29 March 2011

Cerita JUMP Cik Kulat



Assalamualaikum. Apa khabar wahai manusia-manusia sekalian.
Nak bagi tau ni, minggu lepas Cik Kulat pergi kem JUMP. Balik je ramai orang tanya best tak JUMP tu?
Hurm..BEST SANGAT! Tapi yan paling penting ialah pengisisan yang Kulat dapat dari kem tu.
Sebenarnya Kulat rasa frust sebab tak dapat pegi kem Tautan Hati. 

Cik Kulat nak bacakan puisi ni..dengar eh..ehem3~

Wahai MUJAHID,
Jangan undur walau selangkah,
Jangan pernah gentar untuk melontarkan GRENADE (tgk kamus GRENADE=bom tangan),
Walaupun tika itu di tangan mu hanya tinggal BANANA MANTAP sebagai senjata,
Lontarkan pada Yahudi laknatullah!

Wahai KHILAFAH,
Stand Up kalian, STAND UP!
Titipkanla NUR CAHAYA CAHAYA CAHAYA,
Ke hati-hati insan yang dambakan DA'WAHmu,
Gunakan kelebihan yang ada,
Perbezaan adalah suatu kelebihan, 
Bukan alasan.

Bersama kita gempur,
bersama barisan saf yang kental,
bersama bergerak dalam satu JEMAAH,
di bawah satu naungan iaitu LA ILAHAILLALLAH
kerana SINERGI itu akan membuahkan keluarbiasaan,
1+1=infiniti!

''Yahudi tidak akan gentar akan umat Islam selagi bilangan umat Islam yang mengerjakan solat Subuh berjemaah tidak melebihi bilangan orang yang mengerjakan solat Jumaat''

      Balik je dari kem ni Kulat rasa semangat! Semoga apa yang Kulat dapat dapat di'apply'kan dalam kehidupan. Kulat nak sebarkan SPORA-SPORA~ 

Sekian. :D

28 March 2011

Exam Fever

Assalamualaikum..



Uwaa..perasan tak? Hari ni 28 Mac!

FINAL EXAM DAH NAK DEKAT!


Countdown balik, ok...3 mingu je lagi! Campur dengan study week!
Preparation? Ngeeee~ 

26 March 2011

[Lagu]: Mahar Cinta

Devotees

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihati melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiapkan bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lamanya disudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bisa mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama disudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya....

25 March 2011

[Lagu]: Damba Kasih

Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu


Semakin cuba ku dekati

Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu



C/O

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun



Di bayangan mentari aku kealpaan

Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan



Andainya dihitung amalanku

Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan



Kasih sayang-Mu Tuhan 

Itu yang ku dambakan 

Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku.


Tasya, Jangan Menangis Sayang..

Bismillahirrahmanirrahim..

    Alhamdulillah. Seronoknya dapat balik rumah. Untung la rumah dekat. Kalau tak balik rasa rindu kat seseorang. TASYA

    Semalam masa ambik Tasya kat rumah Kak Zah terus dia bagi tau result exam. ''Saya dapat BI 96 kakak'', bibir mungil itu berbicara. Sampai je rumah, terus dia masuk bilik ambik kertas periksa yang lain. Not bad la. Semua dapat A. Cuma ada satu dapat tujuh puluh lebih. Subjek apa tah. Tak ingat..

       Malam tu masa abah balik, abah cakap Matematik Tasya dapat lima puluh lebih. Ouh..pandai|! Tadi dia tak unjuk pun kertas Matematik. Dan abah seperti biasa cakap ''Kesian Tasya tak de siapa ajar kat rumah. Kakak dengan abang dulu arwah mak yang ajar''. Memang, dulu kerja sekolah aku, buku-buku aku semua terjaga. Buku kalau ada terlipat sikit kat bahagian bucu buku tu mak akan suruh betulkan.
Mak ajar buat kerja sekolah kemas-kemas. Tulis lawa-lawa. Ajar aku mewarna, lukis. 

      Tapi Tasya, independent. Tapi Tasya mewarisi bakat seni mak. Aku je yg keras tangan sikit. Masa hujung tahun lepas, masa cuti sem aku tengok la buku-buku Tasya. Banyak jugak yang tinggal separuh jalan. Tak siap. Bila tanya Tasya, dia cakap tak sempat nak salin masa kat kelas. Tulisan dia pun tak berapa nak kemas. Sayu je aku tengok.. Nak buat macam mana, abah balik rumah ambik Tasya pukul 5.30..nak dekat pukul 6 jugak kadang-kadang. Lepas tu abah nak kemas, masak, urukan rumah.. Sepatutnya balik nak rehat-rehat, tapi ni banyak lai kerja kena buat. Tapi abah tak pernah merungut. Kadang-kadang abah sibuk siang ikan kat belakang, Tasya bawak buku Tanya abah macam mana nak buat itu, macam mana nak eja ini.    

      Pagi ni masa aku lap habuk kat meja tv aku nampak kertas warna pink bentuk love. Siapa lagi kalau bukan Tasya. Aku bukak, dan baca... Saya kaler gambar lepas tu saya tengok kartun yang mak saya lukis. Saya menangis sebab saya sedih mak saya meninggal. Dan kat belakang tu ada gambar muka orang sedih dengan satu lagi gambar orang menangis. Lepas tu dia tulis, embira atau menangis kat gambar-gambar tu.

       Selama ni dia tak pernah pun cakap dekat aku pasal mak. Pandai berlakon macam aku budak ni. Tasya...selagi kakak, abang dengan abah ada, kami takan biarkan adik. Kakak sayang Tasya!

      

        

     

11 March 2011

SayaSekuntumKulat (1)

Assalamualaikum.

Bagaikan kulat tumbuh selepas hujan. Yeay..dari pagi tadi hujan. Alhamdulillah, hari Jumaat yang mendung dan hujan sepanjang hari. Sekurang-kurangnya tak terlalu panas seperti hari-hari sebelum ni. Dan tak jugak sampai jadi ribut macam beberapa minggu yang lalu. Pokok tumbang depan mata, kilat petir yang menakutkan. Angin kuat yang telah menumbangkan banyak pokok besar dan bumbung tercabut. Ada menyebabkan tangga yang kami naik setiap hari untuk ke kelas retak. MasyaAllah, dalam masa tak sampai sejam pun.

        Itu pun kira kita masih bernasib baik. Baru tengah hari tadi Jepun dilanggar gempa bumi 8.9 dan menyebabkan tsunami. (beritaklip). Dan dijangkakan tsunami tersebut akan sampai ke Malaysia lebih kurang pukul 7 tadi. Tak tau lagi berita sekarang ni macam mana.

        Apa kaitannya dengan kulat? Macam mana saya boleh jatuh cinta dengan kulat? Pada 31 Ogos yang lalu, saya dan Shafiqah berjalan-jalan keliling UM sambil menghirup udara pagi yang segar. Bersama DSLR disangkut di leher. Semasa di tepi tasik varsiti, kami ternampak sekuntum kulat di celah-celahan rumput. Comel!


Inilah kulatnya.. =) tengok la tu, comel!

         Dan kenapa kulat? Bukan cendawan? Sebab kulat tu bunyi dia lagi klasik dan unik.
Analogi yang nak disampaikan di sini adalah: kulat ni kecik, dan orang tak pernah hiraukan pun akan kepentingannya sebagaimana bunga yang cantik macam mawar dan sebagainya. Mawar hanya sekadar periasan tapi sekurang-kurangnya kulat boleh makan. Buat kulat goreng sedap ooo. Nasi goreng kulat pun ada. Mawar sekadar hiasan dan bauan.

         Natijahnya di sini adalah (salah tatabahasa, jangan tiru), walaupun kita kecil, tak ada kuasa ataupun tak secantik orang lain, jadilah macam kulat ni. Masih berguna dan sedap. Jadikan diri kita insan berguna untuk diri, keluarga, masyarakat dan agama. Hidup kita tidak mengganggu orang lain. Kita hidup utuk menyebarkan spora-spora yang membenihkan bumi ini dengan kasih sayang, amalan dan nilai murn. Hujan itu rahmat untuk kulat menandakan kasih sayang dan rahmat dariNya.

        Sampai sini je kot. Andaikan spora itu sebagai amalan dan kebaikan yang kita ke atas muka bumi dan makhluk lain. Jadi, mari sebarkan spora-spora. Biarkannya bertebaran! Wee~ :D

Sekian dari Cik Kulat. =)

I am A Student

Salam Nusantara~

Wah..lama beno rasanya tak menaip..wee~

Life as a student..mcm tu laa.
Tapi kadang-kadang tengok orang lain relaks je..
Kita ni pagi-pagi pukul 7 dah tak ada kat bilik. Bermastautin kat fskulti tu sampai ke petang. Malam pulak masuk bilik study (study, borak-borak, makan-makan..ngee)
Esok pun rutin yang sama..

Masa keluar pergii bilik roomate ada dalam bilik. Masa balik pun diorang ada kat bilik. Haish..jealous jugak kan. Relaks je diorang.  Lalu kat bilik orang lain, semua tengah mengadap laptop. Masuk bilik Dayah ngan Wani roomate diorang pun mengadap laptop (tengok cerita Korea, fb, assignment maybe..kakaka)
Waaa..dalam hati .takde life la diorang ni' :P 

Ada satu bilik tu masuk-masuk je semua senyap. Masing-masing mengadap lappy. Terfikir jugak, kalau zaman laptop masih belum menjadi gajet wajib untuk semua orang apa la yang diorang buat eh? 

Disebabkan rasa kebosanan pergi balik fakulti setiap hari, minggu ni nak pergi belajar photoshop! :D
Lepas tu next week nak pergi JUMP.Yeehaaa! Dulu masa nak masuk U selalu berangan nak join macam-macam aktiviti outdoor..tapi.....tak sempat..huuuuuu. Kalau nak tunggu tak busy dengan test, conass bla bla bla sampai final year pun duduk je la kat UM ni tak pergi mana-mana. Orang kata masa kat U la kita nak pergi tengok tempat orang.

 I'm not a person who can sit on the chair 24 hours facing the books. Duduk 30 minit atas meja pun dah mula nak Zzzzzzz..haha






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...