KISAH ORANG BAIK
Pada suatu hari, saya dan kawan saya Zaty Taty pergi ke Digital Mall. Zaty mengajak saya menemaninya ke sana. Kami berdua menaiki teksi. Semasa di dalam teksi, saya buat-buat la nak keluarkan duit. Hehe. Last-last Zaty yang bayar tambang. Sya pun meletakkan kembali beg duit ke dalam beg. Tapi malangnya, saya cuai. Saya tak letak betul-betul dalam beg.
Saya sedar akan kehilangan beg duit itu setelah kami turun dari teksi dan telah memeasuki DM itu. Ouh..macam mana ini. Saya pernah sebutkan kisah in i kalau tak silap. Tapi takpe, cerita lagi.
Saya cuba mengawal keadaan dan berlagak tenang setenang nya. Tak caya tanya la Zaty. Hee :D
Masa tu bawak buku ASB. Ingat boleh la nak keluarkan buat tambang dan sebagainya, tapi IC pon tadaaa..aiyaa
Zaty yang baik hati itu membelanja saya KFC Chicken Chop. Hoyeahh~ Lepas tu saya dihubungi oleh pihak bank mengatakan bahawa akaun saya telah disekat sementara waktu kerana ada orang melaporkan kehilangan beg duit saya. Saya pun bertanyakan tentang orang yang melaporkan tentang kehilangan itu dan akhirnya saya dapat menghubunginya. Yezza~
Alhamdulillah. Saya dapat beg duit saya kembali. Banyak 'harta' kot dalam tu. Haha.
Terima kasih kepada pemandu teksi dan isterinya dan jga anaknya yang perasan da beg duit kat tempat duduk belakang tu. :D
Tamat.
KISAH ORANG TAK BAIK
Berlaku kepada kawan saya. Ketika dia berada di Hentian Putra.
Dia didatangi oleh seorang perempuan yang kononnya keseorangan dan meminta kawan saya menemaninya.
Dipendekkan cerita, perempuan tu berlakon punya baik sampai kawan saya tak syak apa-apa masa tu.
Kemudian mereka pergi ke surau untuk menunaikan solat. Semasa kawan saya mengambil wudhu' perempuan itu telah mengambil kesempatan mengambil barang-barang berharga.
Pendek cerita lagi, kawan saya telah kehilangan RM3K dari akaunnya. MasyaAllah.
Pengajaran daripada kedua-dua peristiwa tersebut, berhati-hatilah kerana kita tidak tahu dengan siapa kita berurusan setiap hari. Banyakkan berdoa supaya mendapat perlindungan Allah. Segala apa yang berlaku, jadikanlah iktibar. Chill~
Sekian.