Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah syukur syukur. minggu yang hectic membengangkan minggu lepas diakhiri dengan berita yang baik hari ni.
Tension. Salah diri sendiri tak dapat nak control benda-benda, kerja-kerja yang terasa macam tak cukup tangan nak buat. Perlu ke sana-sini sampai rasa penat tak terkira. Balik bilik nangis sebab tak larat sangat masa tu. Serabut dengan test yang tak sempat nak study sehabis baik. Study ala kadar je.
Tutorial pun ponteng sebab tak larat dah nak pegi lepas dah menapak ke KPS tengah hari buta, naik tangga satu malaysia tu lagi. -.- Menyesal baq hang tak pegi tutorial.
Tapi, at the end of the day dapat satu berita yang menggembirakan hati.
Masa tu rasa seronok dan bahagia. Macam satu beban atas bahu dah hilang.
Nikmatnya rasa masa tu Allah je yang tau. Arghh.
Lepas tu satu demi satu kerja berjalan agak lancar la. Setakat ni dan sampai akhirnya nanti harap-harap la. Apa pun, syukur sangat-sangat. Memandangkan ni pengalaman pertama selaku Puan Pengarah untuk dua projek sekali gus. Projek plak selang seminggu je. Aiyaak.Rasa nak memnangs terharu pun ada.
''Aku mintak satu, Allah bagi dua.''
Dulu masa pergi kursus HEP, ada la jugak keinginan nak mengarah SATU projek. Nak merasa katenya. Ohohoi. Sekali dapat dua. Yang tak disangka-sangka. Tapi Allah uji plak dengan kesukaran-kesukaran yang sangat menyeksa fizikal, jasmani dan rohani. Tapi rupanya Allah nak bagi rasa nikmat rasa bersusah dulu bersenang kemudian.
Pengajarannya,
Kalau kita kaitkan dengan hal dunia dan akhirat. Kita semua rasa susah nak beribadat masa kat dunia ni. Tapi tengok sahabat-sahabat, nabi-nabi dulu semua sanggup bersusah masa kat dunia sebab mereka tau kat akhirat nanti mereka akan tersenyum gembira. Nah. Kat dunia dah rasa sikit. Tu baru hal dunia, Kalau bersusah payah untuk agama Allah mesti dapat rasa nikmat yang lagi besar ye dak?