Assalamualaikum.
OK. Cuba tengok sekeliling kita, apa yang kawan-kawan kita tengah buat sekarang?
Ada yang daripada pagi tadi duduk kat meja study, menghadap buku.
Ada yang baru balik dari jalan-jalan.
Ada yang baru balik dari aktiviti kelab/fakulti.
Ada yang baru balik meeting.
Yang baru balik tu tak reti-reti nak study ke?
Hello..masuk U takkan la nak study je 24 jam.
Takde life laa..
Mungkin pandangan setiap insan berbeza.
Bagi orang yang tak tahan menghadap buku 24 jam macam aku, ada banyak benda lain lagi yang kita boleh belajar daripada aktiviti-aktiviti bukan ilmiah. Semua tu membuka minda kita, meluaskan pengalaman kita dan sebagainya. Bagi aku student life bukan lah semata-mata nak belajar ilmu ilmiah, tapi kita kena jugak belajar ilmu-ilmu lain.
Bak kata ustaz Pahrol, belajarlah di universiti kehidupan.
Kita takkan dapat belajar mengenai kehidupan dari teori dalam buku semata-mata
Tambah-tambah lagi bila kita ada dalam satu komuniti yang memang perlukan komitmen daripada setiap orang, sekurang-kurangnya memberikan sokongan dan sedia membantu bila dipinta. Bukan memberikan alasan seribu dan mengelakkan diri. Apatah lagi untuk sesuatu yang baik. Masa kat maktab dulu, roomate aku, Naza, selalu cakap. 'kalau kita luangkan masa untuk agama Allah insyaAllah Allah akan lapangkan masa untuk kita'. =)
Apa-apa pun,.semua berbalik pada diri kita sendiri.
Bertindaklah dengan bijak, demi masa depan kita.
Semoga pekerjaan yang kita lakukan ikhlas semata-mata kerana Allah.
Peace~