04 February 2011

NPSC 2011: It's My Story

Salam Ukhuwahfillah.. :D

Akhirnya NPSC (National Pharmacy Sports Carnival) dah habis..yeeehaa!
Walaupun team bola tampar tak menang tapi dapat kalahkan UiTM!! Yeaaaa...

Yang penting dapat jalan-jalan pusing Penang. Hehe.
Kami bertolak hari Jumaat. Pukul tujuh lebih baru bas jalan. Seronok dapat jalan naik bas UM ramai-ramai. Dua bas pulak tu. Wee~ Dalam bas apa lagi, tidur la. Hehe. Dalam pukul sebelas lebih kot, tak ingat la pukul berapa..stop kat R&R. Pastu nampak bas UiTM. Punya la excited kan nampak bas UiTM, terus lambai-lambai kat diorang. Rupa-rupanya kat dalam tu semuanya lelaki! Mak aih..malu..haha. Kan gelap, mana nampak. Bila bas diorang dah gerak baru nampak.

Akhirnya dalam pukul satu pagi kami pun sampai. Ada yang mengantuk, ada yang nampak exciteed macam aku. Ye la..masuk USM tuu.. Apex la katakan. Hehe.

Dalam sejam jugak la kami duk bertengek bawah tu sampai urusan registration bilik selesai. Nak naik bilik punya la tinggi! Tangga banyak gler ah..nasib baik ada lif kat dalam blok tu. Kalo tak naya kami nak naik sampai tingkat 6. Muahaha.. Masa ni semua orang cakap, bersyukur duduk kolej first and second kat UM tu. At least takde la tinggi macam kat USM ni. Kalau tertinggal barang konfem tak naik dah. Pheww~

Bilik diorang pun cantik. Locker besar, bilik luas, meja dengan rak pun puas hati gila, cermin besar sorang satu! Yang penting yuran diorang lai murah! Huuu... Takpe, masing-masing ada kelebihan. Dah la susah kan nak masuk USM. Siap ada inteview lagi..

OK, malam tu tak boleh tidur..nak dekat pukul 4 baru lelap. Esok pagi acara permainan tradisional. Hehe.
Asyik cerita je. Meh tengok gambar.. :D











 OK, tak yah cerita banyak la. Sebenarnya aku tak main pun. Nama pun reserve kan. Sob3~ Tapi takpe, dapat jadi penjaga garisan. Pegang bendera merah. Hahaha. Padahal duduk situ buat cukup syarat je. Huu..bosan dan bengkek sebab kena duduk dalam kelompok team lawan. Grrr..

Tapi best la. First time kan join event macam ni. Seronok r. Even kadang-kadang aku sorang je yang sorak, i don't care! As long as I can feel de spirit in my vessels. Muahaha.. (semangat je lebih, main x reti..booo Mimi..).. Eh, biar la. At least there is something rather than nothing.. (Petikan kata-kata Dr.MAA)

Memang burn la kulit duduk bawah matahari. Burn kot kulit. Uwaaa..sekarang dah bersalin kulit plak selepas beberapa hari menanggung kepedihan.

Satu lagi, dapat jumpa Muna. Dia budak CUCMS. Muna masuk futsal. Reserve macam aku jugak. Haha.

Malam tu setelah keletihan dan tiada perancangan
kami pun keluar pusing-pusing Penang.
Nah gambar.







Hahaha..meme gege la malam tu. Plan nak pusing-pusing Penang tapi transport tak ada. So..kami redah je la kepekatan malam yang dingin tu. Haha. Masa tu belum pukul 10 lagi. Mula-mula ada senior nak join. Tapi diorang maleh nak tunggu kot, so diorang balik. Kitorang ni ketegaq nak keluaq jugak. Muahaha.

At last ada jugak bas Rapid Penang. Hehe. Dalam tu ada la pakcik-pakcik yang baik hati tolong kami yang tak ada arah tujuan ni. Akhirnya kami turun kat jeti. Lepas tu naik bas free pusing-pusing Penang. Tapi malam tak nampak sangat..huhu..Ada kedai Nasi Kandar Beratur. Memang panjang gila orang beratur kat kedai tu. Dia start bukak pukul 10 malam. Sampai nak lintas jalan pun dah tak nampak ada bas. Nasib baik panjang umur orang tu. Adoi.. Pakcik bas kata sampai pukul 4 pun orang ramai lagi beratur. Perghh..mesti kena rasa ni. Tapi bila? Haha.

Akhirnya kami kembali ke Jeti. Nak kena balik dah. Before tu kami jenjalan dulu kat area situ. Ingat nak beli pasembur kat Padang Kota Lama, tapi tak sempat. Bas jalan pukul 11.30. Huuu.. Bau air laut yang masin, angin sepoi-sepoi tapi tak nampak apa-apa kecuali.....jeng3... ada 'church'! Ok..diorang pun teringin nak masuk tengok. Tak salah kan. Sampai je depan pintu..'lain macam je'.. siap ada penyambut tetamu pakai apron tu. Aku pun buat-buat la macam nak masuk. Tiba-tiba ada orang Putih sambut, offer 'drinks' kat aku. Dengan serta merta aku pun buat pusingan 180 darjah la. Takooootttt..hahaha

Then, kami pon balik laaa..naik bas pukul 11.30. Pakcik-pakcik bas memang baik la. Terima kasih pakcik pakcik!

Sebelum naik bilik, pekena Khaleel dulu. Orang lain pelik je apela anak dara buat tak balik-balik lagi ni. Haha. Makan la macam-macam. Share ramai-ramai. Best! Kami makan tosei, ABC berudu, pasembur yg tak macam pasembur, roti tisu.. Seorang pakat makan sorang sikit. Masa kami tengah makan tu nampak team vb laki UiTM. Haha. Booooo..

Buat macam U sendiri plak. Kalo kat USA ni mau kena sound ngan pak guard masuk lambat. Tak habis lagi tu, pegi main dulu kat open gym kat bawah desasiswa tu. Hahahah.. Keletah Laili yang comel. Nak pecah perut kitorang. Lepas tu baru la balik bilik.

Hari kedua NPSC lagi mriah dengan acara tradisional. Dalam hati kadang-kadang terikut-ikut budak UiTM bersoarak. Hee.. :D

Overall, kami dapat no.3. Tapi tradisional tak kira! Huh. Kalau kira tradisional UM boleh dapat no.1 kot..grrr. Takpe2, yang penting, UM IS ONE! Kita jumpa di UIA Kuantan tahun depan!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...