a nanti.
Ya. Sangat sakit. Mula-mula tu gigi bongsu nak tumbuh. Sekali dia tolak gigi sebelah tu sampai ada la serpihan-serpihan gigi yang jatuh bertaburan akibat ditolak adik bongsu yang nak sangat keluar. Pastu tajam plak tu. Habis pipi bahagian dalam yang dekat dengan gigi tu dilukakan oleh si bongsu.
Lepas gigi tu dah keluar, tak au kenapa tapi still sakit. Sakit kalau tak effect yang lain takpe. Ni dia tangkap sampai kepala, sampai leher. Memang memeritkan. Sampai memang tak boleh nak concentrate dgn kehidupan. Ohh.
Tapi ada satu salah masa tu. Mengharapkan pada manusia. Ya. Mungkin aku sendiri yang lupa untuk mengadu padaNya. Sepanjang sakit tu sangat berharap ada orang yang datang dan tolong picit kepala ke apa. Atau at least prihatin dekat diri ini. Tsktsk. Tapi bila semua orang tak peduli yang aku tengah sakit, rasa sangat kecewa sampai akhirnya air mata aku tumpah kerana kesakitan dan kerana kekecewaan.
Nah. Inilah akibatnya. Meletakkan pengharapan pada yang tak sepatutnya!
Ampunkan aku ya Allah!