30 December 2011

Bukan Kerja Kita



Merenung kembali sikap segelintir di antara kita tentang keprihatinan dan kepekaan kita terhadap sesuatu benda kecil membuatkan aku berasa kesal. Kesal dengan diri sendiri kerana tidak mampu menegur diri sendiri dan orang lain agar menjadi insan yang celik dan mampu melihat sekecil-kecil perkara.

Lets gostraight to the point. Sebagai contoh, kita meninggalkan botol minuman yang sudah habis di atas bangku di sebuah taman permainan. Apabila ditegur, kita menjawab 'Ala..tu bukan kerja kita. Nanti kan ada orang yang kutip'

Nampak simple kan. Tapi sekecil-kecil perkara itu juga akan dihitung kelak.
Sampai bila kita nak hidup dengan sikap 'Itu bukan kerja kita'?

Cuba bayangkan, yang bekerja sebagai tukang sapu tu adalah mak cik tua yang bekerja untuk menyara anak-anak dia. Mungkin dia bekerja sehari suntuk membuat pelbagai kerja untuk menyara anak-anak yang sedang membesar. Dengan satu pertolongan kecil yang kita buat iaitu memasukkan sampah ke dalam tong sampah, sekurang-kurangnya mak cik tu tak perlu tunduk mengangkat botol yang ditinggalkan oleh kita sedangkan kita  sengaja meningglkannya di situ kerana berfikir 'itu kerja mak cik tu untuk angkat botol yang aku minum dan letak dalam tong sampah'.

Sahabat-sahabat yang dikasihi,

Memudahkan kerja orang lain itu adalah semudah-mudah pekerjaan. Kita membantu orang lain tanpa orang tu tau siapa kita adalah satu nikmat.

Prof Dr Muhaya selalu menasihatkan dalam ceramahnya agar kita memudahkan kerja orang lain. InsyaAllah Allah akan permudahkan kerja kita.

Ini adalah satu luahan dan satu teguran untuk saya yang tidak mampu menyampaikan secara berhadapan.

Wassalam.

23 December 2011

Study Week 1st Sem 2nd Year

Bismillahirrahmanirrahim..

Kami akan start study week ni. Jadi ni kita bahagikan topik untuk discussion yang akan bermula pada hari Isnin, 2 jAN 2012. 

Diskusi akan diadakan di Main Library.
Setiap hari kena ada kat ML pukul 9! Bergerak dari kolej pada pukul 8.30.
Balik pukul 12.00malam, lepas library tutup la kira

Untuk yang first week ni kita baca sendiri-sendiri dulu kayh.

Jadual discussion:

2 Jan: CNS, IMMUNO, MIKROB
3 Jan: SPDT. MED CHEM, MIKROB
4 Jan: SPDT, IMMUNO, MIKORB
5 Jan: MIKROB, MED CHEM, CNS
6 Jan: exam CNS, MIKROB, MIKROB
7 Jan: SPDT, IMMUNO, IMMUNO
8 Jan: MEDCHEM, IMMUNO, IMMUNO
9 Jan: exam IMMUNO, MIKROB, MIKROB
10 Jan: MIKROB, exam MIKROB, SPDT
11 Jan: SPDT, SPDT, MED CHEM
12 Jan: exam SPDT, MED CHEM, MED CHEM
13 Jan: MEDCHEM, exam MED CHEM, REHAT~
14 Jan: COSTING, PHRAMANAL, PHARMANAL
15 Jan: SEMISOLID, PHARMANAL, PHARMANAL
16 Jan: exam PHARMANAL, SEMISOLID,SEMISOLID (for costing, overview jer)
17 Jan: exam COSTING, SEMISOLID, SEMISOLID
18 Jan: exam SEMISOLID, beli barang untuk BBQ, merinate ayam
19 Jan: TEMUJANJI DENTAL (jijah n cik yayah jer), masak-masak n setup, BBQ~
20 Jan: kemas barang kat bilik, nak checkout, prepare untuk BRO-MC
21 Jan- 22 Jan: CAMPING BRO MC!

Pastu fokus untuk buat lesen! :P

Ni plak untuk pembahagian topik:

Shiemah

-PBL
-URI
-principle
-parkinson
-AED
-solution
-basic principle and immuno
-innate, acquired
-antibacterial
-opiod
-intro n malaria
-blood parasite
-what inside bacteria
-microbial multivation
-respiratory inf
-inf of cns
-exanthema
-no.1
-basic pharm anal
-electronic spectrometry
-non-aqueous

Mimi

-asthma
-COPD
-drug of abuse
-opiod analgesic
-antipyretic
-suspension
-immunogen n antigen
-antigen antibody interaction
-anticancer
-steroid
-intestinal protozoa
-tissue protozoa
-microscopic
-biochemical test media
-skin inf
-tb
-antiviral


Cik Yayah

-bronchitis
-pneunomonia 
-nsaids
-local anasthetic
-gen.anasthesia
-emulsion
-immunoglobulin n antibody
-complement
-cholinergic
-sedative
-intestinal nematodes
-tissue nematodes
-bacteria in response to environment
-sterilization n disinfection
-git inf
-antimicrobial
-no.2
-EMS
-fluorimetry
-NMR

Yun

-TB
-IV 
-spasticity
-migraine
-cream and ointment
-immunization
-inflammation
-adrenegic 
-antipsychotic
-filariasis
-cestodes
-bacterial cells
-sterilization 
-std
-virus
-no.3
-refractometry
-IR
-Spin2 spliting

Jijah

-coagulation
-anemia 
-sedative
-antidepresant
-antipsychotic
-suppository
-hypersensitiviry
-report
-mild analgesic 
-nsaids
-antidepressant
-trematode 
-ectoparasite
-grams staining
-pathogen n normal flora
-uti
-viral hep, hiv, influenza
-no.4
-polarimetry
-EFS ,AA
-CNMR
-MS

OK KAWAN-KAWAN, KITA BOLEH BUAT! SKOR SAMA-SAMA UNTUK SEM NI, INSYALLAH..SEMOGA ALLAH RAHMATI DAN BERKATI PERJUANGAN KITA. =)

03 December 2011

al-Ikhwan

Biamillahirrahmanirrahim..

Tadi masa tengah online aku nampak abi (Ustaz Nizam), ustaz merangkap warden masa kat maktab dulu post entry blog dia yang baru. Aku pun klik la. Lepas tu aku tengok post yang lepas-lepas. Ada satu post tu tajuk dia 'Memohon Sumbangan untuk Aircond Surau al-Ikhwan'.


Nampak je nama surau al-Ikhwan, terus memori lalu menjengah semula..
Memori manis aku suatu ketika dulu..
tempat di mana aku mula mengenal dan menyuburkan cinta Ilahi..

tempat di mana hari-hari aku tidak sunyi dengan peringatan dan tarbiyah..
tempat di mana hati aku tidak pernah gersang dengan ilmu dengan ilmu dan zikrullah

tiap pagi, aku akan bangun seawal mungkin..
nak jadi orang pertama sampai di al-Ikhwan..
sungguh rugi kurasa jika terlepas untuk bersama berjemaah dengan imam pertama..
kemudian kami mengaminkan doa beramai-ramai..
kemudian kami membaca al-Ma'thurat bersama-sama..
setelah itu bersalaman dengan teman-teman..
aku rindu saat itu..

selepas sarapan, kami berkumpul di Dataran Cendekiawan sebelu masuk ke kelas
menyebut 99 nama Allah, mengaminkan doa dan mendengar amanat..
sungguh aku rindu saat itu..

lepas habis waktu prep petang,
jika berkelapangan aku solat Asar di al-Ikhwan
ada tazkirah ringkas lepas tu..
sungguh aku rindu saat itu..

malamku diisi lagi..
solat Maghrib dan solat sunat hajat berjemaah di al-Iikhwan
jika uzur pada waktu itu, ada majlis zikir di blok G,
nyata aku tidak pernah sunyi..
sungguh aku rindu saat itu..

malam pula,
sebelum tidur semua penghuni berkumpul di blok masing-masing
mahupun di salah satu bilik di setiap wing..
bacaan taklim dan tazkirah sebelum menamatkan hari itu..
sungguh aku rindu saat tu.

aku rindu saatku menangis di situ..
menangis kerana menyesali dosa-dosaku
menangis kerana memohon kekuatan
sungguh aku rindu saat itu.

adakah suasana yang mengubahku saat ini?
adakah salah diriku sendiri yang tidak mencari tetapi hanya terus menanti?.
.
Benar kata mereka..
di situ kami disuap dan dipaksa mendengar kata-kata indah, kata-kata peringatan
keluar sahaja dari situ, kami perlu mencari sendiri hala tuju kami..

aku rindukan diriku dulu..
aku rindu untuk merasai nikmatNya cinta Mu..
aku rindu..
sungguh aku rindu..






01 December 2011

Tagged

Asslamualaikum~


Ooo..blog pun boleh main tag tag eh? Baru tau..
Takpe la, on jer. Nah!




Few rules to be followed.So,these are the rules:
1.Post this rules
2.Write 11 things about yourself
3.Answer the questions the tagger set for you
4.Choose 11 bloggers to be tagged and link them to the post
4.You're not allowed to tag back ( I mean to the person who tags you )



Apa-apa je la kan..tak pernah buat benda ni tapi takpe la, tak salah try. Lagipun esok takde test..hehehe


11 things about me (?)
  1. Allergic dengan makanan. So, kalau ada orang offer makanan, biasanya aku akan terima dengan hati terbuka dan perut terbuka. 
  2. Sangat suka BOLA SEPAK!!! Dan...pemain-pemain bola sepak. Hehe
  3. Suka aktiviti luar/berpersatuan. I prefer to join those outdoor activity rather than going out watching movies or anything yang gadis-gadis (eeuw) lain suka buat.
  4. Saya sayang adik-adik saya. sangat sangat
  5. Sekarang ni tengah terhegeh-hegeh nak amek lesen motor. Pastu nak simpan duit JPA nak beli motor. Ngeeee~
  6. I ada Twitter you. Tapi kan, tak semua oranf boleh follow. Sorry ya~ haha
  7. Mizisya tu combination saya dengan adik-beradik saya ok. Bukan dengan 'pakwe'. Huh!
    Mimi-Zizi-Tasya: Mizisya
  8. (Tak tau nak tulis apa dah)


Questions


1.  single or taken?muahaha.if taken please mention his/her name

Perlu la soalan ni yang first ditanya..adoi~ Takde la. 


2. umur paling sesuai untuk kahwin


Sekarang pun boleh! Hahaha.. Kalau student tu biarlah tunggu habis belajar. Kalau nak cepat sangat lepas grad ke. Nanti masa grad bawak kad jemputan kasi kat kawan-kawan. 

3. your wedding concept



 Simple. Nak macam kat kampung tu, masa kenduri tu ada ceramah. Pastu pasang lagu nasyid je. Tempat duduk laki perempuan asing. Sederhana je. Kan lebih berkat. Tak gitu?

4. kalau masa boleh diundur balik, apa yg awak nk lakukan?



Tak nak masuk UM! Sobs.. so nak buat rayuan tukar U lain. Boleh tak?


5. chocolate or ice cream.choose.


Ice cream la! Hari ni pun dah makan 2 aiskrim pisang..ngee. Aiskrim boleh release tension. Tapi coklat pun best.



6. who is in your mind now? post gambar sekali


Errrr...no one. :P 



7. your favourite social networking and why?

Twitter>FB>tumblr>blog (in the mean time la..ikut mood jugak sebenarnya)

Twitter best sebab boleh letak status bila-bila masa. Even macam gila sebab cakap sorang-sorang tapi takpela. 


8. your first impression about me


Sopan nya budak ni..haha. Especially masa menginap kat bilik korang dulu, layanan 1st class tu. Thanks a lot! ^^


9. kenapa blogging?


Acually, reading writing is my obsession. Ngee~ 


10. your wish which is yet to come true 



So many laa..but the nearest one I nak score untuk sem ni! Huuuuu..



11. post your favorite picture of me 

Takde la yang...tak amek gambar pun.



Next..apa lagi?


Tag? Macam mana nak tag orang? Tak reti =.=

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...