Biamillahirrahmanirrahim..
Tadi masa tengah online aku nampak abi (Ustaz Nizam), ustaz merangkap warden masa kat maktab dulu post entry blog dia yang baru. Aku pun klik la. Lepas tu aku tengok post yang lepas-lepas. Ada satu post tu tajuk dia 'Memohon Sumbangan untuk Aircond Surau al-Ikhwan'.
Nampak je nama surau al-Ikhwan, terus memori lalu menjengah semula..
Memori manis aku suatu ketika dulu..
tempat di mana aku mula mengenal dan menyuburkan cinta Ilahi..
tempat di mana hari-hari aku tidak sunyi dengan peringatan dan tarbiyah..
tempat di mana hati aku tidak pernah gersang dengan ilmu dengan ilmu dan zikrullah
tiap pagi, aku akan bangun seawal mungkin..
nak jadi orang pertama sampai di al-Ikhwan..
sungguh rugi kurasa jika terlepas untuk bersama berjemaah dengan imam pertama..
kemudian kami mengaminkan doa beramai-ramai..
kemudian kami membaca al-Ma'thurat bersama-sama..
setelah itu bersalaman dengan teman-teman..
aku rindu saat itu..
selepas sarapan, kami berkumpul di Dataran Cendekiawan sebelu masuk ke kelas
menyebut 99 nama Allah, mengaminkan doa dan mendengar amanat..
sungguh aku rindu saat itu..
lepas habis waktu prep petang,
jika berkelapangan aku solat Asar di al-Ikhwan
ada tazkirah ringkas lepas tu..
sungguh aku rindu saat itu..
malamku diisi lagi..
solat Maghrib dan solat sunat hajat berjemaah di al-Iikhwan
jika uzur pada waktu itu, ada majlis zikir di blok G,
nyata aku tidak pernah sunyi..
sungguh aku rindu saat itu..
malam pula,
sebelum tidur semua penghuni berkumpul di blok masing-masing
mahupun di salah satu bilik di setiap wing..
bacaan taklim dan tazkirah sebelum menamatkan hari itu..
sungguh aku rindu saat tu.
aku rindu saatku menangis di situ..
menangis kerana menyesali dosa-dosaku
menangis kerana memohon kekuatan
sungguh aku rindu saat itu.
adakah suasana yang mengubahku saat ini?
adakah salah diriku sendiri yang tidak mencari tetapi hanya terus menanti?.
.
Benar kata mereka..
di situ kami disuap dan dipaksa mendengar kata-kata indah, kata-kata peringatan
keluar sahaja dari situ, kami perlu mencari sendiri hala tuju kami..
aku rindukan diriku dulu..
aku rindu untuk merasai nikmatNya cinta Mu..
aku rindu..
sungguh aku rindu..