02 October 2010

Mana Pelangi?

 Bismillahirrahmanirrahim..
''Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah. ''
Biar tiada orang yang memahami, asal Dia tahu apa yang terbuku dihati.
Biar orang membina persepsi, asal aku kenal diri sendiri.
Memang senang orang berbicara. Tapi bila ketikanya kita sendiri yang menghadapi, baru kita tahu kuat atau lemahnya diri kita. Dengan sedikit kekuatan yang masih berbekal itu, aku meneruskan langkah. Dengan keyakinan bahawa Dia masih ada bersamaku. La tahzan Mimi.

Mungkin harapanku terlalu tinggi mengharapkan orang lain untuk memahami. Aku anak sulung yang mempunyai dua orang adik yang masih kecil dan mentah, dulu aku rapat dengan arwah mak berbanding dengan abah. Mak la tempat aku bermanja. Walaupun dah besar panjang, aku selalu main geletek-geletek denygan mak. Dan kami akan ketawa terkekeh-kekeh. Kadang-kadang masa mak makan, sengaja aku minta mak suapkan. Bukan nak sangat pun, tapi sengaja nak bermanja-manja. Tapi, kalau ada apa-apa masalah aku jarang bagi tau mak. Aku tak nak bebankan mak dan buat mak risau.
Tapi, kata orang seorang ibu dapat hidu sebarang perubahan pada anak-anak mereka. Ya..mak selalu saja dapat menghidu. Aku pun pura-pura seperti biasa. Berlagak cool konon. Tapi mak tak pernah mendesak aku. Dia amat memahami. Sampaikan kalau teringin nak makan sesuatu pun, aku tak perlu cskap kat mak. tup-tup tengok mak dah masak. Seakan dia dapat membaca apa yang aku fikir. 
Bila tinggal kami berdua, mak mula bercerita kisah keluarganya. Kisah opah, tokwan..pak long, pak lang dan sebagainya. Bila aku cerikan kat mak impian dan angan-angan aku, mak selalu mengingatkan agar aku tidak berangan-angan kosong.  Sungguh, aku amat merindui saat-saat itu. 
Sekarang,  aku kesepian. Bukan abah tak ambil berat. Tapi sentuhan kasih seorang ibu yang aku rindui saat ini. Aku tahu abah sayamgkan aku,. Namun, bak kata orang lelaki kurang sedikit dalam bab mengekspresi kasih sayang berbanding dengan perempuan. Abah pun dah banyak berlelah sepanjang pemergian mak. Abah yang banyak berkorban. Kakak sayang abah.
Dan itu yang orang tak faham. Tiada siapa lagi yang berada di sisi aku kini. Aku terasa kesepian. Seakan-akan berjalan di muka bumi ini tanpa ada siapa yang pduli. Tiada siapa yang meengambil berat. 
Entah mengapa semalam aku tersentuh sekali dengan bicara temanku. Ya, bukan salah dia sebenarnya. Cuma aku yang terbawa-bawa dengan emosi. Entah la, segalanya berbeza kini. Dan aku tiada lagi tempat untuk mengadu. Ada sebenarnya. Cuma aku sering terlupa Dia. Ya Allah, ampunkan aku. Teman, maafkan aku. Mungkin kerana aku tidak pernah menceritakan kepada sesiapa. Lagipun aku tak suka bercerita melainkan ada orang yang tanya. Tapi bukan semua benda aku dapat cerita dengan mulut, Tak reti.
Bukan niatku nak menyusahkan sesiapa. Namun aku rasa senang sekali kerana ada insan yang mengambil berat. Terima kasih bro sebab tanya kenapa saya tak suruh dia ambik kat kolej. Walaupun pada orang lain benda tu simple, tapi bagi aku itupun dah cukup baik sebab ada orang yang sudi ambik tau pasal aku. Kot. Orang lain yang ada abang dan kakak mungkin tak faham apa yang aku rasa.
Maaf la bro, banyak menyusahkan selama ni. Selalu je belanja saya. :D Juga kepada Ku, roomate yang caring. Kak Iza jugak, mimi tau Kak Iza call sebab nak tau Mimi ok ke tak kan? Tapi hang pi ceghita pasal menda lain.Haha. Juga kepada rakan-rakan yang saya tak sebut di sini.ngee..:D Maaf la ya, i can't say by words. Tak reti bercerita. Tapi menulis, yes thats me. I'm more to writing rather than speaking. :) Tapi BM la. BI..err..
 Hisy..sudah-sudah la tu Mimi. Lap-lap la air kat hidung tu. Haha. Teruskan hidup dengan gembira dengan orang-orang yang ada disekelilingmu!  Gembirakan orang lain adalah cara untuk hidup bahagia. Live life the fullest! Wee~  Teruskan hidup! Dan jangan lupakan doakan mak setiap waktu. InsyaAllah.
Once more: ''Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah. '' :DD CHILL~!!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...