Berulang-ulang announcement tu dibuat.Grrrr~
Kalau la dapat diputarkan masa, mesti aku antara orang yang diseru oleh announcement tu..huu
Sebelum result UPU keluar lai, telah aku lakarkan dalam diari apa yang mesti aku buat masa dan perlu capai masa kat kampus. Antaranya, dengan terang, jelas dan nyata aku tulis 'MASUK KELAB FASILITATOR'.
Lepas masuk U, aku terlepas peluang masa pendaftaran kelab/persatuan kat kolej. Gara-gara kena pergi fakulti setiap malam untuk prepare annual gathering, terlepas untuk daftar apa-apa pun.
Konsikuensinya, apa-apa aktiviti kolej pun tak masuk walaupun hati terkadang memanggil-manggil. Agak terkilan sedikit sebenarnya. Bukan semata-mata nak dapat penempatan kolej untuk sem depan tapi memang sangat berminat to be part of them.
![]() |
Ouh..KUAZ~ |
Aku pun contact la orang kuat kolej via FB. Tak kenal pun dia sebenarnya. Dia kata boleh mohon lagi. Tapi bila aku pergi ke pejabat dan mintak borang, staf pejabat kata dah habis. Hampa buat kali kedua.
Lepas tu, ada seorang lagi orang kuat kolej pm aku. Dia tanya betul ke berminat. Dia pun suruh ambik borang kat HEP. Nah, peluang kali ketiga takkan nak tolak kan? Tapi dia yang tolong ambikkan borang tu kat HEP. Terima kasih sebab tolong kami. And kami bertiga pun isi la borang tu.....
Esoknya, (semalam) aku baca kat status orang kuat kolej tu..ada perjumpaan dengan Master untuk cslon PM tapi ada tambahan (2.5 ke atas). OK, macam disambar petir jugak la kan.
Seharusnya aku sedar hakikat ni dari awal lagi..cermin diri tu, layak ke tak. Lepas tu nampak senarai nama kat board, memang nama aku tak ada. Nama kawan aku ada.
Kekecewaan yang teramat sangat. Tulaaa..sape suruh berangan lebih..amek kau!
Tak ape lah. Mungkin bukan di situ tempatku...