20 September 2012

[Cerpen]


Sebuah kisah muhasabah yg dibina oleh 5 orang sahabat tanpa melihat permulaannya. Moga bermanfaat ;)


Ketika aku duduk berseorangan, aku ternampak sepotong hadith rasul Allah yg bermaksud "tidak sempurna keislaman seseorang sekiranya tidak
 meninggalkan sesuatu yg sia2 baginya".
................................................................

Lalu, akupun berfikir sejenak mengenang perkara-perkara yang telah aku lakukan. Adakah aku masih di takuk yang sama? Masih tidak melakukan sebarang perubahan yg mendatangkan kebaikan kepada diri aku sendiri?

...................................................................
Ya Allah, apa nak jadi dengan aku ni? Sampai bila? Puas aku memikirkan bagaimana hendak berubah. Saban kali aku cuba untuk menguatkan semangatku untuk istiqamah, menjadi seorang yang lebih bertaqwa, godaan syaitan tidak mampu untukku kawal.

................................................................
Sampailah suatu hari, aku tewas lagi dengan bisikan syaitan. Aku rasa putus asa. Mungkin memang aku dilahirkan untuk jadi jahat. Selepas itu, berbulan-bulan aku hidup terumbang-ambing. Al-quran ke mana...Solat pun kalau rasa nak je. Aku jadi kosong. Putus asa...
Tapi, suatu hari aku terjumpa pelangi. Ada sinar. Aku terjumpa dia. Dialah yang menarik aku semula...

....................................................................

Dialah seorang rakan yang aku hanya pandang sebelah mata dahulu. Rakan yang telah ku kenali 10 tahun dahulu pada waktu sekolah rendah. Namun, takdir telah menemukan kami kembali sebagai roomate di universiti. Keikhlasan dalam dirinya berjaya membuka hati dan mataku. Aku kembali tersedar dari diulit bisikan jahat. Alunanan bacaan al-Quran yang merdu dari bibirnya, zikrulallah yang sentiasa basah dibibirnya berjaya melembutkan hatiku yang sekeras batu di pesisir pantai. Betapa hebat al-Quran, apatah lagi penciptanya, pencipta kami semua, ALLAH SWT. Aku mencari keberanian di sebalik dosa-dosa silamku untuk bertaubat. namun, tidak terjangkau di fikiranku apabila ku kenangkan kembali perjalanan hidupku. Semua ini akan berlaku. namun, syukur Alhamdulilah hatiku dipilih Allah untuk diberikan taufik dan hidayahNya yang tak ternilai harganya. Semoga aku sentiasa berada di jalanNya. Amin..
 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...