18 January 2013

Welcom to D&T

D&T? Apekah itu?
Donat dan teh?

Ahaks. Tak lah. Maksudnya dakwah dan tarbiyah.

Untuk lebih spesifik, orang panggil usrah atau nama famous dia sekarang, bulatan gumbira~

Hoi. Dari sekolah dulu ada usrah or so called halaqah kot. Setiap Jumaat lepas solat Isyak nanti BADAR suruh duduk dalam bulatan pastu nanti ada akak naqibah bawak tajuk ikut tema minggu tu. Heh. Takde la jakun sangat :P

Tapi lepas tu habis sekolah. Semua tu dah tak ada. TAK ADA! :'(

Takde lagi BADAR suruh pegi surau. Takde lagi ustazah membebel masa hari Jumaat time budak lelaki solat Jumaat. Takde lagi kena denda kalau tak pegi Fardhu Ain. Takde lagi kena pegi zikir kat dataran time uzur. Takde lagi baca ma'thurat pepagi masa lepas solat jemaah. Takde lagi ta'lim baca al-Mulk reramai pastu tazkirah lagi dan lagi. Huwaa.

Tipu. Sape kata takde?
ADA~

Ustaz, ustazah, cikgu, BADAR, senior selalu cakap, ''Masa kat sini la kamu nak latih diri kamu. Nanti kamu dah keluar dari maktab dah takde dah semua tu. Kalau nak kena cari sendiri. Semua bergantung pada diri sendiri.''

Mereka mereka semua betul.

Mana ada orang nak jaga kita lagi. Jaga diri sendiri.

Kalau kita mahu, pasti ada jalan yang Allah bagi. Bila ada jalan terbuka depan mata adakah kita membutakan mata dan menafikan saja perasaan itu?

Contohnya, kat kolej ada surau. Rasa rindu ada la jugak nak solat jemaah macam dolu-dolu. Tapi takpe la. Tu masa sekolah je.

Lepas tu ada kawan ajak pegi join usrah. Senyum je. Segan nak geleng kepala. Hmmm.

Ada ceramah kat sekian sekian tempat. Eh, jauh kot. Kawan-kawan pun takde yang nak pegi.

Sana-sini ada je majlis ilmu anjuran sekian sekian. Ada semua tu. Kita je yang mau atau tak mau. Pffft.

Macam off topic sikit. Ehe.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...