10 December 2010

I'm Not Totally Free Yet..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..selamat sudah Sem 1 dengan gilang gemilang nya! Hooorayyy..

Nak kata happy sangat tu tak de la. Entah, masa exam tak de feel, dah habis pun tak de feel. Rasa macam biasa je. Haha.. Sebab dah banyak sangat jalan kot before paper organic..hehe
But now, I'm totally free! I'm not totally free yet actually..sigh!

I'm totally free.. :D
Sebelum cerita pasal holiday, meh cerita pasal kesengsaraan masa exam.
Study week yang diberikan kepada kami ialah 3 minggu! Hahh..
First week tak balik rumah..memang semangat la study kan. Sampai tak on9 langsung. Acecey~
Siap dengan jadual study lagi..walaupun tak follow 100% tapi at least teratur jgk la jadual aku. Haha.
 
Masuk minggu kedua..semua orang sibuk nak balik sebab kalau stay lagi minggu tu, kena bayar untuk penginapan kat kolej tu. Adoi..cekik darah la diorang ni. Ku dengan Kk Da pun tukar tiket lagi awal. Nak tak nak aku pun balik la jugak. Bukan tak nak balik, tapi memang kompem la duduk rumah tak study.
Ha, kan betul. Baca lima minit, tido sejam..zzzzzz~

Sampai la raya korban..pastu balik UM hari Jumaat. Semangat balik awal. Hehe.

First paper, Monday: HE.
Sehari dua nak exam baru nak bukak buku. Sempat lagi tengok Lin Dan lawan Chong Wei malam tu. Haha.
Tapi, OK la jugak soalan. Berbaloi la tengok badminton malam tu. Hehe. Nasib baik soalan ABC je. Bulat bulat mana yang rasa betul. Muahaha..

Next 3 day, Thursdays: ANAT
Orang kata paper ni wajib A. Aku kata, insyaAllah..mudah-mudahan. Not less than B+..
Ada banyak jugak kot yang tak boleh jawab. Uwaaa.. Soalan yang tidak terjangkakan. Yang tak ingat langsung walaupun sebenarnya dah hafal benda tu dari awal lagi. Characteristics of muscle. Excitation dengan excitability je aku ingat.Padahal dah dalam kepala kot before ni. MasyaAllah..masa tu baru sedar akan hakikat, kalau Allah tak izinkan tak kan berlaku. Aku dah cuba tenangkan diri, selawat banyak-banyak tapi tak ingat jugak lagi dua tu. Tak pe la..aku redha. Istighfar banyak Mimi..

Lepas Anat, pergi KLCC jap. Bayar bil broadband. Hehe.

Second week, Monday: FISIO
Wah, paper killer nih. Dah baca dah semua masa study week. Tapi still tak cukup. Tak ingat apa-apa pun.
 Sob3..
4 hari gap tu memang digunakan untuk Fisio je. Padahal hari Selasa ada Statistik. Khamis ada Basic Chem. Ooo..i need to study very very hard for my Fisio. Test hari tu kan teruk gila gila. Time Fisio tu semua concentrate je masa study. Duduk kat bilik study dari pagi sampai pagi. Malam nak exam tu tidur pukul 1 ke 2 tah. Nak tidur pun takut kot. Pastu bangun pukul 4 lebih. Tenangkan fikiran. Pasang Senandung al-Fatihah. Alhamdulillah, tenang je hati. Dah cerita kot kat post sebelum ni. Hehe.

Next day, STAT:
Haha. Siapa kata Stat ni senang? Memang senang pun sebenarnya. Masa study week dah habis revise semua. Siyes..rasa macam dah boleh jawab exam dah. Tapi..tah la. Tak cukup latihan kot. Cuak still ada. Sebab tu la study sampai tiga empat pagi. Mula-mula ingat tak nak tidur terus. Tapi mata tak boleh tahan. Nah, ambik kau. Masa dah nak mula jawab baru sedar, alamak..kalkulator tak bawak. Lepas tu nervous sampai soalan satu dngan dua yang senang tu pun tak boleh jawab. Uwaaaaaaaa..sampai la tinggal 30 minit exam nak habis, baru dapat idea. Tu pun tak sempat nak berhempas pulas. Redha je la..

Thursday, BASIC CHEM:
Basic jer..manyak la jer. Basic ni pun, alhamdulillah. Berkat pertolongan senior. Thanks senior! :D
Walaupun ada jugak yang tak jawab, tapi kalau nak lulus tu lepas la kot. InsyaAllah. Nak target A...tak sampai laaa.. Malam tu kelakar. Aku dengan Dayah bincang-bincang soalan tutor. Sambil glak-gelak sebab nak hilangkan tension kan. Lepas tu kena sound dengan budak bawah (aras bawah budak laki).. Aishh..geram kot. Diorang melalak lalak, pasang speaker kuat-kuat tak pe pulak. Tak lama lepas tu, ada budak nyanyi,Dayah pun sound balik..woiii, senyap la.. Terus budak tu senyap. Hahahahaha..

Jumaat: MAHA..

Sabtu, MID.. bawak Tasya dengan GG jenjalan, buat spek baru. Ngee.. Mahal gilerrr.grrrr. Siyes, tak mau buat baru dah sampai final year.

Ahad, Isnin, Selasa..berORGANIC~

Rabu, ORGANIC CHEM:
Last paper ni..yeay. Tengok orang semua dah angkut beg masuk bilik study. Kitorang pun terpaksa berpindah meja. Organic ni aku tak tau nak study macam mana. Nak kena baca ke? Takkan nak baca mechanisme sume tu. Adeh.. Last-last baca gitu-gitu dulu, then ulang balik. Masa ulang balik baru dapat feel organic. Hehe. Tapi tinggal sehari je. Sempat sempat. Nak hafal semua tak la kot tapi boleh la nak goreng-goreng. Tak de la tinggal banyak soalan. Ada la sikit-sikit. Muahaha..

Lepas je Organic, aku, Wani and Dayah terus pergi masjid Jamek. Pergi beli beg je. Beg nak letak barang. Lepas tu pegi Keramat tengok Kak Ina nak nikah. Tapi lambat sangat, tak sempat nak ikut pergi masjid. Baru ingat nak ambik berkat. Hee :D Then, pergi KLCC. Budak-budak ni nak sangat pergi iSetan. Haha. Last last kami spend masa kat Kinokuniya. Masing-masing beli satu novel seorang. Wee~

Penatnya..

And now, Home already! :D Kak Ina dengan Farah pun ada ni. Baru sampai semalam. Ingat nak bawak depa p Jom Heboh, tapi malas la pulak. Mesti ramai orang. Maleh r nak bawak budak-budak. Diorang pun ok je. Duduk rumah boleh main-main. Hehe. Lagi pun nanti nak pergi Keramat. Esok ada kenduri. Yahooo..

That's why la I'm not totally free. Got many plans for this holidays, Klinik pun dah call lepas exam hai tu tanya bila aku start cuti. Wee~

Yeay..seronok~
Seronok la sekarang sebelum mula Sem 2 yang jadualnya amat amat padat. Haih..

Sekian..see yah! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...