23 January 2011

Akhir Sebuah Penantian

Scroll draf lama-lama terjumpa cerpen lama. Saja nak post. Ni zaman belum tarbiyah lagi ni haa. Pfffft. 

Lepas ni kita buat cerpen tarbiyah plak ye. ;)

* * *

'Adoi..lambat lagi budak-budak ni.' Raudhah bermonolog sendirian.

Awa, Nik, Raudhah pegi dulu eh. Nnt Raudhah copkan tempat.
Punat Send pada telefon bimbit berwarna biru itu ditekan.

Raudhah pun melangkah ke perhentian bas di hadapan Kolej Kesebelas itu. Jam menunjukkan pukul 7.20 pagi. Hanya ada seorang pelajar lelaki yang sedang menunggu bas pada waktu itu. Raudhah menarik nafas dalam-dalam. Segarnya..alhamdulillah hari ini aku masih diberikan nikmat untuk menirup udara pagi yang nyaman dan segar.

Tidak sampai lima minit kemudian bas pun sampai. Raudhah dan pelajar lelaki tersebut menaiki bas yang disediakan oleh pihak universiti untuk kemudahan para pelajar bergerak di dalam kampus. Sampai di hadapan  Fakulti Kejuruteraan, Raudhah bergegas menuju ke Fakulti Perubatan. Walaupun dia masih ada lebih setengah jam sebelum kelas bermula tetapi Raudhah lebih suka tiba awal supaya dapat duduk di bahagian hadapan. Tambahan lai dia boleh menghilangkan penat setelas menaiki anak tangga yang tinggi tidak juah dari Fakulti Kejuruteraan tersebut.

Di Fakulti Perubatan.

Kerap kali Raudhah akan berselisish dengan pelajar kursus Perubatan yang memakai lab coat. Dan sering juga mengingatkan dia kepada seseorang yang jauh di sana. Ya..seseorang yang sering dirinduinya. Seseorang yang sedang cuba untuk dilupakan dari ingatan Raudhah. ya. Tapi bukan mudah. Sehingga kini dia masih belum berjaya sepenuhnya melupakan seseorang itu. Dia cuba untuk menyibukkan diri dengan perkara-perkara lain. Tapi kadang kala apabila membuka akaun Facebook, dia masih tidak terlepas untuk mengikuti perkembangan sesorang itu. Stalking! Hahaha..


       Selesai sahaja kuliah Dr. Lim tentang tajuk Pharmacodynamics Raudhah, Awa, dan Nik segera ke Medicafe sebelum kuliah Fisiologi bermula 15 minit lagi. Semasa hendak membayar di kaunter, Raudhah ternampak Haikal.

'' Haikal!'', panggil Raudhah. Haikal yang ketika itu baru saja memasuki Medicafe berpaling.
'' Eh, Raudhah. Ingatkan peminat aku tadi..''seloroh Haikal sambil matanya melilau-lilau bagai mencari sesuatu.
''Kau cari sape?'', soal Raudhah.
''Kawan aku..hehe. Janji nak jumpa kat sini tadi. Eh, jom la duduk dulu. Lama tak borak-borak dengan kau..''. Mereka pun mengambil tempat di bahagian sudut. Pada waktu tengah hari begini Medicafe biasanya akan penuh dengan para staf, doktor. jururawat mahupun pelajar yang mahu mengisi perut.

''So..macam mana reunion tu? Jadi ke tak? Aku semangat ni nak pegi..'' soal Haikal.
''InsyaAllah jadi kalau takde aral. Kita pegi sekali eh nanti. Dengan budak-budak lain sekali.''
Mereka berbual-bual mengenai perkembangan masing-masing dan kemudian Raudhah kembali ke DK1. Nik dan Awa sudah pun beredar terlebih dahulu.

Seminggu kemudian, sehari selepas reunion di Mid Valley.

Raudhah baru sahaja selesai menunaikan solat Subuh. Seusainya dia meneruskan dengan bacaan al-Ma'thurat. Amalan yang jarang ditinggalkanyya semenjak di bahu sekolah menengah. Bersyukurnya dia kerana didedahkan dengan suasana keislaman semasa di MRSM Tun Ghafar Baba. Suasana di sekolah itu banyak membentuk dan mengajarnya menjadi insan yang lebih baik.

Kebiasaannya Raudhah akan terus menghadap buku. Dia lebih suka study waktu pagi. Fresh lagi otak masa tu. Tapi pagi ini dia termenung..jauh. Nota di atas meja tidak terusik langsung. Apakah yang difikirkan oleh Raudhah?

Dia mengambil diari yang lama tidak dicoretnya setelah sekian lama.

Dear diary..

Semalam ada reunion..rmi la yg datang. Kitorang pegi main boling then pegi makan2..best la. Dapat borak2.. tapi.... kenapa dia mcm jauh dari aku..tak tegur langsung kot.. :( dia borak2 dgn org lain tp aku ni tegur pun tak..

Tu la pasal kan aku ni..perasan je tau..tlg la jgn nk berangan lagi..siapa la aku..
Tak suka la mcm ni..kenapa buat aku mcm ni? Tapi kau tak salah..aku je yg perasan lebih kan..kau apa tau.. lagipun kau dgn aku mana padan.. ko bakal dr..aku ni ape je.. antara kite bnyk berbeza, aku enggak pantas bersama kamu..

Tapi kan diary..aku bukannya nak couple2 ni..cuma....tah la..jeles kot tengok kawan2 lain..hurmm..
Tapi aku tak nak macam tu..my boyfriend is my husband.. ;) Ya Allah..sungguh aku manusia biasa.. Aku mengharapkan cintaku kepadaMu, rasulMu,agamaMu,dan kitabMu tidak pernah melebihi cintaku pada makhlukMu..


Kenapa dia buat aku mcm ni? jangan nak main2 dgn perasaan aku blh tak..arghhh

kawan2 aku..mostly semua dah berpunya..dah ada org yg tggu.. tapi aku tak pernah pun ada org tggu.. aku tggu org ade la kan.. patut ke aku sedih? tak patut kan?

Sabar la wahai hati..ko kena sedar, ko bertuah sebab ko tak pernah disentuh oleh mana2 lelaki..oh hati..itu lebih baik kan?

Raudhah menutup diarinya. Dia bingkas bangun mengambil wudhu'. Selepas solat sunat Dhuha, dia berdoa..dalam doanya dia berdoa supaya hatinya dijauhkan daripada perasaan itu. Dia mahu melupakan lelaki itu. Dia tidak mahu lagi berharap dan menanti. Dia berserah segalanya kepada Ilahi. Tidak mahu lagi membiarkan dirinya dibelenggu persoalan.

Nak dipendekkan cerita..

Akhirnya, Raudhah pun cuba melupakan lelaki itu. Dia menyibukkan dirinya dengan aktiviti sebagai seorang pelajar. Akhirnya dia berjaya memperoleh ijazah dan bekerja dengan kerajaan. Berkhidmat di selama lebih setahun di Sabah. Dia sengaja memilih untuk ditempatkan di sana untuk menjauhkan diri dari kesibukan kota dan..kenangan lama yang dibimbangi kembali ke memori. Dia bekerja di sebuah klinik daerah yang terletak di pekan.

Dipendekkan cerita lagi..

Tinggal seminggu sahaja lagi majlis pernikahannya. Persiapan semuanya hampir selesai. Cuma ada beberapa perkara lagi yang belum selesai. Mudah-mudah segalanya berjalan lancar. Doanya..

Bagi Raudhah, dia memang tidak menyangka namun dia bersyukur. Akhirnya.. =)

Dua bulan yang lalu, ketika baru pulang dari tempat kerja telefon bimbitnya bergetar. Hatinya berdebar-debar. Setelah bertahun-tahun, kenapa hantar mesej tiba-tiba ni? Dia menekan punat. Read.

'As Salam Cik Raudhah..ingat sy lagi x? Takkan lupa kot..  :P esok saya belanja lunch k..' -Mr.Abdullah-

Alamak. Apa dia merepek ni? Tiba-tiba je nak datang sini. Mimpi ke apa? Dah la bersaya-saya..eee. Raudhah tidak membalas mesej tersebut.

Esoknya.. ''Cik Raudhah!!''. Raudhah berpaling..melopong dia.
Hafiz tersengih-sengih sambil berlari-lari anak menuju ke Raudhah. Betul ke ni? Apa mamat ni buat kat sini. Adoi..
''Assalamualaikum Cik Raudhah. Jom saya belanja awak makan. Haikal pun ada sekali,'' ajak Hafiz sebelum sempat Rauhah menjawab salam.
'' Kot ye pun kasi la aku jawab salam dulu. Waalaikumussalam warahmatullah.. Yang ko ni saya awak dengan aku ni apehal?'' Raudhah berpura-pura marah untuk menyembunyikan kekagetannya.
Mereka bertiga pun berbual sehingga hampir tamat waktu rehat.
Rupa-rupanya Haikal dan Hafiz juga ditempatkan di situ. Semasa berborak-borak Raudhah melarikan pandangannya daripada memandang Hafiz. Malahan dia tidak langsung menjawab pertanyaan Hafiz. Seolah-olah hanya ada dia dan Haikal saja di di situ. Dalam berbual-bual, sempat juga Haikal bertanya sama ada dia sudah berpunya ke belum. Ada orang nak masuk katanya. Hampir tersedak dia waktu itu.

Malam itu ketika sedang menonton televisyen, handsetnya berdering memainkan lagu 'Atas Nama Cinta'..
Tertera nama Hafiz.

''Hello Cik Raudhah. Assalamualaikum. Maaf ganggu..''
''Waalaikumussalam..eh takde la..tengah tengok tv je ni. Tak ganggu pun. Ada apa ya Dr.Hafiz?''
''Erm..Cik Raudhah tak online facebook ke?'' soal Hafiz.
''Malam ni tak online lagi.biasa online masa weekend je. Tak sempat la nak tengok hari-hari macam zaman  dulu-dulu...tapi kenapa?''
''Ooohh..patutla saya tak dapat jawapan lagi. Takpe la ye Cik Raudhah. Nanti check la inbox tu. Saya mintak diri dulu. Assalamaualaikum.''
''Eh kejap..'', belum sempat Raudhah bertanyan Hafiz sudah pun memutuskan talian.
'Haishh..apa la budak ni. Apa benda la yang dia anta kat aku..cakap je la kan senang.. nak main facebook lagi..adoi..'

Raudhah masuk ke biliknya dan mengeluarkan laptop Toshiba kesayangannya. Laptop yang digunakan semenjak tahun pertama di universiti.

Setelah mengakses masuk ke akaun facebooknya, terdapat beberapa notification dan hanya satu mesej di inbox yang tentunya daripada Hafiz.

Subject:  Bila Hati Berbicara

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya




Assalamualaikum. Kehadapan Raudhatun Sai'dah, semoga sentiasa dalam rahmat dan redhanNya.
Lagu ni merupakan pembuka kalam kepada apa yang saya nak sampaikan sebenarnya. Alamak, bahasa skema plak kan? Sebab saya nak Cik Raudhah tau yang saya betul-betul serius. Biar kita guna aku kau la ye..

Aku tau kau menanti jawapan aku selama ni kan? Sori la tapi ingat tak masa kau bawak kawan kau masa reunion kat Mid dulu tu. Yang nama dia Nik tu.. Dia la yang bagi tau aku semua ni.
Masa dia add aku tu aku tanya la dia pasal kau. Dia kan kawan baik kau kat sana. Aku tak sangka plak yang Nik nak cerita semuanya. Maksud aku, Nik cerita la macam mana sebenarnya perasaan kau kat aku. Dan kenapa tiba-tiba kau menjauhkan diri dari aku sampai la ko grad.

Maafkan aku. Sebenarnya, semua mesej yang aku hantar kat kau tu betul2 aku maksudkan. Masa tu aku agak jahil lagi la. Aku tak sedar yang aku x sepatutnya bagi mesej yang mcm tu kat ko seolah-olah memberi harapan kan? Tapi sebenarnya ya. Aku harap sangat yang kau faham. Lepas tu lama-lama aku sedar, aku tak nak jadi mcm org lain. Couple lama-lama lepas tu clash. Aku tak nak mcm tu. Aku pun decide takkan berterus terang dgn ko sampai la aku habis study. Masa tu aku nak carik ko balik. Macam sekarang ni..

Aku tau perasaan kao n ko pun da tau perasaan aku. Dan aku xnak panjangkan cerita sebab sebenarnya aku bnyk lagi nk cerita kat ko tp..lepas kita..err..ehem2 la kan..maksud aku..K.A.W.E.N..

Kalau ko setuju, aku nak suruh keluarga aku pergi rumah kau raya ni.

Aku tunggu jawapan ko! Sekian..wassalam.

Close.

Dipendekkan cerita lagi..mereka pun selamat la dinikahkan. Wee~

Maafkan abang sebab buat Dah tunggu abang. Dia menghulurkan sekeping kad yang bersampul merah jambu kepada Raudhah.

Sombongkah aku kiranya tidak mahu membalas pesanan ringkasmu?
Sombongkah aku jika membiar sepi YM darimu?
Sombongkah aku jika aku hanya membiarkan panggilan darimu berlagu tidak berjawab?
Kiranya aku mengikut kemahuanmu,
nescaya hilanglah kekuatanku,
kerna.....
Aku lebih takutkan Tuhan yang menjadikan kau dan aku.
Faham tak sekarang kenapa abang tak bagi tau awal-awal lagi perasaan abang. Sebenarnya abang dah lama tertarik dengan Dah. Sebab tu abang kacau Dah dengan mesej-mesej  tu. Masa tu abang jahil lagi. Masa nak dekat habis asasi tu abang ingat nak mintak couple dengan Dah. Yelaa..macam orang lain dok buat tu, Tapi masa before exam tu abang dapat mesej ni dari kawan abang. Dan buat abang berfikir panjang. Abang tak jadi mintak couple tapi abang still kacau Dah kan? Abang tau kalau abang mintak couple pun mesti Dah tak nak. At last abang decide tak nak lagi buat Dah macam tu walaupun abang tak pasti apa reaksi Dah sebenarnya bila abang hantar mesej-mesej macam tu. So, abang pasrah. Abang tak kacau Dah lagi. Abang nak tunggu sampai masa yang sesuai bila abang dah bersedia abang nak terus masuk meminang dan menikah dengan Dah. Abang yakin dan pasti dengan pilihan abang. Lagipun abang dah buat istikharah banyak kali.
Abang harap, pernikahan kita akan berlandaskan rasa cinta kepadaNya. Abang nak bina rumahtangga yang sakinah. Melahirkan zuriat yang soleh dan solehah. Abang nak jadi doktor yang bukan saja merawat fizikal bahkan hati pesakit. Dan abang mahukan serikandi yang mampu menyokong abang sepanjang perjuangan abang. Abang tau abang sempurna, banyak lagi yang abang kena belajar. Abang nak bersama-sama Dah membina keluarga yang abang impikan. Dan maafkan abang sekali lagi kalau selama ni abang dah mengguris hati Dah. Akhirnya penantian abang dan Dah berakhir.''

Alhamdulillah. Raudhah bersyukur teramat. Akhirnya..berakhir sebuah penantian.

19 January 2011

Colours



Dare to dream
Dream to love
Love to hope
Hope for courage.


BIRU







Subhanallah..indahnya.
Teringin nak pergi tepi pantai sekarang ni. 


HIJAU









Hijau..ouh, tenangnya. 

18 January 2011

After A Long Time.. long la sangat..

Salam Sejahtera.. ^^

Akhirnya, dapat juga curi sedikit masa nak rehat santai-santai. Walaupun malam ni ada training volley ball lagi. Esok pun ada. Penat. Tapi best. Hee :D

Alaa..tak reti la main vb. Reti serve je. Jenuh Kak Nad mengajar aku. Al-maklumlah, first time join sport. Masa kecik-kecik mana pernah tampar-tampar bola ni. Dah masuk u baru nak try. Haha.

Januari 2011..kejap je dah 18hb hari ni. Hurm..setiap saat kita mencipta sejarah dan kenangan. 1 saat yang akan datang akan jadi satu saat yang lalu. Satu saat yang akan bermanfaat jika kita gunakan sebaik-baiknya.Yeah..don't let that one second one meninless. Make it preciousable! (broken english maa..muahaha)

I've made lot of quite big decision last two weeks. The one that related to my future and future and future. Whatever it is, I believe that we can found rezeki anywhere. InsyaAllah. I hope that they will understand me.

And just now, aiyaa..manyak sedih maa.. ='(  I thought I forget already but...aisey..only half way. Part of me do not allow me to forget it at all! Dushhh~ cubaan..ya Allah, mudahah-mudahan dapat aku lupakan. Jangan biarkan air mata ini tumpah selain hanya untukMu ya Rabbi...amin..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...