Assalamualaikum.
Sekarang ni aku dah ada kat dalam bilik kat kolej. Seorang. Huhu. Bakal-bakal rumet tak tau la ke mana..masuk tadi memang takde orang, cuma ada barang je.
Tadi abah yang hantar,dari rumah naik bas. Lepas tu naik LRT dan akhirnya naik teksi untuk sampai ke kolej.
Masa kat LRT Ampang Park tadi, abah cakap duit tinggal RM*00. Lepas tu abah keluarkan semua, so sekarang tinggal zero. Ya Allah, nak menitis air mata aku masa tu jugak. Hari ni baru 11hb. Nak tunggu gaji lambat lagi. Lepas tu abah bagi kat aku separuh, aku kata tak payah tapi abah kata ambik je dulu.
Semalam GG call tanya JPA dah masuk ke belum sebabb dia nak bayar duit kawan yang dia pinjam. Aku suruh dia pakai duit raya dulu tapi dia cakap takut nak guna nanti.
Aku pun nasib baik dapat duit raya lebih sikit, boleh la nak beli barang-barang keperluan. Tu pun beli ala kadar je.
Sedih, tapi aku redha. Ini dugaan dan ujian buat kami sekeluarga. Ujian datang menyapa di saat hati merasa ketandusan kasihNya. Moga dengan ujian dapat mendekatkan diriku padaNya. Sungguh aku rindu saat diriku meletakkan sepenuh penuh pengharapan kepadaNya. Meyakini akan janji dan pertolonganNya. Agar jiwa ini tidak lagi rapuh.
Pening memikirkan tentang hal ini. Tapi aku tau abah mesti lebih lagi merasakan beban ini. Bil api un tertunggak tak bayar lagi. Ya Allah, ini dugaan untuk kami kerana Kau Maha Mengasihi. Kuatkanlah kami, cekalkanlah hati kami dan permudahkanlah urusan kami.
Aku curahkan di sini bukan untuk menagih simpati, tapi untuk kalian tau bukan semua orang hidup senang.Juga peringatan untuk diriku supaya di masa depan, bila aku menoleh kembali aku akan tersenyum bila aku melihat kembali masa silamku. Lagipun aku tak mampu simpan seorang tapi aku tak tau kepada siapa aku nak berkongsi cerita.Aku jadi kelu jika mahu berkata-kata.
.
Jadi aku harap, sahabat yang membaca dapat mendoakan kami.