Kadang-kadang kita rasa tersisih, rasa tidak dipedulikan.
Sebab kita mengambil kira pandangan manusia.
Sedangkan Allah setiap masa ada bersama.
Kadang-kadang kita rasa kita ada ramai kawan tapi bila ada masalah tak ada siapa pun mampu tolong kita.
Tapi kan Allah setiap masa boleh tolong kita.
Kadang-kadang kita tak mampu meluahkan apa yang terbuku kat hati kita.
Tak ada kata-kata yang dapat terlafaz tapi kita nak orang faham.
Tapi Allah kan ada untuk faham setiap benda yang ada dalam hati kita.
Kadang-kadang kita sedih sebab kawan-kawan kita pergi mana-mana tak ajak kita pun.
Tapi kita tak yah pergi mana-mana pun, sebab Allah ada dan takkan tinggalkan kita.
Kadang-kadang kita marah sebab kawan kita tiba-tiba tak nak kawan dengan kita.
Tapi kenapa nak marah, Allah tau apa yang terbaik untuk kita dan kawan kita.
27 March 2012
19 March 2012
JUMP 2012
Alhamdulillah, syukur sangat sangat sangat JUMP baru je selesai. Aku pun baru sampai bilik ni ha..
Tahun lepas aku jadi peserta, kali ni jadi AJK Makanan. plak bersama Zara, Peanut dan Hikmah. Beruntung aku jadi ketua biro dapat AJK macam diorang ni. Semua rajin. Kadang-kadang aku takyah buat kerja pun, tengok je diorang buat air sume. Hee. Ada sorang lagi AJK tapi dia tak dapat datang.
Serious aku rasa seronok even penat. Mula-mula aku fikir mesti susah sebab aku tak kenal budak AJK yang lain. Tapi sebenarnya seronok tau, dapat berkenalan, yang dah kenal jadi lag rapat bila dapat buat kerja sama-sama. Semua orang ada matlamat yang sama dan semuanya berpaksikan agama dan semua kerja jadi mudah. Alhamdulillah.
JUMP kali ni berbeza sikit dari tahun lepas. Pertama sebab dulu aku jadi peserta sekarang AJK. Kedua sebab pengisian daripada ustaz-ustaz jemputan termasuk Imam Muda Fakhrul. Aktiviti plak ada yang bertambah dan ada yang berkurang. Dan yang paling penting, killer slot. Masa tu aku rasa meremang bulu roma tengok semangat peserta-peserta.
Banyak yang aku belajar especially nak urus makanan. Ngahahha. Agak kelam-kabut masa nak serve ustaz tapi semuanya okey :D
Pergi dengan balik dengan budak farmasi yang lain. Redzuan, Acap, Cik Rin dan Jijah. Pergi balik pecah perut aku gelakkan bebudak ni. Slah jalan la, terlajak jalan, salah masuk lorong, Acap terkejut sebab nampak polis. Macam-macam. Hahahhaha.
Lagi best kalau ada budak farmasi jadi peserta tapi takpe la. Diorang ada test Isnin tu.
JUMP 2012 in memories. Salam ukhuwah. =)

Maafkan Daku
Setiap kali ditimpa musibah
ku mengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa padaMu Allah
tempat kembali segala masalah..
Lagu Setiap Kali itu kudengar dan kudendangkan bersama esakan tangis mengenangkan diriku, mengenangkan sahabat-sahabatku.
Dear me,
Kenapa begitu lemah? Ujian apa yang membuatkan kau begini? Apakah kau tidak sedar itu semua ujian dunia semata-mata?
Dear sahabat A,
Maafkan aku. Andai dapat kumiliki seisi dunia akanku berikan kepadamu andai dapat menebus kembali kesalahanku. Aku salah. Tapi tak mampu kuputar waktu.
Maafkan aku. Bukan sengaja kuceritakan pada dia. Cuma tika itu aku merasakan batu sebesar gunung menghimpit dadaku laluku luahkan pada dia. Sekadar meminta kekuatan.
Dear sahabat Z,
Tabahkan dirimu.
Ini ujian untukmu.
Dia merinduikan hambaNya.
Banyakkan berdoa dan mohondiberikan petunjuk dan dipermudahkan segalanya.
kurniakanlah kepadaku ketabahan
singkapkanku hikmahh segala ketentuan
moga sinarMu berikanku pedomn
hanya padaMu segala kekuatan

14 March 2012
Lelah
Pernahkah kau berasa lelah?
Seakan dunia menghimpit dada..
Pernahkah kau berasa jerih?
Merasa diri tak punya daya..
Pernahkah kau berasa sakit?
Di dalam dada terasa sempit..
jalan terbentang seakan perit
Maka pohonlah daripadaNya
minta dilapangkan
minta dipermudahlan
minta dikuatkan
Yakinlah wahai hati
yakinlah
08 March 2012
Sebab Allah Dah Pilih
Assalamualaikum..
Sahabat-sahabat, tadi saya baru balik dari usrah pertama utk sem ni. Last week dah ada tapi kena balik awal sebab ada kerja nak buat.
Fuhh, baru rasa lega sikit. Rasa tenang bila duduk dalam usrah.
Tadi masa last usrah tu, Hayati ada cakap 'Allah pilih kita walaupun kita bukan yang terbaik sebab Allah nak kita belajar'.
Pilih di sini ada banyak maksud. Mungkin terpilih untuk ditimpakan musibah. Boleh jadi terpilih untuk berada dalam sesuatu keadaan yang kita tak selesa atau tak pernah kita bayangkan.. Boleh jadi jugak terpilih untuk jadi orang yang menyampaikan macam jadi naqibah dan sebagainya dalam keadaan si empunya diri rasa dia tak layak. Sebab Allah nak kita belajar.
Ada banyak cara Allah nak bagi supaya kita belajar.
Balik kepada bumi nyata, last week rasa tension gila. Tak tau kenapa, tak ada sebab. Sampai ada seorang sahabat saya mungkin berkecil hati sebab mood tak berapa nak baik. Maafkan saya =(
Saya dah tau jawapannya apa. Tapi sengaja buat-buat tak tau. Bila saya jauh sikit dari Dia mula la jadi macam tu. Semua jadi serba tak kena, asyik nak marah je, duduk tak senang, buat apa-apa pun tak semangat. Mungkin ada pengaruh fisiologi siki di situ tapi jadi tambah kronik lagi bila takde pengisian. Jiwa kosong kata anak-anak muda. Hehe.
Macam out topic je ni. Kekeke.
Ya, pasal terpilih tadi kan. Dulu masa dapat Farmasi selalu yakinkan diri, kalau Allah dah pilih kita mesti la kita mampu. Tapi bila sampai satu tahap rasa putus asa yang teramat selalu fikir, kenapa Allah letakkan aku dalam bidang ni. Macam tu plak..adeh.
Dan sekali lagi kena yakinkan diri sendiri, kalau Allah dah pilih kita tentu kita mampu! Cuma Allah bagi ujian dan kesukaran sebab Dia nak kita belajar. Bukan belajar yang masuk kelas dengar lecture semua tu tapi belajar tentang erti kehidupan.
Saya harap saya dapat hadapi sem ni dengan baik. Saya harap tak akan ada lagi rasa putus asa lagi lepas ni. Saya harap saya dapat buat yang terbaik untuk semuanya. InsaAllah. Moga Allah redha.

06 March 2012
What A Friend Should Do?
SITUASI 1:
Satu hari ada kawan kita datang kat kita mengadu masalah dia. Lepas dia habis cerita dia tanya kita macam mana nak selesaikan masalah dia. Tapi kita pun tak tau macam mana nak selesaikan. Kadang-kadang dah bagi jalan keluar pun dia taknak terima. Fine. So what else a friend should do? Tell me.
Kadang-kadang rasa sedih sebab kita tak dapat nak bantu kawan kita. Cuma dapat jadi pendengar je. Cukup ke?
Tapi bila kita cerita masalah kita, dia cakap masalah kita kecik je. Ok fine.
SITUASI 2:
Satu hari kita rasa stress dan tak bersemangat. Kat kelas pun layu je. Tapi takde seorang pun kawan kita yang tegur. Malahan mereka duduk jauh sebab ingat nak kasi kita privasi.
Tapi kalau ada seorang kawan kita yang lain tanya, 'are u okey' kadang-kadang semua masalah kegusaran and all that terbang sekali denga soalan tu. Tapi kita akan cakap 'takde apa'. Just a simple question daripada duk-jauhjauh-sebab-nak bagi-dia-privasi can make your friend fell better, sometimes la.
Pernahkah anda mengalami situasi di atas? Sebagai kawan ataupun kawan kepada kawan.
Ini adalah kekurangan kita dalam skill berkawan. Kita berharap kawan kita memainkan peranan sebagai kawan yang baik tapi kita pun tak pernah mainkan peranan sebagai kawan yang baik.
Sorry kawan sebab tak jadi kawan yang baik.

Bila Berharap Pada Manusia
Dalam satu coretan Hilal Asyraf dalam Batu-bata Kehidupan, dia ada cakap kalau kita bergantung pada manusia kita akan kecewa. And I can feel it now. Lepas tu baru la nak letakkan pergantungan pada Dia kan. Eee..malu tak? Seoatutnya dari awal kena letakkan pergantungan pada Dia. =(
Lately ni selalu je rasa tension, nak marah orang sebab tak faham apa yang kita rasa, apa yang kita nak. Hehh. Ingat orang lain kisah ke apa yang kita nak atau rasa?
Tapi Dia tau apa yang kita nak.
Kalau kita rasa mengadu pada kawan itu jalan terbaik. Ya, mungkin sementara sebab bila kawan kita dah bosan dengan kita dia akan tionggalkan kita. Kalau kita mengadu dekat Dia, dia selalu ada. Tak pernah rasa bosan walaupun kita jarang ingat kat Dia.

Subscribe to:
Posts (Atom)