentang tunang dari segi adat; ada hantaran dan ada cincin. Sedangkan itu bukan syarat sah tunang. Cincin dalam pertunangan ibarat memakai jubah ketika solat. Ia bukanlah suatu kemestian untuk pakai jubah ketika solat, tetapi ia sudah jadi kebiasaaan. Itu sahaja. Tak ada jubah, tak bermakna tak sah solat." - Rabie Rusdi


Haa..semua orang pun nak share artikel ni dalam FB. Berapa ramai yang dah bertunang tanpa sedar ni? :P 

Raudhatun al-Sa'idah

Bismillahirrahmanirrahim..

Raudhatun al-Sa'idah bermaksud taman yang bahagia.
Menggantikan nama blog before ni, Journey~

Nama ni Kak Da yang bagi Hehe.
SAJA suka-suka main cari-cari nama yang best. Mula-mula tu tukar nama Izzah Insyirah kat FB. Pastu tukar kepada Raudhatun al-Sa'idah. Then, blog ni pun ikut tukar jugak. Wee~ Thanks Kak Da. Pulun la Ku duk bukak segala macam kamus nak carikan nama yang sedap. Last last Kk Da yang bagi cadangan nama ni. Tak yah bukak kamus pun. Hee :D

Kenapa tukar? Hehe..Saje..macam sedap pulak nama ni. Maksud dia pun bagus.
Dengan harapan dapat memiliki taman yang bahagia di dunia dan di akhirat sana. Amin..

Plus, I love garden. Especially lake garden.
Kalau dapat jalan pagi-pagi, seronoknya! Masa kat Shah Alam dulu berkesempatan jalan-jalan dengan Shafiqah. Tujuanmya umtuk mencari ketenangan dan kedamain dalam kesibukan study. Enjoy it very much. Shafiqah, only you and me know what we are talking about during that moment ;)

Shafiqah is my best partner. Hehe. Dia ni suka ambik gambar. Siapa lagi yang jadi model. Ehem2.. :D
Miss your DSLR dear. :)

Bila penat jalan-jalan, duduk menghadap tasik. Tarik nafas. Tutup mata. Bukak mata, renung pokok-pokok. Subhanallah..indahnya. Kenapa orang tak sedar yang ciptaan Dia hebat-hebat belaka. Cantik.
Masa jalan kat tasik varsiti kt UM, nampak kulat tepi jalan. Kecik je. tapi comel.

Kat Taman Tasik Taiping pun ada. Best. Shafiqah bawak jalan-jalan, pusing-pusing. Wee~
Teringin nak naik Bukit Larut. Sampai sekarang tak naik-naik lagi. Huu..Satu hari nanti, insyaAllah kalau ada peluang and kelapangan.

Morning view kat padang varsiti..

Haa..ni la dia kulat tu. Comel kan? Subhanallah..

Model tangan jap.Hehe. Cantik..

Ni bunga apa tah. Jumpa depan library.

Eh eh. Siapa tu? :P

Cak! Yang ni kat Taman Tasik Shah Alam. Tu, di sebalik pokok tu la Shafiqah@mak@mektok..hehe

You and me. Uhibbukifillah.

Hmm..pikiaq masa depan..

Muhasabah diri selalu..

Hihi..berangan.
To Shafiqah, really enjoy jalan pagi-pagi hirup udara segar. Orang lain tengah golek-golek atas katil. Hehe.
Tapi, tak puas hati sebab tak dapat kayak! Uwaaa..jom laa.. :D

Akhir kslam, love nature, love your Creator. Subhanallah.. Open your eyes.. :)

15 November 2010

Tampar Bola Tampar

Salam Study Week lagi dan Salam Aidil Adha..

Hoorayy. Exam dah nak dekat! Study tak habis lagi. Memang terbaik r. Haha
Tapi bukan nak cakap pasal exam, bosan la. Hehe.

Nak cerita pasal bola tampar.
Next year aku main bola tampar! Hahaha..lawak lawak. Macam tak percaya bila di-offer main untuk team Pharmacy UM untuk NPSC tahun depan. Ofeer dapat melalui FB plak tu. Hehe.

My first volley ball team ^^


You will not know how far u can go until u try..


Ha, ni gambar team volley ball first year. Asal ko sorang je perempuan?
Haha. Ni la yang dikatakan pemain terjun. Pergh..seumur hidup aku tak pernah masuk apa-apa sports melainkan sukaneka. Hihi. Tapi kalau bab bagi support memang aku semangat tak payah cakap r.
Dulu masa kat maktab, ada game antara kelas. Aku mesti la tak masuk. Hehe.
Tapi bila classmate aku main, aku tengok dari awal sampai habis. Sampai tinggal aku seorang je terkulat-kulat duduk tunggu kat situ. Classmate yang lain semua dah balik sebab dah nak maghrib Pheww~ GO GO 5J! Last last kalah jugak. Haha.
Tapi..seronok tengok orang main. Tengok bola sangat aku suka. Tengok kt tv pun jadi la. BEST! Entah apa yang bestnya tak tau la.

Ha, balik kepada cerita asal. Ni la pemain-pemain terjun 1st year masa PharmSport. Lawan dengan 2nd year n 3rd year kalah! Hahaha. Tapi kalah bermaruah tau. Dah tu, ni je budak lelaki yang datang. Perempuan pun sekelumit je. Yang boleh main tak nak datang pulak. Alahai..

Yang dalam gambar tu dari kiri: Low, Aku, Muizz, Adam, Sanim, and yang bawah tu See Yik.
Thanks korang sebab percaya kat aku :D memang dah tak ada orang nak main masa tu. Aku menyahut cabaran Bro, kawan-kawan dan diri aku sendiri. Bila lagi nak cuba Mimi oii.. :DD

Mula-mula nak serve bola memang sakit r tangan. Pergh..sedapp. Tapi lama-lama sakit tu yang best sebenarnya.Dah main rasa nak main lagi. Padahal nak sambut bola aku tak reti. Hik3. Macam mana la nak main kt USM nanti. Yang penting semangat ada. Nanti boleh praktis. Kak Izati kata nanti Kak Nad ajar. Aku pun masih belum mengenali mereka ini. Borak kat FB je. Heh.

Asal tak masuk galah panjang eh? Masa tu aku main and 1st year dapat no.1. Hihi.
Yeay. Tak sabar pulak rasanya. Wee~

USM Penang ,here I come!
Bila la dapat berkayak ni..nak KAYAK..uwaaa

14 November 2010

Man Jadda Wa Jadda

Salam Study Week..

Sedar tak sedar dah 2 minggu  study week berlalu. Preparation? 30%..uwaaaa
Tinggal seminggu je lagi. Nak raya lagi rabu ni. adeh
Salah siapa? Diri sendiri. Hahahaha..
Tak pe..Better late than never kn? Yang penting kualiti bukan kuantiti. Nak sedapkan hati..

STUDY MIMI~!!!! 

Amin..

To all Pharmer n kawan2 yang lain, ALL THE BEST!




 

10 November 2010

Daripada Ku untuk Mimi

 


Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana
Mempunyai seorang 
sahabat yang memahami kita…
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat, begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang 
harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa… tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah…?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat..
Sebagai kekuatan…

Jadilah kita sahabatnya itu.


Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan…


Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan…


Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…


Kita tidak tahu…


Ku..thanks for always being by my side. I pray the bast for both of us. Semoga kita sentiasa di jalan yang diredhaiNya dan sentiasa di bawah rahmatnya. Amin..

09 November 2010

Dia..

Few days ago, i have been asked by my friends about...

Ouh, i'm not ready yet.Tolonglah. Awal lagi untuk semua tu.. Aaaaaaaaaaaaaaa..!!
I don't want that kind of relationship. Couple? Oh no!! Tidak. No couple couple.
Aku memegang prinsip, couple dengan suami. Hehe. Biarlah, bukan sekarang masanya.
Tunggu la lepas grad nanti. Biar dia pun habis belajar dulu.Haa, masa tu tak yah couple couple dah, kawen je terus! :P
Erk..dia?
Haha.

Kawan aku suruh aku terus terang kat dia.
Adoi. Siap offr jadi orang tengah pulak tu. Bukan seorang, tapi dua orang. Phewww~

InsyaAllah, kalau dia sekalipun orangnya bukan sekarang. Masanya tak sesuai.
Kita kejar dulu masa depan kita dulu.

To both of my friend, dengar ni ea.
Saya tak akan bersedia atau menyediakan diri.
Macam mana kalau ada orang lain dulu sebelum kamu?
Berserah pada takdir. InsyaAllah. Mungkin bukan dia. Banyak masa lagi ni. Dalam masa ni boleh jumpa macam-macam jenis orang lagi. Dan dia pun boleh tentukan pilihan dia sendiri.
Biarlah kami kawan je macam biasa. Tak nak la feeling feeling ni. Adeh.. Umur pun baru belasan.. Tahun depan da masuk alam 20an..permulaan fasa yang baru. Dan mungkin yang paling bermakna. ^^

Dan kepada dia..erk (!)
Walau apa pun yang terjadi hope still can be your friend.
Semoga kau temui apa yang kau cari.
Teruskan perjuangan. Jadikan agama sebagai tunjang utama.
InsyaAllah, aku akan cuba memperbaiki diri. Bukan kerana kamu tapi kerana Dia.
Andai bukan kamu orangnya, aku tetap nak jadi yang terbaik untuk ehem..bakal suamiku.

waaaa..rasa geli pulak lepas tulis post ni..haha
Buka aku yang tulis ni, tapi hati aku. :) 

Ya Allah, jika aku jatuh cinta jatuhkan lah aku pada dia yang melabuhkan tirai cintanya padaMu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...