Fitrah meniti jalan ini, di pertengahan dan sepanjang perjalanan kita akan rasa lelah.
Perkongsian bersama akhawat beberapa hari lepas selepas tamat satu program. Membayangkan hujung minggu yang penuh dengan program dan meeting dari Jumaat sampai la ke malam Ahad. Mana masa rehat?
Minggu ni saja petang sampai ke malam, meeting, usrah dan sebagainya non stop. Begitulah seterusnya nanti sampai jasad tiada lagi mengandungi nyawa.
''Macam mana nak ni ukhti..weekend full, next week ada dua test. Satu apa pun tak study.''''Tak dapat pegi daurah..nak kena study untuk test isnin ni.''''Ok, ana pegi dengar pengisian je. Lepas tu ana balik. Tak dapat join mabit full.''''Waaa..usrah bawah ana tak jalan minggu ni.''''ANA PENAT! ANA NAK REHAT SATU HARI BOLEH? ''
Macam familiar je kan dialog atas ni? Eh?
Sesungguhnya, bagaimana lagi untuk kita melangkah atas jalan ini jika kita lelah? Dari mana harus kita cari kekuatan itu?
Setelah melihat, memerhati dan merasai sendiri, akhirnya aku jumpa jawapannya.
Dari mana mahu memperoleh kekuatan? Mari hayati.
Firman Allah dari Surah Al Muzzammil ayat 1-7
[1] Wahai orang yang berselimut!.
[2] Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),
[3] Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
[4] Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil”.
[5] (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).
[6] Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.
[7] (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;
[8] Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
[9] Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.
Sesungguhnya qiamullail (qiam = bangun dan ul-lail= malam) itu adalah sumber kekuatan orang-orang mukmin.
Pertama kali mentadabbur surah ni sehingga terkesan sampai sekarang, masa PRU13 lepas. Masa nak berKD di Selayang.
Terngiang-ngiang pesanan naqibah dulu, kalau antunna nak kuat antunna kena bangun tahajud.
Kita qiam bukan sebab kita kuat, tapi sebab kita nak kuatlah kita bangun qiam.
Bila kita rasa penat, lembik dan tak berenergi untuk buat kerja-kerja dakwah, cuba check balik bila kali terakhir kita bangun malam? BILA?
Cubalah amalkan. Tak dapat setiap hari, seminggu sekali pun takpelah. Tak dapat seminggu sekali, sebulan sekali pun jadi lah. Kalau tak dapat jugak, muhasabahlah.
Allah Maha Perkasa, Maha Kuat.
Konklusinya, kunci kekuatan itu adalah qiam.
Nikmati dan rasai.